Monday, October 31, 2011

:: back to nature ::


Janda Baik telah dipilih sebagai lokasi aktiviti riadah bersama keluarga pada tahun ini. Aku pun tak tahu macam mana aku pilih lokasi ini sebagai destinasi kali ini. Walau bagaimanapun, aku memang ada plan nk pilih aktiviti mandi sungai dan Janda Baik telah memenuhi kriteria2 yang aku inginkan.

Dengan hanya google "janda baik", banyak website2 yang menglinkkan aku kepada chalet2 yang terdapat di Janda Baik. Akhirnya aku telah memilih Centella Asiatica Janda Baik Resort sebagai pilihan. Dengan harga chalet yang sangat berpatutan dan fasiliti yang ditawarkan, aku segera membuat bayaran deposit sebaik sahaja tempahan dibuat.



Perjalanan yang hanya mengambil masa 45minit dari KL ke Janda Baik membuatkan aku begitu teruja apabila kereta yang dipandu oleh adik memasuki kawasan Janda Baik dan deruan air sungai yang bagaikan memanggil2 aku kearahnya...


Check-in time sepatutnya pada pukul 3.00pm, tetapi Cik Norma dengan baiknya telah membenarkan kami check-in awal tanpa dikenakan sebarang tambahan bayaran. Da pkul 12 kan, makan time, apa lagi..bekalan yang dibawa segera dikeluarkan kerana perut masing2 sudah berkeroncong.


Kerusi, meja, canopy, dapur, tempat BBQ disediakan dihadapan chalet kitorg. Memang terbaik, best sungguh rasanya. Bila bekalan makanan da abis, apa lagi?? Mandi time....berebut2 sume trun ke sungai yang terletak kat belakang chalet. Sungai di belakang chalet ok, sangat privacy & sangat best ok...xpayah nk risau orang sekeliling, xpayah nk segan kot2 org dengar kita terjerit2. boleh buat sesuka hati ok..memang sgt best....







Kalo hujan turun, gerimis ke..masing2 lari ke chalet. Makan ayam BBQ yang telah mula dibakar seawal pkul 3pm. Memang best...makan2, pastu mandi...mandi2, pastu makan...kalo x enjoy tu xtau la kan nak cakap camne...









Pastu, seperkara lagi pasal Resort ini ialah....resort ini merupakan Garden Resort. Taman2 disekitar resort ini sangat cantik. Flora2 yang jarang ditemui di mana2 dapat dilihat di resort ini. Taman2 yang cantik, aku siap pusing 3 kali kot sekitar resort ini. First time, masa memula smapi teruja dengan taman yang cantik, 2nd time masa baru lepas naik dpd mandi waktu petang. Badan basah kuyup tu..jalan2 sekitar taman dengan angin bertiup..memang terbaik la..xbole rasa di mana2 selain kat tmpt ni. 3rd time, masa hari ahad pagi...menghidup udara yang segar di waktu pagi..memang sgt menenangkan..



Cuba tengok pokok2 bunga yang terdapat di taman dalam resort ini. Begitu teruja kitorg melihat bunga2nya.. memadangkan kitorg tidak dibenarkan untuk memetiknya.. amik gambar pun jadi la...










Pada hari Ahad, perjalanan diteruskan untuk ke Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah. Memang sangat best da teruja apabila kita dapat meilhat gajah didepan mata ditambah pula, kami diberi peluang untuk memberi makan secara terus kepada gajah. Buah betik disediakan kepada pengunjung untuk memberikan makanan kepada gajah yang sangat jinak itu. Seriusly, gajah2 disini sangat jinak. Macam tau2 je kitorg nak bg makan..terus dia menghulurkan belalainya..







Sepatutnya aktiviti bermula pada jam 2pm..aktivit mandikan gajah..tapi sebab kitorg da terlambat smpai, kitorg termiss aktiviti itu. Kitorg hanya berpeluang untuk menyertai aktivit memberi makan kepada gajah & aktivit menunggang gajah. (p/s-gambar aktivit menunggang gajah tidak dapat diambil kerana kamera kehabisan bateri sebab terlalu banyak gmbr yang telah disnap di Janda Baik & adik terlupa nk charge bateri malam. Caya atau tak, jumlah gambar yang di ambil adalah sebanyak 440 keping..gler kamera..huhuhu)


Walaupun weekend yang lalu, tidaklah bole dikira sangat sebagai satu percutian, walau bagaimanapun kami begitu gembira kerana dapat meluangkan masa bersama2 keluarga. It's not about the quantity of time that we spend together, but it's all about the quality of time that we are together. Walaupun hanya setahun sekali aktivit riadah bersama keluarga ini dapat dijayakan, kami tetap berharap ia akan dapat diteruskan untuk masa2 akan datang agar ikatan kekeluargaan antara kami akan tetap utuh, kukuh & penuh dengan kasih sayang.


(buat pertama kalinya..aktiviti riadah bersama keluarga tanpa arwah ayah..tetapi aku yakin, arwah sentiasa dekat dgn kitorg & arwah mesti gembira jugak meliat kitorang menggembirakan mak)

2 comments:

  1. Tahun depan bertambah lagi la ahli persatuan cuti-cuti keluarga nih...

    ReplyDelete
  2. Riverview chalet 6-8feb 2016 1. Sinki tersumbat: dh complaint-lgsung x dtg .batu sinki tu pon pecah 2.pintu bilik air mcm nk roboh 3.banjir-kami psg kilam hri ahd mlm.bnjir dri hari 1st lg.cube tgk tmpat masak tu cmne keadaaan dia,adskah sebab air kolam kami smpai berselut tmpat tu?atau pihak centella sendiri yg x de initiatif lgsg letak batu ke simen kN ke kt situ utk supaya x smpai jd selut???this is not ouf 1st time here.this is 2nd time n no improvement at all.sewa naik.dari 178++jd 200.tp tkde penambahbaikan pon. Sewa tpak 1 mlm 75 rggt 2 hri 150,pe yg kami dpt?dapor dgn tmpat selut tu???? Anyway mmg kami bwa swimming pool pon, jd ape tindakan cik nk buat kat kami?sungai pon x bersih. Tmpat tu berselut bnjir po awl2 lg kami dh complaint pd pkerja puan, sblm ade kolam tu lg.

    ReplyDelete