Friday, December 30, 2011

2011 comes to the end

Post terakhir untuk tahun 2011...

Tahun yang dirasakan terlalu singkat sepanjang kehidupan aku. Tahun yang kurang memberikan cabaran dalam kehidupan aku. Tahun yang membuatkan aku berasa selesa selama menjalani kehidupan di muka bumi ini.


Walau bagaimanapun, aku masih bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk menghirup udara tahun 2011 hingga ke penghujungnya. Aku tetap berterima kasih padaMu Ya Allah kerana masih memanjangkan umurku untuk terus beribadah kepadaMu dan aku akan teruskan perjalanan menghadapi hari-hari mendatang dalam perjalanan kehidupan di muka bumi ini.


Terlalu banyak nikmat yang ditelah diberikan kepadaku sepanjang tahun ini. Dan secara adilnya, banyak jua ujian & dugaan yang ditimpakan ke atasku. Allah itu Maha Adil & Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Dan sebagai hamba yang bersyukur, aku perlu mamandang segala ujian & dugaan untuk sebagai tanda kasih sayang Allah kepadaku.

Jom kita post-mortem kejayaan & ujian tahun ini untuk direnung-renungkan bersama:-


Kejayaan
1. Berjaya menghabiskan MICPA exam
2. Admitted to MICPA & MIA membership
3. Being promoted to Supervisor
4. Getting engaged (pencapaian terbaik!!!!!!!!)

Ujian & cabaran
1. Sambutan Hari Raya ke-2 tanpa arwah ayah & tahun ini Along & Angah beraya bersama keluarga mertua

Tu je ke??? Nampak tak? Lagi banyak nikmat yang Allah beri daripada aku daripada nikmat yang ditarikNya. Tak nampak-nampak lagi ke kasih sayang Allah yang melimpah ruah itu? Tak tersentak ke kot-kot satu hari nanti nikmat-nikmat tu akan ditarik semula? Astargfirullah hal'azim....

Oleh yang demikian, walau apapun yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku, aku harus sentiasa bersyukur kerana di dalam setiap kepahitan, pasti ada kemanisan. Hadapi segalanya dengan penuh rasa bersyukur dan rendah diri kepada Allah. Ujian dan dugaan itu hanyalah peringatan kepada aku yang masih dalam kealpaan dan kelekaan.













Untuk tatapan aku & pembaca blogku


Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu...

Namun tak pulak, aku sanggup ke nerakaMu...


Terima taubatku, dan ampunkan dosaku...


Sesungguhnya Engkaulah pengampun, dosa-dosa besar...

Wednesday, December 28, 2011

# 8 - Nasihat untuk muslimah

Yang Dicari

Walau Bukan Putera Raja

Biarlah Putera Agama




Yang Diimpi

Biarlah Tak Punya Rupa

Asal Sedap Di pandang Mata









Yang Dinilai

Bukan Sempurna Sifat Jasmani

Asalkan Sihat Ruhani, Sempurna Hati


Yang Diharap

Bukan Jihad Pada Semangat

Asal Perjuangannya Ada Matlamat




Yang Datang

Tak Perlu Rijal Yang Gemilang

Kerana Ana Serikandi Dengan Silam Yang Kelam


Yang Dinanti

Bukan Lamaran Dengan Permata

Cukuplah Akad Dan Janji Setia




Dan Yang Akan Terjadi

Andai Tak Sama Kehendak Hati

Ana Redha Ketetapan Ilahi

Itulah Ketentuan Sejak Azali

Friday, December 23, 2011

hari ini dalam sejarah...

Tengok tajuk post kali ni da macam nk masuk kelas sejarah kan..hehehehehe..inilah hari bersejarah dalam hidup aku selama 26 tahun ni.

Hari ni da janji dgn En. Tunang, amik cuti g jalan2 carik barang hantaran. Ye, bersedialah duit2 ku ye..akan ku gunakan duit2 ku ke jalan yang benar..hahahahahah.

Apa yang menyebabkan hari ini jadi hari bersejarah????? nak tau sebabnya????

1. Beli kain ela untuk buat baju paling mahal

Serius mahal beb..sepanjang hidup aku, xpernah g aku beli kain ela semahal ini untuk membuat baju kurung..tapi apakan daya..sekali seumur hidup, pasni da xbeli da kain semahal ini..huhuhuhu


2. Beli handbag paling mahal

Ni lagi xbleh blah...nk sangat design mcm tu..over the budget pun, tetap beli jgk...tak pk panjang, tgk harga, kira2 harga slps diskaun..terus OK..pergh, time nk g bayar baru realise, gler mahal....bg aku mahal la sbb aku xpernah ada handbag harga sebegitu..tapi, yela...kali ni je beli handbag mahal2 camtu, pasni xde da...huhuhhu


3. Kasut paling mahal



Memang selama ni aku lalu je depan kedai tu..xpernah masuk pun..tetiba hari ni, masuk kedai tu.siap beli kasut yang dijual disitu..percaya @ tidak? selama ni xterpk pun nk beli brg dalam kedai tu...tapi, yela kan..da alang2 shopping, sakan la..huhuhu


Maka..perlu di ingat tarikh arini 23.12.11, saya shopping sakan!!!!

gembira sangat sebab dpt shopping, tapi sedih sebab duit mengalir keluar dengan derasnya...

Tuesday, December 20, 2011

TIPS HIASAN BILIK PENGANTIN

1. Warna
✿ Biasanya warna untuk bilik pengantin haruslah yang sejuk mata memandang! Kalau boleh biarlah warna soft2 cat dinding & langsir pun senada dengan cat

2. Konsep
✿ Yang pastinya, apa2 pun konsep , make sure ianya comfort, kemas & HARUS nampak romantik!

3. Perabot
✿ Kalau boleh elakkan pilihan katil yang bertiang2 dan ade penghalang dibahagian kaki. Kalau nak save, pakai apa yg ada jer.

4. Cadar
✿ Sama macam warna la..Pilih cadar daripada warna putih, cream atau pastel (kuning cair, coklat muda etc)
✿ Jangan pilih cadar corak yang besar2 sebab nanti bilik nampak sempit & kecil.
✿ Seelok2nya elakkan la cadar kain satin, sebab panas gila kau nak "ehem2" atas katil tue nanti.

5. Bunga
✿ Nak nampak sweet letaklah jambangan bunga2 cinta bersaiz kecil atau sederhana dekat kiri & kanan katil or kat side-table
✿ Elakkan letak bunga2 yang besar kat atas katil. Elakkan juga letak bunga yang terlalu heavy kat hiasan kepala katil.
✿ Lagi menambahkan kesegaran mood pengantin baru, taburkan kelopak2 bunga atas katil

6. Haruman
✿ persiapkanlah bilik pengantin dengan haruman yang lembut. Ada beberapa pilihan nak bagi bilik bau wangi dan segar.
✿ Paling save, amik bunga rampai tuk merenjis tue, sembur sket perfume, letak la dalam bekas ke ape, hiaskan kat tepi kati/meja solek (ala-ala potpouri la)
✿ 2ndly, pegi beli lilin aromatherapy @ lilin wangi kat kedai 5 ringgit or nak up sket kat IKEA
✿ 3rdly,beli je Ambi Pur ke Glade yang spray automatic setiap 5min-10min-20min@30min tue

7. Meja Solek
✿ Kat atas meja solek, letak botol2 perfume size kecik, tapi jangan banyak sangat! Ataupun, letaklah kaki lilin, bekas tissue, bekas potpuri or sekali lagi, jambangan bunga lutsinar jadi pilihan!


8. Lampu
✿ Oh, jangan lupa juga pencahayaan di dalam bilik mestlah cukup. Guna lampu meja @ lampu katil warna kuning yang boleh dimalapkan utk naikkan mood romantik

Tuesday, December 13, 2011

Yesterday was my DATING DAY ♥

♥ hehehehe..cam best je kan..semalam dapat spend time dengan En. Tunang. Unexpected pun boleh jumpa semlm. Ahad malam, En. Tunang msg tya Isnin kje ke x. Saya cakap la saya kje. Pastu En. Tunang kata dia x kje & xde plan apa2 pun untuk hari Isnin. Hari yang bagus untuk dating ni..weeeeeeee... Pastu saya pun offer untuk amik cuti dan dating. Pastu, saya terpk plak apa alasan nak bgtau manager nk amik EL ni. Last2, saya cakap "xpela, xtau la nk tipu apa". Pastu En. Tunang suruh jugak pk alasan apa nk bg, sebab En. Tunang kata dia nk sgt jmpa saya, lagipun Sabtu depan saya da nk travel g Kelantan. Akhirnya idea menipu datang pada pagi Isnin. Maknanya saya cuti

Planning awalnya nk jmpa pagi. Tapi sebab ada hal perlu diuruskan dengan mak dan jalan di KL yang jammed cam hampeh, En. Tunang terpaksa tunggu saya di rumah yg tiada orang untuk 10minit dan tunggu saya bersiap untuk 10minit seterusnya. Memula pergi makan. Sangat lapar OK, xtau kenapa sangat lapar. Trus g makan tengah hari. Pas makan, trus g Sri Angsana Cipta untuk test baju sanding. Saya da try da baju saya aritu, da OK da. En. Tunang je yg x try g. Cam lawak gak r masa test baju. En. Tunang siap pkai baju terbalik, pastu tajak pun xbape nk betul. Pastu Aunty Zana cakap "xpela, ni confirm maknanya first time pkai baju pengantin" hahahahaha..lawak la Aunty.

♥ Pas da confirm2 sume baju, En. Tunang ajak g IKEA jap. Bakal bapa mertua ku suruh En. Tunang belikan almari kaca untuk bakal ibu mertuaku. Wah, bagusnya bakal bapa mertuaku ini. Romantik gtu. Nanti da kahwin, En. Tunang nk wat surprise kat saya camtu tak??? kahkahkah... Pastu, saya ajak En. Tunang tgk Ombak Rindu. Memula dia cakap.. "awak tengok, saya tidur yea"..huhuhuh, kecik hati En. Tunang cakap camtu, terus saya cakap "ok, xyah tgk wayang".. Tapi akhirnya En. Tunang yg beria2 ajak tgk Ombak Rindu. weeeeeeeeee. Peg OU, sampai sana pkul 4.30, showtime pun pkul 4.30 tapi kena Q panjang. So, cancel. Saya da buat muka pasrah, pastu En. Tunang cakap, "kita tengok lewat skit la, kat shopping mall dkt umah awak tu" Wah, nampaknya En. Tunang cam beria2 nk teman saya tgk wayang ni. :))))) ♥

Jalan2 kat OU, masuk kedai buku, xkesahlah MPH ke, POPULAR ke, tu memang wajib setiap kali kitorg kuar dating ok. That's my interest! En. Tunang pun nampaknya semakin memahami interest saya tu. Dia pun akan mula peg usha2 buku2 @ majalah yang bersesuaian dgn dia dan membiarkan saya dengan dunia buku saya. Pastu, trus g Viva Mall. Sampai je terus beli tiket. Yes, akhirnya.. En. Tunang pun byr tiket wayang tu. Best2, dapat gak tgk Ombak Rindu.

♥ Dalam panggung, En. Tunang agak annoying. Asyik buat lawak je. Baru nk feeling dia da gelak. Hampeh btol. Siap nguap kuat2 plak tu. Bengkak je rasa, padahal dia gak yang beria2 td nk tgk wayang. Nampak sgt dia x layan cte tu, asyik bising je... Tapi sebenarnya, nk tau x byk benda dia amik perhatian tau dalam cte tu. Yang paling x sangka, pass dia anta saya balik, on the way balik umah dia, dia dgr lagu Ombak Rindu dalam kete, trus dia sms suruh saya dgr lagu tu. Dia cakap, "lagu tema awak, cte td kat Suriafm".. baru saya teringat, masa tgk cte tu saya ada ckp lagu tu best ♥

Dia amik kesah gak sbnrnya walaupun saya xperasan. Dan sms kitorg mlm tu smpai terbawak2 dialog dalam movie tu. Nampak sgt dia pun layan gak cte tu kan..hehehehehe...

Anyway, this is the first time saya kuar untuk jangka masa yang lama dgn En. Tunang. Selama ni kalo jumpa pun, setakat kuar makan je untuk 1@2 jam je. Kali ni mmg En. Tunang reserve masa dia untuk saya which I LIKE!!!!

Saya cakap, lagu Ombak Rindu tu lagu tema kita la..hehehehe



Friday, December 9, 2011

Petua rumahtangga

Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Thursday, December 8, 2011

# 7 - Ciri-ciri isteri pilihan (aku kah itu..hehehe)




* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.




* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.




* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.




* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.




* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.




* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.




* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.




* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.




* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.




* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.




* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.




* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.




* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.




* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.




* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

Wednesday, December 7, 2011

#6 - jom belajar mengenai aurat sebagai wanita/kakak/isteri/menantu/ipar

Menantu perempuan boleh bersalaman dengan bapa mertuanya, dan tidak batal wuduknya. Ini kerana bapa mertua telah menjadi mahram muabbad (mahramselama-lamanya) atas sebab perkahwinan anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas menantu perempuan tersebut TIDAK BOLEH bernikah dengan bapa mertuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekasbapa mertua tersebut. Oleh itu, aurat menantu perempuan dengan bapa mertua adalah sama seperti auratnya dengan mahramnya iaitu bapanya sendiri atau adik-beradik lelaki yang lain.
Bagaimanapun, saudara lelaki suami atau abang/adik ipar merupakan bukan mahram bagi si isteri. Oleh itu, auratnya di hadapan mereka adalah sama dengan auratnya terhadap lelaki ajnabi lain iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.

Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina .Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya (yang berlainan jantina). Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat. Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah (seperti di dapur). Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .Walaupun begitu, ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " (pandangan penuh berahi) kepada kakak ataupun adik iparnya.
Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai "makna jahat "?. Tudung kepala (yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya (yang berlainan jantina ini ).

Tuesday, December 6, 2011

# 5 - :: ibu mertuaku :: ~ahaks~

"Remind yourself that having a good relationship with your mother-in-law is part of having a strong family."

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya, dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka. Contohnyaseperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.

Mampukah aku menjadi calon menantu yang baik untuk bakal ibu mertuaku..huhuhuhu, satu soalan yang takut untuk aku jawab. Walau bagaimanapun, InsyaAllah kalau tak dapat jadi yang terbaik..jadi yang baik pun kira ok dah kan... :))))

Monday, December 5, 2011

Amalan-amalam Hari Asyura

Amalan yang dituntut dan diberi ganjaran besar oleh Allah SWT pada 10 Muharam (Hari Asyura) ialah:

a) Mandi sunat Asyura – Tidak mengalami sakit berat pada tahun itu, sekiranya mandi awal hari dengan berniat:







b) Memakai celak – Tidak sakit mata pada tahun berkenaan.
c) Memelihara kehormatan diri – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
d) Menahan marah – Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai-Nya.
e) Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat nanti.
f) Solat Sunat Hari Asyura empat raka’at – Allah akan mengampunkan dosa yang dilakukannya dalam jangka masa 50 tahun.
g) Membaca “Hasbiallah-hu wa nik mal wakila nikmal maula wa nikman nasiru” – Tidak dimatikan pada tahun ini.




h) Berpuasa – Allah menghapuskan dosa kecil setahun lalu atau dosa besarnya diringankan dan darjatnya akan ditingkatkan; serta diberi pahala 10 000 malaikat, 10 000 kali haji dan umrah, 10 000 kali syahid dan diharamkan daripada neraka.
i) Menjamu orang berbuka puasa – Diberi pahala seperti memberi orang Islam lain berbuka puasa sehingga mengenyangkan perut mereka.
j) Bersedekah – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
k) Melapangkan masa dan berbelanja untuk anak dan isteri – Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan rezekinya untuk sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan.
l) Mengusap kepala anak yatim – Allah menaikkan satu darjat dan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapunya.
m) Memuliakan fakir miskin – Allah akan melapangkan dirinya ketika di dalam kubur.
n) Menunjukkan orang sesat – Allah akan memenuhkan cahaya dalam hatinya.

Hari Asyura, 10 Muharram 1433H

Untuk makluman atau peringatan, 9 Muharram disebut sebagai Hari Tasu’a dan 10 Muharram pula disebut Hari Asyura. Dan Rasulullah SAW menggalakkan umatnya (kita semua) untuk BERPUASA pada hari Asyura.





Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?.



Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini.



*********************


Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -Daripada Abdullah bin Maâbad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.


*********************



Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari Asyura. Ulamaâ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.


*******************


Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya. Membezakan dengan amalan orang Yahudi. Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura’.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha’.


Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura’. Termasuk bulan-bulan haram.

Sunday, December 4, 2011

checklist updated

1. Dewan - DONE
2. Catering - DONE
3. Kursus kawen - DONE
4. Photographer - DONE
5. Videographer - DONE
6. PA system - DONE
7. Kad kahwin - NOT YET - tunggu hujung bulan ni, tempah masa pameran pengantin
8. Urusan pernikahan - NOT YET - preparation will start in early February
9. Door gifts - NOT YET - tempah sekali dgn kad or nanti2 la..
10. Barang2 hantaran - NOT YET - bulan ni beli..

Friday, December 2, 2011

# 4 - andainya awak tahu :)

Jika rupa jadi ukuran,aku tak layak jadi temanmu. Jika harta jadi batasan,aku juga tak mampu jadi sahabatmu.... TAPI jika keikhlasan & kesetiaan yang kamu dambakan,aku siap jadi orang yang selalu ada untukmu....



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.



Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.





Tuesday, November 29, 2011

# 3 - peringatan untuk saya & awak

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Namun....
♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Friday, November 25, 2011

Saya dan Yuna adalah mangsa keadaan. Tidak boleh persalahkan kami. Ini adalah kesalahan Ernst & Young (juruaudit luar rasmi AIM),” ujar Anuar


aduyai...sebelum ni proud to be part of Ernst & Young..now, kena dok pk dulu sebelum ngaku saya ni staff EY..huhuhuhu...

pinjam ayat Tini: Quality in Everything We Do? OR Quantity, Everything Will Do..huhuhu


# 2 - Untuk peringatan saya

Hargailah isteri anda...
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak...
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak...
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka...

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan...
Jadi 'kilang ' manusia...
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. (7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya)...
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari...
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah...
Tapi bila dah habis cuti tu, layanlah suami..."offer" lah pada suami...
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita...
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya...
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis...
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita...
Jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah...
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga...
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur...

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah... Ganjaran Allah ke atasnya jua...

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya...

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki...
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki...
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi....



Woman was made from the rib of man,


She was not created from his head to top him,


Nor from his feet to be stepped upon,


She was made from his side to be close to him,


From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu.... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu....

"Ya Allah... jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa... ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Thursday, November 24, 2011

#1 - Nota ringkas sebagai persedian saya

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

"Ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah serta jadikanlah aku isteri yang solehah"

< tiga polis repot dalam tahun 2011 >

Macamlah tahun 2011 ni, ada yang suka, ada yang duka. Tak kesahlah apa yang terjadi, yang pasti aku yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang Allah tentukan adalah yang tersirat di sebaliknya. Tahun 2011 ni sahaja, aku dah 3 kali ke balai polis buat polis repot.

1 - Time accident. Budak umur 18 tahun langgar belakang kereta & mak dia suruh aku claim insurance dia. Walaupun agak leceh prosedurnya, aku ikutkan jugak sebab nk claim insurance punya pasal. Pergi Balai Polis Cheras dengan adik, pastu pergi Balai Polis Tun H.S. Lee untuk prosedur seterusnya.

2 - Repot polis pasal dewan perkahwinan. Ni lawak antarabangsa ni. Ada masalah sikit dengan deposit payment yang aku buat kepada bahagian Kompleks Sukan Bandar Tun Razak sehingga menyebabkan aku terpaksa buat repot polis untuk menggantikan official receipt yang tidak dikeluarkan. Sekali lagi pergi Balai Polis Cheras dengan adik. Masalah dah selesai, kes ditutup.

3 - IC hilang. Kesian kan, excited pergi stadium dengan En. Tunang & adik. Last2, time nak balik, pursue comel di seluk oleh penyeluk saku.. sedih je, kena pergi balai lagi. Memandangkan aku dah boring nak pergi Balai Polis Cheras, aku pun pergilah Balai Polis Salak Selatan. Tukar angin. Boleh jumpa inspektor lain pulak.

Sedihnya, tahun ni first year pergi balai polis buat repot and to-date aku dah buat 3 polis repot. Dasyat2...huhuhuhu

Tuesday, November 22, 2011

mari berSPA...





Hobi terbaru saya merangkap rutin bulanan saya semenjak bulan lepas & bulan2 seterusnya....Almaklumla orang dah nak kahwin kan, kenalah buat persiapan apa yang patut & antara persiapan yang aku kira agak penting adalah menjinakkan diri ke SPA...



Suri Permai Spa adalah spa yang bercirikan Islamik. Nama pun Spa Muslimah. Pengasasnya adalah bekas pekerja bank. Puan Zam. Sebab tu aku yakin nak pergi Spa ni sebab aku tengok kakitangannya semua bertudung, tempat yang sgt privacy, tingkat 3 blok rumah kedai kat Setapak. First time masuk, memang terpegun dengan interior design spa ni. Sangat cantik, rasa sangat tenang ok.


Spa Muslimah Suri Permai adalah spa yang menjadi lawatan wajib aku setiap bulan. Time takde keje kat office, sesaja google cari pusat kecantikan & spa untuk persediaan nak kahwin. Google punya google, jumpa link ke website tu. Apa lagi, usha2 website, nampak cam best, harga pun ok..apa lagi, aku pun terus booking. First treatment aku amik facial + body scrub. Memula plan nk amik body massage, tetapi memandangkan aku ni penggeli orangnya, hajat itu terpaksa di tukar dgn body scrub. Body scrub for the first time..walaupun agak geli2, tapi sebab dia mcm sental badan kita kan..xdela rasa geli sangat. Facial da biasa buat, so just enjoy the moment jela muka dibelek. Balik dari spa, terasa cam best sgt, then aku ada byk baca2 website tentang kebaikan pergi spa sebagai persediaan sebelum berkahwin.



Dalam website halaqah, ada seorang Ustazah ni advise, dia kata sepatutnya guna duit hantaran yang diberikan oleh bakal suami untuk mempersiapkan diri menjadi bakal isteri & salah satu daripadanya ialah pergi ke salon2 kecantikan @ spa. Ada betulnya kata ustazah tu, duit hantaran tu perlu digunakan dengan sebaik2nya.



Second treatment baru semalam aku buat. Aku amik pakej silver merangkumi, foot soak, FIR sauna, relaxation massage & cooling eye pad. First time buat sume tu & aku sangat enjoy OK...terasa feeling gler, tenang, damai je rasa. First time wat sauna...wah berpeluh2, tapi aku xrimas pun dengan keadaan berpeluh tu, malah aku rasa relax gler lepas keluar dari tempat sauna tu. Then, dia buat massage..wow, tergelak2 gak la menahan geli..huhuhu



Pas pergi spa, jumpa En. Tunang, dia kata aku da addicted dengan Spa...huhuhu, tak pelah, saya addicted pun untuk bakal suami saya jugak kan :))))... pastu saya cakap dgn En. Tunang, lepas kahwin nanti, lagi kerap kena pergi Spa....geleng kepala je En. Tunang. Heeeeee... Orang lelaki, mana diorg nak faham yang orang perempuan ni mmg addicted dgn kecantikan. :)))))



Now, Suri Permai ada pakej hujung tahun yang sangat BEST...tgh dok usha pakej2 ni, xtau nk buat yang mana. Kena check kalendar gak ni sebab next month byk wedding. Xpe, banyak wedding pun, pergi Spa setiap bulan itu wajib ok. Mesti kena carik waktu gak utk berspa.

Thursday, November 17, 2011

semoga semuanya berjalan lancar...

Dah lama tak update blog. Maklumlah orang da nak kahwin, busy skit la jadinya...hehehehe.. Alhamdulillah, semuanya sudah diconfirmkan. Tarikh, lokasi & persediaan2 lain. Walau bagaimanapun, aku sentiasa tengok checklist aku, manalah tau ada benda2 penting yang tertinggal. Maklumlah, first experience..hehehehe :)

Senarai checklist seperti berikut:-
1. Dewan - Kompleks Sukan Bandar Tun Razak - booked
2. Catering & Pakej Pelamin - Sri Angsana Catering - booked
3. Photographer (picture & video) - Abg Zuan & Abg Wan - booked
4. Doorgifts - going to book
5. Tempahan baju nikah & make up hari Sabtu - going to book
6. Hal-hal pernikahan yang lain - forms printed
7. Kursus Kahwin - 26 & 27 November
8. Kad kahwin - tunggu pameran pengantin 2012
9. Senarai tetamu - in progress
10. Barang2 hantaran - tak decide pun lagi

Yang kaler merah perlu diberikan perhatian sebab very uncertain, yang kaler biru boleh menarik nafas lega... Masih banyak lagi yang perlu diberikan perhatian, masih panjang lagi list yang belum settle. InsyaAllah, semoga dipermudahkan.

Meh sini, aku ceritakan serba sedikit mengenai persiapan perkahwinan aku. Untuk dewan, aku target Kompleks Sukan Bandar Tun Razak. Lokasi yang agak dekat dengan rumah. Berhadapan HUKM & bersebelahan dengan Kompleks Renang BTR. Sewa pun dalam kadar kemampuan :)

Catering & Pakej Pelamin ni memang aku da target dari dulu nak amik Sri Angsana ni. Feedback customers dia sebelum ni & food dia yang aku pernah rasa pun membuatkan aku terus confirm utk booking Pakej diorang. Selepas discuss dengan mak & along, Sabtu lepas, 12 November, aku dengan mak & adik pergi booking catering. Pakej yang ditawarkan agak menarik. Sekali dengan pelamin, persalinan, makeup, etc. Kiranya majlis hari Ahad kat dewan tu nanti aku serahkan segala2nya pada Sri Angsana. Rupa2nya, kawan sekolah SAB kerja plak kat ctu, mak dia plak uruskan bahagian pelamin. Alhamdulillah, urusan pada hari Sabtu aritu dipermudahkan :)

Photographer plak adalah salah satu servis yang aku memang dok pening2 pk. Maklumlah kos photographer sangat tinggi & aku xde bajet yang banyak untuk wedding ni. Kiranya majlis aku nanti, secara sederhana jela. Kebetulan perasan FB Abg Zuan (member sekolah menengah Along) yang memang wedding photograpgy secara part time. Bila aku tengok hasil2 dia kat FB, rasa macam not bad. So, aku pun tya la dia. Akhirnya, dia offer aku package yang agak murah & dapat cover 3 majlis (nikah, sanding P, sanding L & outdoors). Da discuss2 dengan En. Tunang, dia kata ok, so aku terus confirmkan dengan Abg Zuan. Abg Zuan cakap xyah bayar deposit dlu, masa nikah bayar 50%, lps dapat album bayar 50% lagi. Jangan lupa reserve date tu dalam kalendar ye Abg Zuan :)

Video DVD ni memang aku tak pernah terpk pun. Yelah, costly kot. Lagipun dah ada photographer, watpe DVD lagi kan. Tapi, memandangkan Abg Wan (abg admin kat office ni) ada wat part time job tu. Dia pun offer aku utk cover 2 majlis (nikah & sanding P) almost 50% daripada harga yang sepatutnya. Patutkah aku tolak offer tu? Wah, kena kira bajet semula ni. Lari bajet nanti. Kira punya kira, tambah, tolak apa yang patut...bole la kot. Lalu aku bayar deposit tanda setuju & Abg Wan dah pun masukkan tarikh majlis aku dalam calendar dia :)

Buat masa sekarang, itulah antara yang telah diconfirmkan. Doorgifts, tu nanti2 bole pergi book sebab aku da jumpa potential seller untuk doorgifts yang aku nak. Confirm je nanti, trus g booking. Kad kahwin plak, En. Tunang suruh tempah time Pameran Pengantin. Oklah tu, memang aku planning camtu kot. Bulan January 2012 nanti kitorg akan tempah. Hantaran & barang2nya, aku planning nk jahit dulang hantaran tu sendiri. Ada skill kena tunjuk..hehehe. Barang hantaran plak planning nak beli bulan depan, Year End Sales kan..

Hal2 berkaitan pernikahan tu, tahun depan baru start buat. HIV test valid for 3 months je, kalo buat awal2 pun xguna. So, da decide dengan En. Tunang semalam, hal2 berkaitan pernikahan January 2012 baru start buat. En. Tunang kata sunat nikah pkul 4ptg. Aku baru tau, dia kata nanti dia suruh ayah dia bincang dengan kadi pasal waktu nikah. Surprisingly, tok kadi (jurunikah) kawasan aku ialah jiran sekampung En. Tunang. Keciknya dunia :)

Cukuplah buat masa ini. Banyak benda nk share sebenarnya. Tapi, cukuplah sekadar apa yang di share di sini. Next post, next update :))))

Saturday, November 5, 2011

Along nak nikahkan Acek tak???



Perbualan adik beradik




Acek: Nanti agak2 Along nak nikahkan acek tak?

Along: Tak nak, suruh ustaz basri (kadi) je...

Acek: Kenapa tak nak? (dalam hati, patutkah aku berkecil hati?)

Akak: Kenapa abang tak nak? Cuba abang fikir, Acek je adik abang yang tinggal untuk abang nikahkan. Jalankanlah tanggungjawab abang, sebelum abang lepaskan dia...

Along: Sebab abang tak nak lepaskan dia la, abang tak nak nikahkan dia :(((



Terus aku memeluk Along bila Along cakap macam tu. Memang betul Along masih sayangkan aku seperti mana aku juga sayangkan Along...

Thursday, November 3, 2011

all about ♥







When I first met you all those years ago
I fell in love so fast, I knew right then
You were the one and only one for me
I'd never have to look for love again
Each anniversary finds us happier
You are my light--my moon, my star, my sun
You show me what real love is all about
You fill my life with pleasure, joy and fun
As time goes by, our love grows stronger still
You're the most amazing man I ever knew
I prize our anniversaries because
Each year I fall in love again with you ♥

Monday, October 31, 2011

:: back to nature ::


Janda Baik telah dipilih sebagai lokasi aktiviti riadah bersama keluarga pada tahun ini. Aku pun tak tahu macam mana aku pilih lokasi ini sebagai destinasi kali ini. Walau bagaimanapun, aku memang ada plan nk pilih aktiviti mandi sungai dan Janda Baik telah memenuhi kriteria2 yang aku inginkan.

Dengan hanya google "janda baik", banyak website2 yang menglinkkan aku kepada chalet2 yang terdapat di Janda Baik. Akhirnya aku telah memilih Centella Asiatica Janda Baik Resort sebagai pilihan. Dengan harga chalet yang sangat berpatutan dan fasiliti yang ditawarkan, aku segera membuat bayaran deposit sebaik sahaja tempahan dibuat.



Perjalanan yang hanya mengambil masa 45minit dari KL ke Janda Baik membuatkan aku begitu teruja apabila kereta yang dipandu oleh adik memasuki kawasan Janda Baik dan deruan air sungai yang bagaikan memanggil2 aku kearahnya...


Check-in time sepatutnya pada pukul 3.00pm, tetapi Cik Norma dengan baiknya telah membenarkan kami check-in awal tanpa dikenakan sebarang tambahan bayaran. Da pkul 12 kan, makan time, apa lagi..bekalan yang dibawa segera dikeluarkan kerana perut masing2 sudah berkeroncong.


Kerusi, meja, canopy, dapur, tempat BBQ disediakan dihadapan chalet kitorg. Memang terbaik, best sungguh rasanya. Bila bekalan makanan da abis, apa lagi?? Mandi time....berebut2 sume trun ke sungai yang terletak kat belakang chalet. Sungai di belakang chalet ok, sangat privacy & sangat best ok...xpayah nk risau orang sekeliling, xpayah nk segan kot2 org dengar kita terjerit2. boleh buat sesuka hati ok..memang sgt best....







Kalo hujan turun, gerimis ke..masing2 lari ke chalet. Makan ayam BBQ yang telah mula dibakar seawal pkul 3pm. Memang best...makan2, pastu mandi...mandi2, pastu makan...kalo x enjoy tu xtau la kan nak cakap camne...









Pastu, seperkara lagi pasal Resort ini ialah....resort ini merupakan Garden Resort. Taman2 disekitar resort ini sangat cantik. Flora2 yang jarang ditemui di mana2 dapat dilihat di resort ini. Taman2 yang cantik, aku siap pusing 3 kali kot sekitar resort ini. First time, masa memula smapi teruja dengan taman yang cantik, 2nd time masa baru lepas naik dpd mandi waktu petang. Badan basah kuyup tu..jalan2 sekitar taman dengan angin bertiup..memang terbaik la..xbole rasa di mana2 selain kat tmpt ni. 3rd time, masa hari ahad pagi...menghidup udara yang segar di waktu pagi..memang sgt menenangkan..



Cuba tengok pokok2 bunga yang terdapat di taman dalam resort ini. Begitu teruja kitorg melihat bunga2nya.. memadangkan kitorg tidak dibenarkan untuk memetiknya.. amik gambar pun jadi la...










Pada hari Ahad, perjalanan diteruskan untuk ke Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah. Memang sangat best da teruja apabila kita dapat meilhat gajah didepan mata ditambah pula, kami diberi peluang untuk memberi makan secara terus kepada gajah. Buah betik disediakan kepada pengunjung untuk memberikan makanan kepada gajah yang sangat jinak itu. Seriusly, gajah2 disini sangat jinak. Macam tau2 je kitorg nak bg makan..terus dia menghulurkan belalainya..







Sepatutnya aktiviti bermula pada jam 2pm..aktivit mandikan gajah..tapi sebab kitorg da terlambat smpai, kitorg termiss aktiviti itu. Kitorg hanya berpeluang untuk menyertai aktivit memberi makan kepada gajah & aktivit menunggang gajah. (p/s-gambar aktivit menunggang gajah tidak dapat diambil kerana kamera kehabisan bateri sebab terlalu banyak gmbr yang telah disnap di Janda Baik & adik terlupa nk charge bateri malam. Caya atau tak, jumlah gambar yang di ambil adalah sebanyak 440 keping..gler kamera..huhuhu)


Walaupun weekend yang lalu, tidaklah bole dikira sangat sebagai satu percutian, walau bagaimanapun kami begitu gembira kerana dapat meluangkan masa bersama2 keluarga. It's not about the quantity of time that we spend together, but it's all about the quality of time that we are together. Walaupun hanya setahun sekali aktivit riadah bersama keluarga ini dapat dijayakan, kami tetap berharap ia akan dapat diteruskan untuk masa2 akan datang agar ikatan kekeluargaan antara kami akan tetap utuh, kukuh & penuh dengan kasih sayang.


(buat pertama kalinya..aktiviti riadah bersama keluarga tanpa arwah ayah..tetapi aku yakin, arwah sentiasa dekat dgn kitorg & arwah mesti gembira jugak meliat kitorang menggembirakan mak)

Friday, October 28, 2011

the journey has began...

wawawawa....cantiknya cincin pilihan bakal mertua :)...jangan tak tau, cincin merisik ni dipilih oleh bakal ibu mertuaku...mesti bakal ibu mertuaku excited nak dpt menantu perempuan tunggalkan (fakta: saya memang seorang yang sangat perasan)

Perasaan sekarang bercampur baur, seronok + excited itu sudah pasti, tapi dalam masa yang sama perasan takut tetap menyelubungi diri ini. Walau bagaimanapun, aku perlu tetap terus melangkah ke hadapan kerana inilah yang aku pilih, inilah yang aku inginkan, maka inilah yang perlu aku hadapi.

Pelbagai persedian perlu dilakukan untuk memastikan keperluan2 majlis pernikahan & persandingan akan dapat dijalankan dengan lancarnya. Perancangan yang rapi perlu dibuat untuk memastikan apa yang diinginkan akan diperolehi. Kerjasama daripada semua pihak terutama sekali keluarga (mak, along, angak & adik) amat2 diharapkan. Sokongan dan dorongan korang semua akan dapat membantu acek untuk memastikan kelancaran majlis nanti. Tidak dilupa, sedara mara, pakcik2, makcik2, sepupu2 & anak2 buah yang lain. Kerjasama korang semua akan menambahkan kegembiraan di hati acek ini. Kawan2 juga, terutama pendengar setia cerita jiwang karat aku (intan izani & nor badriah), terima kasih kerana korang sentiasa berada di sisi.

Ramai kawan2 yang mengetahui berita gembira aku ingin mengetahui siapakah jejaka separa beruntung yang dapat bertakhta di hati aku ini. Separa beruntung sebab aku ni banyak kelebihan tapi banyak juga kelemahannya. Kepada yang tahu siapakah pemilik hati ini, rezeki koranglah dapat kenal dia terlebih dahulu. Kepada yang belum tahu, tunggu kami berkahwin nanti ye. Di atas pelamin nanti, tengoklah kami puas2, so tak payahlah aku disclose sekarang siapa orangnya ye :)

Cukuplah aku katakan, dia merupakan sahabat @ pendengar setia cerita sedih & gembira zaman remaja aku. Dia merupakan sahabat yang terlalu ikhlas sepanjang persahabatan kami. Dia merupakan seorang yang selama ini berada terlalu dekat dengan diri aku, tetapi sering aku lupakan & pinggirkan dirinya. Betullah kata orang "kita dok kejar orang jauh, tak sedar ada orang kat sebelah kita".

Adakah diri ini buta selama ini? Kenapakah aku tidak menyedari kehadirannya dalam hidupku selama ini? Jawapannya adalah...kalau Allah kata dia jodohku, tercipta untukku, suatu hari nanti dia tetap akan menjadi milikku (insyaAllah). Tak perlu dihujani soalan2 sebegitu kerana aku yakin, jodoh pertemuan adalah ditangan Tuhan. Tiada ruginya aku tidak menyedari kehadirannya selama ini, tiada ruginya aku tidak nampak kewujudannya selama ini kerana...apabila telah Allah tetapkan dia jodohku, maka dia tetap akan menjadi jodohku walau dalam apa keadaan sekalipun.

So now...checklist untuk persiapan perkahwinan:-

1. Booking dewan - done, deposit paid
2. Catering - tgh survey lagi
3. Pelamin, etc - tgh survey gak
4. Kad kahwin + goodies - yang ni lmbt2 skit pun xpe kan
5. Kursus kahwin - ni yang paling sedih sekali, En. Tunang da pergi dlu, skrg dia xnak teman saya peg sekali lagi..cenggane???

Cukup lah buat masa ini. Next updates, next entry ye..
weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Sunday, October 23, 2011

THE BEST MAN WIN & THE BEST WOMAN WILL GET HIM

weeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!! cam best je kan bunyinya...memang best pun, sangat best kot..heeeeee

Alhamdulillah, walaupun secara serba sederhana, walaupun kegembiraan hanya ditemani oleh keluarga terdekat sahaja, namun aku tetap bersyukur kerana apa yang kami rancangkan berjalan dengan baiknya...

Semuanya bermula apabila Allah telah menggerakkan hati ini & aku memberanikan diri ini untuk menyatakan kesediaan untuk menjadi permaisuri di hatinya. Sesungguhnya apa yang telah berlaku sepanjang proses ini telah telah membuatkan aku merasakan betapa diri ini dihargai, betapa darjat seorang wanita ditinggikan apabila dirinya dipinang oleh seorang lelaki, betapa gembiranya seorang ibu apabila anak gadisnya disunting & betapa hebatnya aturan Yang Maha Kuasa dalam menemukan kami.

Sesungguhnya pertemuan kami tidak dirancang. Sesungguhnya segala yang berlaku adalah kehendak-Nya. Sesungguhnya aku bersyukur dengan pertemuan & perancangan ini.

Thursday, October 20, 2011

~ mix feelings ~

Mix feelings (teruja, excited, takut, malu, tak sabar, etc)


Hahahahahahahahaha...da lama tak mengupdate blog, tau2 je post something about feeling..hehehehehehe <3



Teruja - sebab this is the first time this thing is going to happen to me. Hope to be the first & last time..heeee

Excited - sebab I have been waiting for this moment since before...ngeeeee

Takut - sebab menyedari diri ini banyak kekurangannya...kan

Malu - sebab saya ni kan pemalu orangnya...weeeeeee
Tak sabar - sebab saya da mula ada perasaan nk kahwin...yeeeeeeeeeee!!!!!


[this is merely an introduction, more info?...tggu after this weekend ye :)))]

Thursday, April 28, 2011

..missing u..

Hari-hari dilalui dengan perasaan rindu, hari-hari dilewati terasa kosong...detik-detik dilalui sering teringatkannya, masa-masa yang dilewati terasa kurang bererti...manusia yang terlalu disayangi dalam hidup ini telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan puteri kesayangannya ini.

Tiada lagi panggilan "ayah" dalam hidup puteri ini...tiada lagi panggilan manja "anak kesayangan ayah" yang ditujukan kepadanya...tiada lagi gurau senda & gelak tawa ketika menghabiskan masa bersama. Selama 25 tahun kehidupan puteri ini muka bumi ini berada dalam dakapan, pelukan dan kasih sayang ayahnya...selama 25 tahun perjalanan kehidupan puteri ini diiringi doa dan restu daripada ayahnya...selama 25 tahun ayahnya memberikan semangat, motivasi dan menjadi orang yang bertanggungjawab kepada kejayaanya pada hari ini.

Tetapi itu semua hanya tinggal kenangan..itu semua hanyalah cerita-cerita masa lalu. Kini, puteri ini perlu berjalan sendiri, puteri ini harus berdiri di atas kaki sendiri, puteri ini perlu menghadapi masa depannya seorang diri.

Walaupun ayahnya sudah tiada lagi, walaupun puteri ini perlu berjalan sendirian kini...segala jasa, pengorbanan, kata2 semangat dan kasih sayang yang dicurahkan akan terus kekal abadi dalam jiwa puteri ini.

Semuanya hanya tinggal kenangan, akan tersimpan rapi, terkunci rapat jauh di sudut hati puteri ini. Tidak mungkin akan ada insan lain yang dapat mengantikan tempat yang terlalu dalam ini, tidak mungkin akan ada insan lain yang akan dapat memberikan kasih sayang sebagaimana yang diperolehi daripada insan yang dipanggil "ayah" ini. Tempatnya terlalu istimewa jauh di sudut hati puteri ini.

Perjalanan kehidupan ini akan tetap diteruskan. Perjanjian yang dimeterai sebelum ini harus ditunaikan. InsyaAllah, puteri ini akan berusaha untuk menjadi harta peninggalan yang paling berharga untuk ayah yang terlalu disayangi ini.

Sunday, April 24, 2011

:: takkan ku berhenti mengharap ::


Perjalananku di dunia ini masih jauh, masih banyak lagi yang perlu kuhadapi, masih terlalu awal untuk duduk berdiam diri dan berpuas hati dengan apa yang dimiliki, masih terlalu muda untuk mensia2kan rahmat dan anugerah Allah.


Takkan ku berhenti mengharap...

Hanya padaMu Ya Allah aku mengharap, hanya daripadaMu Ya Allah aku meminta, hanya kepadaMu Ya Allah aku memohon. Mengharap, meminta dan memohon agar perjalanan hidup ini dipermudahkan dan sekalipun ingin Kau duga @ menguji ku, mudah2an aku masih mampu berdiri dan bangkit semula untuk menghabiskan sisa2 kehidupan ini.


Takkan ku berhenti mengharap...

Kerana aku tahu, aku tidak akan kecewa sekiranya aku terus mengharap dan berharap daripadaMu. Kerana aku tahu, Engkau menyayangi hamba2Mu. Kerana aku tahu, hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk diriku. Kerana aku tahu, hanya Engkau yang akan kekal dan setia bersama2ku.


Takkan ku berhenti mengharap...