Wednesday, May 23, 2012

Allah sedang mengajarku erti BERSYUKUR...

Syukur Alhamdulillah... setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Yang Maha Esa atas aturan yang hebat ini. Terima kasih Ya Allah...



Tujuan aku menulis kali ini, bukan untuk bercerita mengenai majlis penikahan & majlis perkahwinan aku yang telah berlangsung pada minggu lepas, tetapi aku menulis kali ini untuk mengingatkan diri aku mengenai nikmat kurniaan sebagai seorang ISTERI yang telah Allah kurniakan kepada aku.



Semoga aku akan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan yang Allah berikan kepada aku dan pada masa yang sama redha & sabar dengan ujian dan dugaan yang diberikan kepada aku.

Life is very unpredictable but life is very fair, maka bersyukurlah...

Pada hari Isnin yang lalu, aku dikejutkan dengan berita kematian anak sepupu arwah ayah (kiranya 2 pupu aku). Tetapi apa yang lebih mengejutkan aku, arwah Rozita yang meninggal dunia merupakan bakal seorang isteri. Dia sebenarnya bakal bernikah dan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini.

Selepas mendengar berita tersebut, aku terus terpanggil untuk menziarahi arwah & keluarganya. Mujurlah En. Suami sanggup memandu balik ke Sg. Manik, Perak. Dalam perjalanan pulang dari office ke rumah, tanpa aku sedari air mata aku mengalir sambil mulut aku tidak henti-henti mengucap setinggi-tinggi kesyukuran pada Mu Ya Allah. Tiba-tiba rasa keinsafan menyelubungi diri ini. Kau Maha Hebat Ya Allah. Semuanya boleh berlaku dengan kehendakMu. Sekiranya itu yang ditakdirkan olehMu, itulah yang akan berlaku.



Arwah Rozita meninggal seminggu sebelum dia sempat menjadi seorang isteri. Aku baru mengalami saat-saat itu. Kegembiran, ketidaksabaran, keterujaan, semuanya ada. Tidak sabar-sabar menanti hari bahagia tersebut. Bezanya, Allah telah memberi aku peluang untuk menjadi seorang isteri, tetapi peluang yang sama ditarik daripada arwah Rozita. Ya Allah, betapa Kau menyayangi aku & memberikan aku kesempatan tersebut. Terima Kasih Allah.

myMetro | Hari bahagia tertangguh
(keratan akhbar HarianMetro pada hari Isnin, 21 Mei 2012)
semoganya rohnya dicucuri rahmat hendaknya.. al-Fatihah


Mungkin kejadian yang menimpa arwah Rozita merupakan satu peringatan daripada Allah kepada aku. Mungkin Allah ingin mengingatkan aku supaya lebih bersyukur & lebih menghargai segala nikmat kurniaanNya. Sememangnya Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku.

Bantu aku Ya Allah, bimbing aku Ya Allah..
Jangan lepaskan aku daripada pandanganMu...
Berkatilah rumahtangga kami Ya Allah...
Titipkan rahmat & kasih sayang Mu kepada kami agar bertambah rasa kasih & sayang kami kepada Mu..
Bantu aku, semoga aku mampu menjadi seorang isteri, bakal ibu, anak, menantu, kakak & adik yang baik kepada keluargaku & keluarga mertuaku...

Amin, Ya rabbal alamin...




Wednesday, May 16, 2012

ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana majlis pernikahan & majlis perkahwinan yang telah dirancang lebih 6 bulan yang lalu berlangsung dengan selamatnya. Terima Kasih Ya Allah....

Majlis pernikahan berlangsung pada 12.5.12 bertempat di Masjid Az-Zubair Ibn Awwam. Majlis diketuai oleh Penolong Pendaftar Nikah kariah Cheras, Ustaz Bashri & pernikahan aku dengan En. Suami disempurnakan oleh Along. Terima Kasih Along...


Dengan hanya sekali lafaz, aku telah selamat menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang aku yakin telah diciptakan oleh Allah untuk mendampingiku & bersama-sama denganku mengharungi kehidupan di muka bumi ini. Terima Kasih Abang...


Dan aku yakin, mak lah orang yang paling gembira sekali setelah aku selamat diijabkabulkan dengan En. Suami. Percayalah mak, sesungguhnya acek lah yang paling gembira sekali sekiranya mak bergembira dengan kehidupan baru acek ini. Terima Kasih Mak, Acek sayang sangat pada Mak hingga hujung nyawa...


Majlis pernikahan berlangsung pada 12.5.12 bertempat di Masjid Az-Zubair Ibn Awwam. Majlis dimulakan dengan majlis pertunangan terlebih dahulu. Atas permintaan keluarga En. Suami, kami ditunangkan terlebih dahulu sebelum majlis pernikahan dijalankan. Jadi tunangan kepada En. Suami 30min sebelum disatukan. Ala, sebelum ni tak bertunang pun aku da ngaku En. Tunang..heeeeee



Terima kasih kepada along sekeluarga. Along & akak sanggup amik cuti awal (lagi awal daripada pengantin) untuk membantu melancarkan perjalanan majlis.


Terima kasih juga kepada angah sekeluarga atas segala bantuan, pengorbanan, pertolongan untuk menjayakan majlis ini.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada orang kuat yang telah bertungkus lumus semenjak 2 bulan yang lalu untuk menjayakan majlis ini. Adik tersayang la katakan :)




Thursday, April 19, 2012

untuk amalan saya & En. Tunang menjelang pernikahan :)


 Surah Taha ayat 25 - 28

25) "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku
26) "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku
27) "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku
28) "Supaya mereka faham perkataanku;


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Wednesday, April 18, 2012

24 hari sebelum hari kejadian

24 days to go!!! Macam tak percaya je... macam2 perasaan yang sedang bermain2 difikiran sekarang, macam2 yang aku bayang & fikirkan... walaupun dear pesan tak yang nk serabut2 fikir...mana bole, perempuan kan memang byk berfikir, mcm2 yang difikirkan...

Alhamdulillah, sehingga ke saat ini...bolehlah dikatakan hampir 90% persedian telahpun siap. Tinggal 10% benda2 remeh temeh je... Sekarang ni musim mengedarkan kad jemputan... weeeeeeeeeeee...excited feeling, memang sangat teruja & seronok bila nk edarkan kad...

Tak banyak yang nk dishare, just hope majlis akan berjalan lancar & rumahtangga yang akan dibina ini sentiasa berada di bawah rahmat & keberkatan Allah.. AMIN :)

Wednesday, April 11, 2012

what a surprise ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Thank you so much my dear darling... speechless, da tau nak cakap apa da sebenarnya bila ternampak kotak berbalut wrapper purple, siap reben2 lagi kat atas dashboard kereta...rasa cam nak peluk cium dear je masa tu...tapi yela, xleh nk ikutkan hati sangat kan...saya hanya mampu tersenyum, tersengih & tergelak2 jela...pastu dear siap nyanyi lagi Happy Birthday lagi...walaupun da lambat seminggu, but I still appreciate it... I love it!!!!! I LOVE U...heeeeee ♥ ♥ ♥



Sampai MidValley dalam pkul 5.50, parking senang btol dapat, masuk2 carpark terus ada petak yang kosong. En. Tunang cakap dia lapar, xlunch lagi...ok, saya teman dear makan...pastu bila nak kuar kereta, En. Tunang nak bawak beg sandang dia yg besar...bila saya tanya, kenapa bawak? ada laptop ke dalam tu..dia kata, saja je bawak...ok, tak syak apa2...mungkin adalah benda penting dlm beg tu yg xleh nk tinggal dalam kete...

lepas tu pergi makan kat foodcourt level 3...da kenyang2 sume, misi pencarian barang2 En. Tunang dimulakan...tetiba En. Tunang kata nak pegi toilet..ok, carik toilet dlu...pastu masuk half way, tak jadi katanya...apa hal dia ni, lain mcm plak arini...ok, tak syak apa2...pastu jalan half way, dia suruh saya peg jalan2 dlu, sbb dia ada hal katanya...aduyai, ni kenapa plak ni??? dear nk merokok ke??? dia kata rokok tinggal dalam kete, abistu apa?..dia cakap ada hal skit, ayat dia yang xbole blah.. "awak peg la jalan2 mana2 dlu ke, tapi jgn jauh2 sgt tau, ha..peg masuk kedai kat depan tu ke.." apesal dia ni...ok, tak syak apa2, ikutkan aje...

agak lama jgk la masa yang diambil...saya hampir hilang mood menunggu, da penat jalan2, pastu dok berdiri jela kat beranda (beranda ke?) midvalley tu smbil menunggu kekasih hati dengan penuh kesabaran...mmg sgt lama, pastu dear muncul smbil lari2 anak & cakap sorry sbb lmbt...pastu saya tya g mana...dear ckp surprise & rahsia...malas nk layan, kalo dia xnk ckp tu, mmg dia xkan ckp la kan...so abaikan je... sbb tak syak apa2...

pusing2 garden & midvalley carik barang hantaran sayang... lalu depan kedai jam...aritu dear ada ckp nk belikan saya jam...tp masa lalu depan kedai jam, dear diam je...saya pun diamkan jela, malu kot nk mintak..hahahahahahahaha...pastu tgkla beberapa jenis jam yg ada..mahal kot, xkan aku nk mintak yg tu...diamkan jela..pastu dear tunjuk 2 jam, 1 lelaki, 1 perempuan, dear tya..cantik tak...saya ckp jela cantik...tp bila tgk harga, telan air liur jela...mmg tersangat membazir kalo beli jam harga camtu...

perjalanan diteruskan sampai la kami tersangat penat...ok, sume da beli..jom balik keluar dari lif kat tmpt letak kereta, dear tya nk byr parking katne..oh yeah, baru teringat...pastu saya ckp..xpela, saya g bayar, awak amik kete, pastu peg tmpt byr parking tu..saya tggu kat ctu k...lps bayar, tunggu dear datang...pastu masuk kereta tanpa menyedari sesuatu, sehinggalah saya tya "jam da pkul bape ni??? eh, mana jam kete awak, apesal da xde???"

hahahahahhahahahahahahaha...memang la da xde...jam kete dear da ditutup dengan kotak berbalut purple tu.... dear amik kotak tu..pastu dear bg kat saya....pastu saya bukak...jeng, jeng, jeng....






what a surprise!!!!...jam yg dear tunjuk kat kedai td tu...

Ya Allah, serius, sebijik sejibun...

"mahal kot hadiah ni"
"saya tak pernah bagi apa2 kat awak, selama kita berkawan...apa salahnya saya bagi, mahal ke murah tak penting...yang penting hati yang ikhlas"
"tapi hari ahad aritu awak da berhabis banyak untuk saya" (hari ahad beli cincin & gelang utk batal air sembahyang)
"itu hadiah sebab nak kahwin, ni hadiah sbb saya sayang awak" ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

thank you so much my dear darling

sebenarnya, yang awal2 tadi tu...yang dear cakap nk g toilet, pastu tak jadi, then kata ada hal tu...sebenarnya dear g kedai utk balut hadiah tu...heeeeeee, dear beli jam tu pagi tadi, tapi lupa nak suruh kedai jam tu balut...patutla beria2 nk bwk beg sandang yang besar tu masuk Midvalley, rupa2nya dalam beg sandang yg besar tu ada kotak jam tu yg belum berbalut...usaha yang patut dihargai ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

(nampak tak gelang kaler biru kat sebelah tu??? itu sbnrnya adalah gelang McD pada tahun 2005 dlu...masih elok & cantik kan??? apa kaitan gelang tu plak??? sebenarnya gelang McD tu menyimpan 1001 kenangan kitorg pada tahun 2005 dulu..walaupun da 7 tahun usia gelang tu, masih elok rupanya...sebab orang menyimpannya telah menyimpan dengan baik...nak tau apa ceritanya??? tggu next post "ada apa dengan gelang McD")

Friday, April 6, 2012

CRAZY IN LOVE

Alhamdulillah..I have found him (insyaAllah)

Tak perlu yang terlalu kuat agama

Cukuplah yang jaga agama

Pasti nanti agama kami terbela.


Tak perlu yang tahu Islam

Cukuplah yang mahu Islam

Pasti nanti kami menuju Islam.


Tak perlu setinggi-setinggi pelajaran

Cukuplah yang tinggi cara pemikiran

Pasti nanti usaha kami seiring kehidupan.


Tak perlu pencapaian

Cukuplah persepsi dan kematangan

Di situlah dia mengagumkan.


Tak perlu yang petah berhujah

Cukuplah yang mudah berbincang sama

Pasti nanti masalah kami terlerai jua.


Tak perlu harta kekayaan

Cukuplah kami tidak kelaparan

Pasti nanti kami selesa dengan kehidupan.


Tak perlu segak kacak bergaya

Cukuplah hatinya jadi rupa

Pasti nanti kami tak sengsara.

Tak perlu yang gigih bekerja

Cukuplah yang bertanggungjawab dengan dunianya

Untuk melengkapkan akhirat keluarganya.


Tak perlu sesempurna mana

Cukup sekadar lelaki biasa

Pasti masjid kami jadi luar biasa.


Bukankah rumah tangga itu lubuk pahala?

Dia yang bijak takkan sia-siakannya

Dia pasti tahu tindakannya


Untuk mencari keluarga bahagia

Hidup di dunia tenang selesa

Membawa kami ke syurga sana.

Monday, March 26, 2012

BIDADARI DUNIA kah aku????




Selesai sudah, Konvensyen Bidadari Dunia yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC). First time join konvensyen mcm ni & first time jugak peg PICC, so double excitement!


Aku pun tak tau, camne aku bole terbuka hati untuk attend konvensyen ni. Semuanya bermula, apabila aku terpadangkan advertisment ni di website iluvislam.com. Tetiba rasa macam tergerak hati untuk melibatkan diri. Alhamdulillah, Allah telah memilih aku untuk menyertai konvensyen ini.


Niat aku hanya satu, untuk menambah ilmu di dada, supaya dapat dijadikan bekalan untuk mengutip segala kebaikan yang ada di dunia ini untuk bertemu denganMu Ya Allah. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan sepanjang konvensyen ini berlangsung. Terlalu hebat panel2 yang telah dijemput oleh pihak penganjur. Terlalu kerdil diri ini dirasakan apabila berada di kalangan ilmuan2 & rakan2 lain di Dewan Plemanary PICC itu.


Tetapi, kami semua sama. Hamba Allah, yang tidak putus2 mengumpul bekalan untuk bertemuMu. Tidak kiralah, siapa kami, apa kedudukan kami, apa taraf kami. Aku yakin kami datang dengan satu niat yang sama. Anak ibu yang membawa anaknya, ada makcik yang mengalami kesukaran untuk berjalan, ada student2 U yang baru mula mengenal erti kehidupan, ada professional2 lain yang berjaya dikumpulkan dalam konvensyen yang hebat ini. Subhanallah...


Mungkin aku bole ringkaskan di sini intipati2 yang disampaikan oleh panel2 jemputan


1. Fatimah Syarha - jadikan Allah no. 1 dalam apa jua yang dilakukan dalam kehidupan ini. Niatkan semuanya kerana Allah


2. Ustazah Zawiyah - sayangi Allah, Rasullullah, ibu bapa & diri sendiri


3. Dr Niki - seperti kita menyimpan wang untuk bekalan masa hadapan, begitu jugalah kita perlu mencari bekalan untuk bertemu Sang Pencipta


4. Ustazah Siti Nurbahyah - rehda Allah terletak pada redha ibu bapa. Sayangi mereka, insyaAllah kita akan disayangi Allah


5. Datin Zaleha - kita ada, kita beri, insyaAllah kita akan dapat


6. Wardina, Cat, Puan Su - Allah sukakan kecantikan, jadilah muslimah yang cantik kerana Allah


7. Dr. Muhaya - apabila kita positif, banyak hormon positif yang akan dikeluarkan oleh tubuh badan kita & akhirnya kita akan sentiasa bersangka baik dengan Allah


8. Puan Juliya - untuk menjadi ibu, perlunya ilmu supaya kelak kita tidak ditanya oleh Allah adakah kita telah menjalankan tanggungjawab & amanah yang diberikan kepada kita


7. Dr. Robiah - muslimah & solehah bukan hanya pada fizikal, tetapi hati yang baik akan memancarkan aura yang baik & akan terserlah secara fizikal


8. Ummi Rose - kawallah setiap perhubungan, insyaAllah Allah akan sentiasa mengawal kita


9. Dr. Harlina - diri kita bukan sahaja memerlukan makanan fizikal, tetapi juga memerlukan makanan jiwa, rohani & emosi


10. Ustazah Firus, Ustazah Amie, Irma, Nora & Farliza - kembalilah kepada fitrah semulajadi kejadian manusia iaitu secara mencari kebaikan


Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan di sini. Terlalu banyak ilmu yang dicurahkan sepanjang 2 hari konvensyen ini berlangsung. InsyaAllah sedikit sebanyak aku akan cuba memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik. InsyaAllah...




Wednesday, March 21, 2012

Alhamdulillah...kami sudah dapatkan kebenaran bernikah :)

Alhamdulillah, urusan pendaftaran pernikahan telah diselesaikan semalam. Terima kasih En. Tunang sebab temankan saya pergi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) semalam, walaupun sesat2 nk datang amik saya kat office. Perjalanan dari Ampang ke Pusat Bandar Damansara yang sepatutnya hanya mengambil masa 30min (jalan tak jammed) menjadi sejam lebih gara2 kesesatan tahap melampau En. Tunang.

Sebagai panduan kepada sesiapa yang bakal bernikah. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah booking untuk HIV test. Ini yang paling penting sekali, sebab di KL, kena Q panjang utk buat appointment. My experienced, kitorg kena Q selama 2 minggu sebelum smpai turn kitorg utk buat HIV test. Kitorg buat HIV test pada 5/3/12 di Klinik Kesihatan Cheras.

Lepas tu, pada 10/3/12, aku dengan along pergi berjumpa dengan Penolong Pendaftar Nikah kawasan perumahan aku. Banyak jugak benda yang perlu dilakukan. Ustaz Basri bagi 2 helai borang untuk dilengkapkan oleh bakal pengantin lelaki & perempuan. Bakal pengantin perlu lengkapkan borang yang diberi.

Pada 12/3/12, En. Tunang pergi Pejabat Agama Islam Seremban untuk mendapatkan kebenaran bernikah di KL. En. Tunang orang N9, tetapi kitorg akan bernikah di KL, so En. Tunang perlu dapatkan kebenaran NP untuk bernikah di KL. 13/3/12, saya jumpa En. Tunang untuk lengkapkan borang & bagi salinan dokumen-dokumen yang diperlukan. En. Tunang memerlukan salinan IC, borang HIV asal, surat akuan bujang asal, sijil kursus pra-perkahwinan asal & salinan. Dokumen saya pulak salinan IC sahaja. 14/3/12, En. Tunang hantar semua dokumen ke Pejabat Agama Islam Seremban dan alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Pada 16/3/12, En. Tunang da dapat surat kebenaran daripada N9.

Pada 17/3/12, aku dengan along sekali lagi berjumpa dengan Ustaz Basri. Kali ini, untuk dapatkan cop & tandatangan ustaz selepas semua dokumen yang JAWI perlukan telah disediakan. Selepas itu, ada beberapa dokumen-dokumen lain yang Ustaz Basri lengkapkan. Seperti biasalah, tarikh nikah, masa nikah, tempat nikah, mas kahwin, hantaran, cincin (beserta nilai), semua maklumat2 tersebut perlu di berikan kepada kadi.

Pada 20/3/12, aku dengan En. Tunang pergi JAWI. Teruja, excited & tak sabar (kata En. Tunang kepada aku)...hahahahaha, sapa tak excited nak kahwin. Once in a life time je kot. Dokumen yang aku perlukan, salinan IC, salinan IC wali, sijil nikah mak ayah, sijil mati arwah ayah, keputusan HIV asal, sijil kursus pra-perkahwinan asal & salinan. Dokumen daripada En. Tunang, salinan IC, surat kebenaran nikah N9, salinan ke-2 borang yang En. Tunang isi di Pejabat Agama Seremban aritu. Memang sangat efisyen & pantas servis JAWI ni. Sampai amik nombor, tunggu giliran, serahkan semua dokumen, lepas tu tunggu jap. Nombor dipanggil semula, buat bayaran, pastu tunggu sekejap. Pastu..jeng3... yang ditunggu2 dah dapat. Surat Kebenaran untuk Bernikah.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana Engkau permudahkan urusan kami. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini. Terima kasih Ya Allah & mudah2an majlis pernikahan & majlis perkahwinan kami nanti akan berjalan dengan lancar & baiknya.

Friday, March 16, 2012

# 11 - wasiat untuk bakal isteri

Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal. Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'hamba' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'hamba' lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

1. Pertama dan kedua - berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

2. Ketiga dan keempat - memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.

3. Kelima dan keenam - memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

4. Ketujuh dan kelapan - menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

5. Kesembilan dan kesepuluh - jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengingkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.

6. Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu. Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.

Wednesday, March 14, 2012

58 hari sebelum hari kejadian :)

Da lama tak update blog. Al-maklumlah, orang sibuk nak kahwin katanya..heeeeee.

Memang slalo busy la skrg ni...tak kira weekends @ weekdays, ada je benda nak kena buat untuk memastikan semua persediaan untuk majlis yang dinanti-nantikan akan berjalan dengan baik.

Moh kita check apa yang da settle & apa yang still pending

1. Urusan pernikahan

Pada masa blog ini diupdate, En. Tunang baru je submit surat kebenaran untuk bernikah di Pejabat Agama Islam Seremban. Memandangakn En. Tunang orang nogori, dan majlis pernikahan kami akan diadakan di Kuala Lumpur, kami perlu mendapatkan surat kebenaran dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.


MAINS + JAWI = HELMI + FAIZAH

(sangat gedik OK!)







Lepas da dapat kebenaran daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, barulah surat kebenaran untuk bernikah di hantar ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk kitorg dapatkan kebenaran JAWI plak untuk bernikah.






2. Kad kahwin






Kad kahwin actually da siap early March, tapi kitorg baru je amik dr kedai last Monday, 5 March 2012. Ada sedikit kekecewaaan di sini :(



Kitorg request supaya kad tu, flip-up (buka ke atas), tapi kilang tersalah cetak, diorg buat mcm normal kad...sakit hati sangat2. Diorang setuju nak kurangkan harga sebanyak 20sen. Ada aku kesah 20sen ko tau...hati tgh marah time tu. Nasib baik En. Tunang cam cool je, dia kata xpela, amik jela..bukannya kesalahan besar pun. Cik penasihat (Izan) pun cakap, tak kan nak bazirkan 1,200 keping kad yang da siap dicetak.









(kad kahwin aku xdelah canggih camni, xleh tunjuk dlu, surprise!!!)

Huhuhuhu, akhirnya aku pun terima jela..actually suka gak dapat jimat RM240, then aku pergi shopping. Hahahahahaha...



Anyway kad da siap lipat tau, semangat tak??? hahaha, semua orang bekerjasama untuk melipat kad kahwin..thanks!!!!


3. HIV test


After 2 weeks booking, barulah sampai turn kitorg. Wah, memang hot HIV test ni, siap kena Q lagi. Memula tu rasa cam cuak gak la, yela cenggane la prosedurnya kan, tapi setakat amik darah 2/3 titik, xde hal la..

Before amik darah, ada plak sesi kaunseling. Ada 4 org dlm bilik tu (2 couples la kiranya). Agak mendebarkan bila pegawai kesihatan tu dok tanya2 soklan la plak. Aduyai, saya dtg nk cek darah je bang..xyah la dok tya2 soklan. Nasib baik lah dia tya lelaki je, tak tanya perempuan & En. Tunang saya dengan yakinnya jawab sume soklan yang diberi..hehehehehe..

Pastu amik darah skit, letak kat satu alat putih, then tggu result dalam 10min. Pegawai Kesihatan tu kata, kalo line pada huruf C..maknanya OK, bole kahwin..hahahahahah...senyum melebar En. Tunang.



(lebih kurang camnilah rupanya, tapi kat atas ni bkn kitorg punya..kitorg punya both C ok...)




4. Shopping lagi

Doorgifts utk sebelah lelaki, bunga2 untuk hiasan bilik pengantin, bunga2 & brg2 hiasan hantaran, dan brg2 yg sewaktu dengannnya, meaning SHOPPING.. Yes, bak kata mak usu, kena bawak seguni duit.hehehe... Da confirmkn dgn wedding planner (abg sepupuku...) sesi shopping menyoping akan diadakan pada hari Ahad, 18 March 2012 di sebelah petang, selepas dia abis kelas. Thanks for your commitment towards my wedding. Usaha mu amat dihargai :)



5. Guest book



(puas hati sgt dgn DIY guestbook saya!)



Finally DIY guestbook siap jua akhirnya. Xdela book pun sgt sbb ia sbnrnya adalah kad sekeping2 yang di lekat2 gmbr love selagi tak mau. Akan jadi book, bila sume kad2 tersebut dicompilekan together2....tggu & lihat je hasilanya nanti. So, kawan2 jgn lupa utk drop ur msg to us yea!



6. Cat bilik


Yang ni bergantung pada tahap kerajinan. Tapi cat mesti cat...Memandangkan adik da start final exam, kerja cat mengecat ni terpaksa ditangguhkan selepas adik abis exam (which is in April)











(mestilah bukan kaler pink, mau pengsan En. Tunang nanti, xnk masuk bilik silap2..hahaha)

Saturday, February 11, 2012

Setuju awak nak kahwin dengan dia???

Bila tok kadi datang jumpa bakal isteri dan tanya; "Setuju awak nak kahwin dengan dia?"

Fikirkan benda ni....
a. Adakah anda betul-betul yakin dan mampu untuk let go everything dan percaya 100% dengan bakal suami anda?

b. Adakah anda betul2 mampu akur dan taat dengan perintah suami selagi tak langgar hukum agama?

c. Adakah anda rela meninggalkan keluarga asal anda untuk memberikan fokus kepada keluarga anda yang baru?

d. Adakah anda mampu untuk terima keluarga belah lelaki sebagai keluarga anda,termasuklah mak mertua anda sebagai mak anda sendiri?

e. Mampukah anda berkata "ya" kepada lelaki itu jika dia cuba mengawal hidup anda demi kesejahteraan keluarga dia...bukan keluarga anda?

"Ya,saya setuju" dekat Tok Kadi...sepatutnya tidak ada lagi rasa doubt dekat suami .Bila anda dah kata "ya" this means anda dah berserah... anda sendiri yang menyerahkan diri anda dan anda sendiri setuju dengan syarat2 dan undang2 yang akan dikenakan pada diri anda bila anda dah kahwin.

Friday, February 10, 2012

eh...nama aku???

Kan hari tu pergi tempah kad kahwin dengan En.Tunang...sekali, jeng, jeng, jeng...first draft diterima pada 3 Feb yang lalu...baru nk bukak email, jam da menunjukkan pkul 2.30..





"siti, are you ready? we should leave now"



ala.....ada meeting kat Shah Alam pkul 3..punahla harapan nak tgk draft kad kahwin. takpela, balik nanti br tengok, sblom tu msg En.Tunang dulu, biar momentum feeling teruja tu kekal...heeeee



balik dari meeting, discuss skejap dengan manager & now, time to print the draft card...bila da print, tengok2, belek2...eh, nama aku??? nak tau apa perasaan time tu??? tersangatlah teruja, tersangatlah excited dan juga satu perasaan yang sangat pelik..nama aku??? yelah, dah aku yang nak kahwin, mestilah nama aku kan..huhuhuhuhu...







Sangat best ok bila tengok kad tu..walaupun banyak je yang salah, typo error, spelling error, etc...tapi cam seronok je dok amend2 kad tu...bila da amend kat tu, sebelum scan & email balik kat diorg, forward kat intan izani sebab dia sibuk sangat nak tengok...sekali dia cakap..



"macam senior review tax computation, ko conteng2 atas kad tu"



heeeee, da terbiasa review keje orang, camtulah hasilnya...



Diorang amend cepat jgk la..aku email pkul 11pagi, dalam pkul 3 ptg, diorg da email balik after amendments..actually kalau diikutkan da xde apa sgt amendmentnya, cuma skit2 design here & there yang aku dok tukar, bagi layout nmpk presentable skit, baru la orang nk tgk lama2 kad kahwin aku nanti...hehehehehehe



nak tangok hasil keseluruhannya??? tunggu bila kad da siap, akan ku kirirmkan kepada semua kenalan2 ku...datang jangan tak datang plak nanti ye... :))))))))))










Thursday, February 2, 2012

Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah

(below article was copy and paste from this link) Rahsianya pada dua wanita yang hebat…

Apakah rahsia lelaki berjaya ?
Rahsianya adalah kerana dia mempunyai dua orang wanita yang hebat !

“Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” – Sayyidina Umar bin Khattab.

Siapakah si Dia yang bergelar A ini ?

♥ Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?
♥ Siapakah gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan berpanjangan ketika melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama ini ke alam dunia ?
♥ Siapakan si dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya menangis kelaparan dengan penuh tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan dahaga ?
♥ Siapakah insan istimewa itu yang telah membesarkan anaknya semenjak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan jemu ?
♥ Siapakah susuk tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan dan skil kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal menggantikan visi perjuangan ke dua orang tuanya ?
♥ Siapakah gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dengan penuh kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini cepat sembuh bagi meneruskan kehidupan ?
♥ Siapakah insan yang terus tabah mendepani karenah anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan memberikan ujian dan dugaan penjaganya ?
♥ Siapakah si dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, pemikiran dan berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi kejayaan demi kejayaan ?
♥ Siapakah insan yang turut mengambil-berat mengenai bakal pasangan anaknya ini agar masa depannya terus bahagia walaupun terpaksa berkongsikan kasih sayang bersama wanita baru ini ?
♥ Siapakah si dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih sayang anaknya yang semakin dewasa miski pun si anak ini telah berumah-tangganya ?
♥ Siapakah gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan mereka walaupun anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan dan pengorbanannya selama ini ?

Jawapannya ialah si ‘ibu’nya…..

Siapakah si Dia yang bergelar B ini ?

♥ Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?
♥ Siapakah gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi menerimanya sebagai teman hidup yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?
♥ Siapakah si dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan hajat suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya ?
♥ Siapakah insan ini yang sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki kesihatan yang terbaik dan keceriaanya ditekuni ?
♥ Siapakah insan tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan dicatat dan sejarah terbina cemerlang ?
♥ Siapakah gerangannya yang sabar dan tabah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan jayanya ?
♥ Siapakah dia insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah tangga dan kejayaan suami dan anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk berkeringat menanggung bebanan ini ?
♥ Siapakah dia yang tabah menahan kesedihan kehilangan suaminya dan terus berkorban bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan suaminya bagi mempastikan cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua ?

Jawapannya ialah si ‘isteri’nya…..

Betullah kata Umar al-Khattab bahawa “Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” .

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

Kesimpulannya :
♥ Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi.
♥ Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.
♥ Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.

Tuesday, January 31, 2012

Kerana Baitulmuslim Itu Perkongsian Bukannya Pemilikan

Kerana Baitulmuslim Itu Perkongsian Bukannya Pemilikan iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saya teringat beberapa analogi penting yang diberikan dalam buku 'Men are From Mars, Women are From Venus'. Bagi pelajar IPT yang menggemari blog Saifulislam.com pasti mengenali buku ini.

Kisahnya adalah psikologi. Antara dua makhluk yang berlainan, tinggal dalam satu perjanjian teguh yang dinamakan pernikahan. Buku ini banyak mengajar akibat apabila komunikasi yang tidak berkesan berlaku. Juga kegagalan suami atau isteri memahami gerak tingkah laku pasangannya. Semuanya boleh jadi satu kelebihan andai masing-masing pandai mengendalikan.

Saya ambil contoh, dalam salah satu bab yang diceritakan dalam buku ini adalah bagaimana lelaki perlu memahami cara sudut wanita menafsir hadiah yang telah diberikan pada mereka.

Penulis buku tersebut mengatakan, apabila seorang suami membawa isteri dan anak-anaknya melancong dan telah berhabis banyak duit itu semua satu kecukupan. Tidak perlu memberi lagi hadiah lain dalam satu tempoh tertentu. Tetapi pandangan ini silap, andai kata suaminya memberikan sejambak bunga ros pada selang seminggu selepas tarikh bercuti ianya adalah sama nilainya di sisi seorang isteri.

Begitu juga sifatnya apabila seorang suami membayar wang ansuran bulanan. Jangan fikir isteri akan segera memahami dan tidak meminta apa-apa lagi, lalu memang apa-apapun suami tidak beli atau hadiahkan. Paling kurang hadiah sesuatu, atau belikan sesuatu walaupun perkara itu seremah sejambak bunga. Percayalah dengan komunikasi berkesan, maka kedua-dua akan faham dan saling bersama-sama untuk membaiki diri sendiri.

Berkahwinlah untuk banyak memberi berbanding menerima

Apabila ini telah ditetapkan dalam minda, insya-Allah kedua-duanya akan diberikan keberkatan oleh Allah Taala. Ingatlah perkahwinan yang dinilai dalam Islam jauh daripada tujuan perkahwinan yang digilai oleh pengikut nafsu. Ianya direntang oleh perjanjian teguh yang Allah sebutkan dalam Al-Quran sebagai 'Mitsaqan Ghaliza'.

Apa itu 'Mitsaaqan ghaliza'?
Itulah perjanjian teguh yang disebut Allah di dalam kalam sucinya hanya pada 3 tempat. Dalam surah An-Nisa' ayat 154 ketika Allah mengangkat bukit Tsur di atas kepala Bani Israel dan menyuruh mereka bersumpah setia dengan Allah Taala. Kedua, dalam surah Al-Ahzab ketika Allah Taala mengambil perjanjian teguh ke atas Nabi Muhammad SAW dan Rasul Ulul Azmi dan ketiga pada surah An-Nisa' ayat 21 tentang hubungan pernikahan.

Bagi seorang suami, apa-apa yang diinfakkan untuk isteri dan keluarganya adalah satu sedekah yang tinggi nilainya di sisi Allah Taala. Jika isteri adalah seorang yang suka meminta yang tidak patut, seorang suami seharusnya memahamkan melalui sikap dan tingkah laku mereka. Seseorang pernah menasihatkan saya, teguhkanlah perjanjianmu dengan isteri pada malam pertama perkahwinan.

Tetapkan halatuju perkahwinan yang didambakan dan anak-anak yang bakal membesar dalam lingkungan didikan perkahwinan ini. Terangkan pada isteri, nantinya walau Allah Taala memberi rezeki yang banyak, tetapi itulah bukan tujuan pernikahan ini. Kerana cita-cita tertinggi itu adalah syurga Allah Taala, yang perlu sama-sama suami isteri cita-citakan. Dan demi cita-cita ini tidak mustahil Allah Taala berikan sedikit ujiannya.

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah ayat 155)

Bagi seorang isteri, jangan memungkiri perjanjian yang teguh ini. Kerana apabila seorang suami berbesar hati untuk memberikan mahar, bermakna mereka menghargai dirimu sendiri. Eratnya tangan suami mengenggam saat nikah begitulah teguhnya hati untuk menerima tanggungjawab ini. Berazamlah untuk banyak memberi juga, kerana perjanjian ini juga membantu kamu untuk meraih syurga.

Salah satu hak seorang suami terhadap isterinya adalah mensyukuri akan kebaikan yang dilakukan oleh suami dan tidak melupakannya. Namun, sayangnya ramai wanita yang tidak menghargai hak ini dan sewenang-wenangnya mengumpat dan mengeji suami di belakang. Ramai isteri yang dilayan dengan baik oleh suaminya, namun amat menyedihkan apabila si isteri menjumpai satu perkara yang kurang disenangi oleh suaminya atau suami membuat kesilapan sekali maka dengan mudahnya seorang isteri itu berkata, " Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan daripadamu."

Apa yang diperlukan adalah sekeping hati
Dalam diri seorang lelaki yang bakal menempuh hari-hari perkahwinannya, tiada lain yang pemberian seorang isteri, atau perkara yang paling menggembirakannya selain sekeping hati seorang isteri. Hati tulus yang sanggup dan bersedia berada di sisi mereka saat senang, dan tentunya hati itu bakal menguatkan di kala kesusahan. Hati yang berbunga saat sama-sama ketawa dan hati yang sama-sama bersimpati saat mengalami muram durja.

Inilah kemulian seorang isteri yang paling menggembirakan. Sehinggakan kebaikan ini tergambar dalam kata-kata Nabi SAW saat memuji Saiditina Khadijah,

"Dia adalah seorang wanita yang terbaik,kerana dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam bimbang keingkaran, dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahannya terhdapku, dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain"

Kerana Baitulmuslim itu menguatkan, maka suami isteri yang kuat dan sentiasa mencari redho Allah SWT akan menjadi permata berharga buat masyarakat dan meneguhkan ummat.

Thursday, January 26, 2012

i am in love dengan En. Tunang (gedik mode)

Bila masa (weeeee, tarikh pernikahan la..) semakin menghampiri ni, banyakla blog2 & wesbite2 pasal perkahwinan yang aku lawati (tambahan pulak xde kje kat opis bila bos sume cuti CNY). bila baca blog2 org pasal their lover, aku pun terpk nk gedik2 tulis something pasal my lover (buah hati pengarang jantungku...heeeee, mmg skrg slalo gedik terlebih camni, hormon xbape nk stabil ye...)

macam mana kitorg boleh kenal???
semuanya bermula sekitar 7 tahun yang lalu (masa tu en.Tunang belum cukup umur ok, dia tengah tunggu result SPM..hehehe) zaman siber baru nk berkembang, aku yang buta IT ni pun baru nak belajar2 chatting time tu. Yes, mmg kami berkenalan di dunia siber, tapi kitorg hanya chatting sekali ye. first & last time chatting malam tu.. MIRC la, apa lagi..time tu YM, skype, MSN messenger belum dikenali ramai kot.

bila & katne first time jumpa???
first time jumpa dia JJ Maluri ok..sgt dkt dgn rumah. untuk keselamatan, apa2 hal senang nk balik..huhuhu..time tu aku balik umah weekend dr UiTM, terus singgah JJ Maluri & En. Tunang dari opis dia kat Taman Cempaka (opis lama sblom pindah ke Pandan Mewah) terus ke JJ Maluri untuk jumpa. Takdela excited sgt pun, time tu rasa biasa2 je..nk jmpa member chatting, cam bese jela..maybe sebab aku mmg ramai kawan lelaki, dengan cara yg agak kasar, aku xde masalah nk berkawan dengan lelaki. berkawan ok...xlebih dari tu..(dgn En.Tunang je melebih2..huhuhuhu)

lepas tu korg terus couple ke???
definitely NOT, sbb time tu aku tgh syok kat sorg mamat ni. used to be my closefren. so, aku dgn En.Tunang kawan biasa2 jela...cam aku kawan dgn lelaki2 lain. Time tu aku xde perasaan lgsg2 pun dengan En.Tunang...anggap cam kawan biasa je.. (yeke xde??? xde kot..time tu la xde, time ni tersangat la berperasaan dgn En.Tunang..hahahahaha)

then, relationship korang camtu je???
ni la nak cite ni...everytime aku jmpa En.Tunang time tu, aku dgn asyiknya bercerita pasal mamat yang aku syok tu. gler kesian En.Tunang terpaksa mendengar cte2 aku. pernah smpai satu tahap, kitorg kuar pusing2 KL je, aku nangis2 cte dgn En.Tunang yang mamat yang aku syok tu xsuka dgn aku...huahuahuahua... (malu gler kalo pk2 balik...cian En.Tunang kan, nk wat camne). at the same time, aku dapat tau yang En.Tunang masa tu tgh couple dgn org lain. agak kecewa sedikitla...kenapa nk kecewa ek? bukan aku syok dgn mamat lain ke masa tu...kecewa sebab dahla mamat yg aku syok tu reject aku, sekali En.Tunang pun bf org rupanya.. huahuahuahua

lepas aku tau En. Tunang sdg couple dengan org lain..aku pun mula la menjauhkan diri dgn dia. gler ko, dok berkawan dgn bf org. sorry ye, x-gf En.Tunang, saya xtau pun time tu u couple dgn dia..huhuhuhu (tak baik kot kacau bf org, nanti bf sendiri kena kacau camne??? sapa nk jawab???)

frenship kitorg (frenship la kot..manade relationship lg dgn En.Tunang time tu) agak slow slps tu. at the same time, aku da mula terima hakikat yang mamat yg aku syok tu xsuka kat aku (perit wo...sumpah xnk rasa kena reject g..huhuhu). kitorg jarang berkomunikasi da, jmpa pun da tak da.

smpai la satu hari En.Tunang mcm agak berani menggatalkan dirinya dgn aku...kakakakaka, agak berani anta msg kat aku guna ayat2 yang berperasaan gedik (skrg ni lagi lah bertambah gediknya dia..see, bkn aku sorg je yg gedik, En.Tunang pun gedik ok) & adakalanya ajak aku teman dia g wat kje (apa dia pk, ajak aku g teman dia anta borang tender la, g bayar gaji pekerja la..xde function pun aku ikut dia)... time tu baru aku tau yg dia da break dgn awek dia... "oh, yke, da break ke..ok".. tu je respons aku (xleh nk over2 melompat keriangan ok, control ayu skit, tapi dalam hati, ada can ni..hahahahahahaha)

lepas tu, apa cer???
kitorg getting closer. yela, dah bukan bf org, beranila aku nk gedik2...(cet, pompuan gedik, xleh nk wat camne kan...mestila akan sentiasa gedik2..huhuhu...) but still, kitorg masih jarang berkomunikasi samada sms @ call mahupun jumpa...tapi aku wonder gak, camne la kitorg boleh bertahan kan..

imagine ye...kdg2 sebulan sekali je kot sms, jumpa jgn ckp la..setahun sekali kot. tapi kalo ada peluang utk sms @ jmpa, mmg kitorg enjoy the moment at the fullest kot..hahahahahaha.. tapi, kitorg still appreciate frenship kitorg tu :)..frenship kitorg ni berterusan sehinggalah satu peristiwa yang sungguh dasyat berlaku dalam hidup aku...

share la peristiwa apa tu???
tetiba aku berkenalan dgn sorg mamat ni, dan mamat ni tersgtla gejoloh orgnya..kahkahkah...(sgt kot, desperate sgt nk couple dgn aku kot..pastu trus ajak kahwin) aku x agree pun nk jd awek dia, da ajak aku kahwin.. ni bukan jujur ke, serious ke, ni gejoloh namanya... aku jadi blur, jadi buntu..aku rimas lelaki yg overprotected ni..belum ada apa2, da sibuk nk amik tau pasal aku, ni caring terlebih namanya. sorry, aku ni very independence orgnya..xyah nk caring terlebih..da besar, pandai jaga diri, ni kalo 24 jam nk bermsg dgn aku, mcm la aku xde benda lain nk buat selain balas sms dia...

jeng, jeng, jeng...entah kenapa, tetiba aku terpk utk share cte pasal mamat ni dgn En.Tunang. aku kan mmg suka cte pasal lelaki lain dgn En.Tunang kan...cian buah hati saya kan, saya asyik cte pasal lelaki lain je dgn syng...aku gagahkn diri pergi ke Nilai jmpa En.Tunang, konon2 nk cte kan problem. sanggup kan, smpai ke Nilai utk bercerita konon2nya...

dan actually aku patut berterima kasih dgn mamat caring terlebih tu...sbb, kalo bkn sebab dia, xtau la bila En.Tunang nk confess dgn aku. tak lama... lepas 2 hari aku jmpa En.Tunang dan bercerita pasal ada mamat caring terlebih yg nk kahwin dgn aku, terus En.Tunang confess yang dia suka kat aku sbnrnya selama ni...(weeeeeeeeeee, hati berbunga2 time tu tau, lagi kembang dari bunga ros yang sdg mekar kat cameron highlands tu) aku pun xtau apesal aku suka & xcted terlebih, padahal selama ni aku rasa aku xde pun simpan perasaan pada En.Tunang, tetiba bila En.Tunang confess, terasa mcm dunia ni aku yg punya ok, org lain..dok tompang jela kat tepi2..huhuhuhu

then, korang couple ke???
again...kitorg x couple pun. aku respect relationship yang kitorg jalinkan ni. xtau la nk panggil apa..nk kata couple, aku rasa xpun..sbb kitorg time tu xde ciri2 org bercinta pun...msg seminggu sekali, jmpa sebulan sekali..kira couple ke? xkot...yang pasti aku da mula yakin dgn relationship kitorg tu. bila angah tya, bila korg declare? aku ckp.. "perlu ke nk declare2???, yang penting aku tau dia suka aku..aku suka dia" hehehehehehe..ayat org angau camtu la kan... aku x namakan relationship kitorg sbg pasangan couple, but we are special fren kot..hehehehehe

then, En.Tunang ajak aku kahwin....jeng, jeng, jeng...

ni cte tahun bile ni??? baru2 ni ke???
kejadian kat perenggan atas ni berlaku pada 2009. awal 2010 En.Tunang ajak aku kahwin. but i have rejected him...huhuhuhu... kesian buah hati saya, tapi apakan daya, time tu kasih & sayang saya untuk mak & ayah saya terlalu menebal dan saya rasa saya belum bersedia nk terima kehadiran org lain dalam hidup saya dlu. alasan saya ialah "saya tak sedia lagi nk tinggalkan mak & ayah saya" smbil saya mula mengalirkan airmata time tu. En.Tunang yg agak cuak dgn reaksi saya hanya menghulurkan tisu utk saya. saya cuma ckp pada En.Tunang "kalo awak nk tggu, tggu la...kalo tak, saya boleh terima" huhuhuhuhu (sedih kan..sungguh tragis peristiwa malam ni, yang mana utk pertama kalinya saya keluar g mkn malam dgn En.Tunang kat restoran yang agak cantik la & sebelum nk keluar malam ni, En.Tunang mintak kebenaran arwah ayah saya untuk membawa saya keluar pergi makan...)

relationship kitorg da slow down balik. aku redha & pasrah..memang aku xbersedia lagi untuk komitmen tu. tapi yg aku pelik, apesal aku bole terima dia masa dia mula2 luahkan perasaan dlu, tapi aku xboleh terima bila dia ajak kahwin. mesti korg pun pelik kan...actually kan..ada byk perkara pasal En.Tunang yg aku kagumi. dia x macam kwn2 lelaki yang aku kenal selama ni. aku akui, aku tertarik dgn sifat2 dia. nanti aku akan post something pasal En. Tunang & apa yg menyebabkan aku jatuh hati dgn dia. dia terlalu istimewa di mata aku kalo nk dibanding dgn kwn2 lelaki aku yang lain. tu yg buat aku nk "hold" dia... hold OK, jahat x???

mungkin org akan pandang sinis pada aku, bila aku guna ayat..aku nk "hold" dia. hello, dia baik ok...ada ke perempuan yang xnak lelaki baik?? ada ke?? penuh dgn ciri2 calon suami yang aku carik2 selama ni...so, bila dia da confess kat aku, nk aku reject dia ke? nak aku says NO to him ke? gler ke apa..bg aku dia da cukup baik orgnya walaupun banyak kekurangannya yang mmg bole nampak secara direct. tapi, kelebihan2 dan kebaikan2 dia sudah cukup utk menutup semua kekurangannya. ni bukan ayat, org mabuk cinta ok, ni ayat seorang wanita yang inginkan calon suami yg terbaik untuk dirinya. sbb tu aku setuju untuk teruskan special fren relationship dgn dia tapi, aku berterus terang yang aku masih blom sedia utk memikul tanggungjwb berat sbg seorg isteri (tetiba jadi serius..huhuhuh, bab calon suami mmg kena serius beb, ni pasangan smpai akhir hayat tau..da xde buah hati lain da selain suami pasni...take it serious ok)..aku tertarik dgn kata2 ni "bukan terlalu memilih, cuma xnk tersalah pilih"

lepas tu, camne plak korg bole plan nk kahwin??? da sedia ke???
selepas arwah ayah meninggalkan kami. mak semakin mendesak untuk aku berkahwin. kata2 mak yang membuatkan aku mengambil keputusan untuk berkahwin "ayah da xde, acek nk tggu mak xde jgk ke baru acek nak kahwin?" tersentuh hati aku bila mak cakap mcm tu. aku faham apa yang mak harapkan. bila arwah ayah dah tiada, mak semakin tidak keruan. semakin bingung untuk meneruskan hidup agaknya. tu pasal mak mendesak aku untuk berkahwin. aku terus mencari kekuatan & keyakinan diri untuk melangkah ke tahap seterusnya...

then, korang decide untuk kahwin???
tidak semudah itu aku mengambil keputusan untuk berkahwin. dlu aku sendiri cakap pada dia, aku belum bersedia. skrg camne aku nk bgtau dia aku nk kahwin dgn dia..wawawawawa, malunya..xkan nk jmpa dia, then bgtau dia "saya nk kahwin dgn awak" kahkahkah, gler xtau malu...aku pun xtau nk bg hint camne kat dia. dia pun nampaknya masih lagi bg ruang utk aku.

nak tau apa aku buat??? aku tulis surat cinta untuk En.Tunang. cam lawak pun ada. mcm2 la aku tulis dalam surat tu...xleh disclose OK, anyway da lupa pun, sbb xde softcopy, aku tulis kat kertas kajang, pastu lipat2, siap bubuh bedak lagi OK...very high sentimental value (5 helai kertas kajang ok, mesti kalah buat penulisan Form 5 dlu..) terkejut gler En.Tunang bile aku bg surat cinta tu kat dia. mcm2 aku tulis kat ctu. and the last paragrapgh yang aku tulis lebih kurang mcm ni la bunyinya (jgn gelak OK...)

"saya sudi jadi isteri awak, saya sanggup hidup dengan awak & saya rela bersama dgn awak, asalkan awak dapat terima kekurangan saya & keluarga saya"

touching x ayat tu?? touching sgt kan??? before bg En.Tunang pun, aku nangis setiap kali baca surat tu. tu pun aku amik masa lbh kurang 4 bulan lps aku siapkn surat tu, baru aku bg En.Tunang. sejak tu, kitorg da semakin looking forward utk future kitorg. alhamdulillah...

alhamdulillah....
itulah kisah cinta aku...xdela kisah cinta sgt pun...kiranya cam perjalanan kitorg sehingga la kitorg begitu serious untuk berkahwin. terima kasihla En.Tunang sebab bersabar dgn saya selama ni. sabar menunggu, sabar melayan kerenah saya, etc

kalau korg perasan (melalui cite kat atas)..kitorg x bercinta pun kan mcm pasangan2 couple yg lain..in fact, kitorg bukan pasangan couple ok. aku xsuka la term "couple" tu...bila da dipinang oleh En.Tunang ni, aku selesa menggunakan term "bakal suami isteri" (kan lebih sopan, ayu & comel bunyinya). dan sebelum2 ni...aku lebih suka menggelarkan dirinya.. "kawan acek", "kawan saya", "kitorg berkawan"..lebih manis bunyinya kan.. (ceh2, nk jadi bini org ni, makin sopan santun jadinya ye...)

bila aku baca2 kisah cinta org...aku tgk byk je kenangan diorg dgn couple diorg b4 diorg berkahwin. ada gmbr bersama, slalo kuar dating bersama, ada je benda yg buat bersama...but seriously for me & En. Tunang, tu semua xde. kitorg mmg xde gmbr bersama, xpernah pun bergmbr bersama, dating hanya kuar mkn sahaja ok, tu pun sbb rindu (tipula kalo x rindu..kalo da mula berperasaan, mestilah rindu kan...) & xde pun benda yg kitorg buat bersama...serious xde...tapi relationship kitorg mampu bertahan sehingga ke hari ini & mudah2an hingga ke akhirnya..insyaAllah...(AMIN)

doakanlah kami yea~~~~~~~~

Tuesday, January 24, 2012

more updates on wedding preparation

weeeeeeeeee..da lama tak update pasal persediaan perkahwinanku...as at now, bleh la dikatakan persediaan mencapai 80%..xcted kan???huhuhuhu



banyak jugak persiapaan yang telah dibereskan. aku ni kan tak suka kerja2 last minit, kalo boleh sume pun perlu disiapkan awal utk mengelakkan kelam kabut di hujung2 nanti. kalo dilihat2 pada preparation list, major2 things yang perlu disiapkan awal, telahpun disiapkan. perkara terakhir yang telah disiapkan iaitu kuih bahulu dan kad kahwin telahpun disiapkan.


last 2 weeks, bersama adik & mak, kitorg telah pergi booking bahulu kat Perusahaan Makanan Meru.
selepas survey harga bahulu kemboja kat beberapa website, akhirnya aku memilih utk booking kat situ memandangkan harga yang ditawarkan jauh lebih murah. nah, amik 1,000 kotak bahulu telahpun di booking. settle da kan, senang...nanti ari khamis / jumaat sblom majlis, adik akan pergi amik.. DONE :)







last Saturday plak pergi tempah kad dgn En. Tunang kat LH Creative Pudu.





walaupun agak awal kiranya kitorg pergi tempah kad, tapi xpela...aku kan memang suka prepare awal2...cepat siap kad, cepat boleh edar...suka2, sebab pilih kad dgn En. Tunang, wpun agak annoying pada awalnya, tapi pilihan En. Tunang xdela mengecewakan dan kitorg dengan mudahnya come out the design yang dipersetujui bersama..hehehe... SUKA :)


so now, almost 80% persiapan telah dibereskan. sume hal2 berkaitan booking2 telahpun selesai. booking fees / deposit telahpun dibayar. habis sudah duit ku..tapi xpe, aku jugak yang nk kahwin kan...hehehehehehehehehe....

Wednesday, January 11, 2012

En. Tunang memujuk saya ♥


YES...akhirnya terbukti..jumpa saya adalah lebih penting daripada pergi ke Stadium Paroi untuk menonton bola sepak.... I LIKE!!!





En. Tunang agak risau saya akan merajuk sebab last weekend, kitorg supposed pergi Pameran Pengantin kat Ampang Point & Maju Junction and, last minutes En. Tunang cancel kan sebab urusan kerja. Yeah, bab urusan kerja En. Tunang memang tak boleh nak persoalkan sebab itulah perkara paling penting mengenai dirinya yang saya perlu fahami dengan sepenuhnya.


Actually saya tak merajuk pun & setahu saya, saya memang tak pernah merajuk dengan En. Tunang sebab En. Tunang memang tak pernah nak pujuk saya. Benda tu perkara paling basic yang kitorg da sedia maklum seawal perhubungan kitorg lagi. Dan, saya tak sangka pun sebenarnya this time En. Tunang agak risau kalau2 saya merajuk.




Walaupun kitorg jumpa sekejap je, setakat pergi dinner kat area Ampang je, at least saya tahu En. Tunang sedaya upaya cuba untuk menjaga hati saya, which I really appreciate it!!! Thanks dear...
















# 10 - perkara-perkara yang perlu di jauhi

9 sifat wanita yang tidak diminati oleh para pemuda terhadap seseorang wanita. Saya hanya copy & paste je dari laman web kegemaran iluvislam

Pertama : wanita cemburu
Suka akan cemburu merupakan sifat yang pertama sekali yang tidak diminati oleh seorang suami dari isterinya. Cemburu disini merujuk kepada keraguan atau kurang kepercayaan. Para suami meminta akan sebahagian sifat cemburu itu untuk memperkuatkan ikatan cinta mereka, akan tetapi mereka menolak ketidak percayaan (keraguan) yang boleh menimbulkan pelbagai permasalahan dalam rumah tangga. Para suami menginginkan kepercayaan dari isteri mereka tetapi tidak perlulah berlebih-lebihan sehingga setiap langkah mereka lalui perlu dicerita dan diungkapkan.

Kedua: wanita keego seperti ratu
Adapun yang kedua adalah wanita yang ego seperti ratu, yang ingin berkuasa, inginkan cinta suaminya hanya kepadanya semata-mata, kepatuhan, dan sentiasa tunduk hanya kepadanya sahaja. Dia akan marah melihat suaminya lebih mementingkan orang lain atau mencintai selain darinya. Seperti cemburu kepada sanak saudara, atau teman-teman suaminya. Tindakan seperti ini kadang-kadang boleh menimbulkan banyak masalah. Dengan sikap sedemikian itu, isterinya telah mengehadkan keperibadian suami, ini akan menyebabkan timbulnya permasalahan dengan sanak saudara dan teman-teman suaminya . dengan sikap seperti itu, isterinya telah menjadikan suami kurang selesa dan boleh ketahap benci dengan kehidupan rumah tangganya. Sikap seperti itu bukannya dikatakan cinta tetapi lebih kepada penguasaan, pemilikan. Maka wajib bagi isteri ini untuk melakukan perubahan dan sedar akan tingkah laku tersebut. Tidak mungkin si suami akan terlepas dari kerabat saudara mara dan teman-temannya dan begitu juga sebaliknya.

Ketiga : Wanita derhaka
Yaitu isteri yang tidak redha dengan kehidupan rumah tangganya. Dia sentiasa membantah dan membangkang akan suaminya tentang segala sesuatu. Isteri seperti ini tidak bersikap “gonaah” iaitu menerima apa seadanya, sentiasa mahukan tambahan dan lebih dalam segala sesuatu. Dengan sikap seperti ini, dia telah memberi satu tekanan terhadap suaminya bagi memenuhi kesemua keinginannya. Dia tidak peduli darimana dan bagaimana si suami boleh memenuhi kesemua tuntutannya, apa yang penting baginya adalah kehendaknya tercapai dan dipenuhi. Isteri seperti ini dikatakan jenis perosak rumah tangganya sendiri. Dia hanya mencari kebahagian hanya untuk dirinya sahaja terutama dari segi harta dan bukannya cinta. Dia tidak menjaga suami dan rumah tangganya. Pada kebiasaanya keadaan seperti ini akan berakhir dengan penceraian.

Keempat: wanita yang lalai dan alpa
Wanita seperti ini tidak layak untuk digelar isteri. Dia langsung tidak menaruh perhatian terhadap suami dan rumah tangganya. Tidak berusaha untuk memenuhi kehendak dan keperluan suaminya. Di sini si suami merasakan tidak mendapat perhatian dan isteri tidak mencintainya atau seperti diri suaminya tidak wujud. Kadang kala boleh menyebabkan si suami bertindak kasar terhadap isterinya bagi tujuan membetulkan keadaan. Akan tetapi jika si isteri tidak berubah juga, maka akan sulit bagi suaminya. Hal ini menjadikan si suami tidak menaruh perhatian terhadap isteri dan tidak mesra dalam segala hal dan boleh berakhir dengan perpisahan. Maka mulai sekarang, sebaiknya isteri mula memberikan perhatian dan memainkan peranan mereka terhadap suaminya.

Kelima: Wanita yang bersifat keanak-anakkan
Yaitu wanita yang sukar untuk berdikari yang suka bergantung kepada ibunya, dan terikat dengannya, bersandar kepadanya dalam segala hal. Dia tidak mampu melaksanakan tanggungjawap. Kebanyakan ibunyalah yang membuat keputusan dan menentukan segala perkara berkaitan dengan rumah tangganya. Maka anak perempuannya seperti kanak-kanak yang dibawah asuhannya semasa keci. Sifat seperti itu, dia tidak layak menjadi seorang ibu bagi anak-anaknya. Si suami merasakan seperti dirinya menikahi ibu mertuanya kerana ibu mertuanyalah yang banyak membuat keputusan dalam menentukan, dan mengaturkan segala urusan rumah tangga meraka. Maka wajib bagi isteri seperti itu belajar memikul tanggungjawap dan bertindak seperti wanita yang dewasa yang digelar isteri dan ibu kepada anak.

Keenam: Gadis yang mengabaikan Tugas Rumah Tangga
Pada era moden ini, ramai para wanita yakni isteri yang berkerja atau berkerjaya dalam bidang masing-masing. Memang tidak dapat dinafikan sesetengah pekerjaan memerlukan perhatian yang penuh dan serius. Akan tetapi terdapat perbezaan diantara isteri yang berkerjaya dan isteri yang mengabaikan tanggungjawap rumah tangganya. Terdapat banyak isteri yang bekerja, tetapi mereka dapat melakukan segenap pekerjaan rumah tangga dan memberikan perhatian terhadap berbagai keperluan suami dan anak-anak mereka. Isteri seperti ini tidaklah mengabaikan tanggungjawapnya terhadap keluarga. Maka isteri haruslah bijak menyeimbangkan antara kerjaya dengan suami dan anak-anak. Janganlah menjadikan faktor kerjaya punca berlakunya ikatan kekeluargaan itu tidak mendapat perhatian, kasih sayang sehinggakan si suami merasa kehilangan kemeseraan akhirnya menyebabkan permasalahan dianatar suami isteri.

Ketujuh: Gadis yang Lemah dan berputus asa
Isteri seperti ini pada kebiasaannya pasrah dengan keadaan persekitarannya dari segi keluarga atau teman-temannya. Dia cepat berputus asa dan tidak ada motivasi untuk membaiki pulih keadaan dan lemah untuk membuat keputusan dengan dirinya sndiri. Dia lebih kepada menyendiri dirinya berbanding berbincang atau mengadakan musyawarah atau memberi pendapat. Sifat yang lemah, menurut kata, dan tidak boleh melaksanakan tanggungjawap. Punca berlakunya perkara sedemikian adalah keluarganya sendiri yaitu sikap keras si ayah, dan diamnya si ibu. Maka suami pun kehilangan teman yang boleh di ajak berbincang dan memberi nasihat. Isteri perlulah mengatasi perkara seperti ini sebaik yang mungkin bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

Kelapan: Gadis yang cepat berburuk sangka
Adalah tidak baik bagi isteri yang mempunya sifat seperti ini dimana si isteri mudah untuk mengambarkan suaminya dengan gambaran yang tidak bagus.sebagai contohnya, apabila suaminya lambat tiba dirumah apabila sudah tamat waktu bekerja, si isteri meyangkakan bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Apabila si suami mendapat menyakit, si isteri mula menjauhkan dirinya dan mengabaikan tanggungjawapnya. Isteri semacam ini akan mendorong suami khawatir dan was-was.

Kesembilan: Gadis yang mengejar Sempurna
Yaitu isteri yang suka akan kesempurnaan dalam segenap perkara sehinggakan berlebih-lebihan, ini boleh menyebabkan si suami dan jiran tetangga merasa kurang selesa atau jengkel. Tabiat seperti ini membuatnya bertindak melulu-lulu dalam kehidupan rumah tangganya. Dia menginginkan kesempurnaan dalam semua hal yang dilakukannya. Contohnya, sentiasa mengikuti perkembangan fesyen, baru 5 bulan membeli almari yang baru, dia mahu tukar yang baru kerana ada keluaran yang baru. Perkara seperti ini memungkinkan si suami akan bertindak keras akan perbuatan isterinya. sekalipun perbuatan itu untuk kepentingannya, dan dia tidak lagi mementingkan keridhaan istrinya.

Wahai saudariku, Sekarang, carilah untuk dirimu, sifat manakah dari kesembilan sifat tersebut yang kamu miliki? Kemudian bersihkanlah dari dirimu agar kehidupan rumah tanggamu selamat dan bahagia.