Wednesday, May 23, 2012

Allah sedang mengajarku erti BERSYUKUR...

Syukur Alhamdulillah... setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Yang Maha Esa atas aturan yang hebat ini. Terima kasih Ya Allah...



Tujuan aku menulis kali ini, bukan untuk bercerita mengenai majlis penikahan & majlis perkahwinan aku yang telah berlangsung pada minggu lepas, tetapi aku menulis kali ini untuk mengingatkan diri aku mengenai nikmat kurniaan sebagai seorang ISTERI yang telah Allah kurniakan kepada aku.



Semoga aku akan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan yang Allah berikan kepada aku dan pada masa yang sama redha & sabar dengan ujian dan dugaan yang diberikan kepada aku.

Life is very unpredictable but life is very fair, maka bersyukurlah...

Pada hari Isnin yang lalu, aku dikejutkan dengan berita kematian anak sepupu arwah ayah (kiranya 2 pupu aku). Tetapi apa yang lebih mengejutkan aku, arwah Rozita yang meninggal dunia merupakan bakal seorang isteri. Dia sebenarnya bakal bernikah dan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini.

Selepas mendengar berita tersebut, aku terus terpanggil untuk menziarahi arwah & keluarganya. Mujurlah En. Suami sanggup memandu balik ke Sg. Manik, Perak. Dalam perjalanan pulang dari office ke rumah, tanpa aku sedari air mata aku mengalir sambil mulut aku tidak henti-henti mengucap setinggi-tinggi kesyukuran pada Mu Ya Allah. Tiba-tiba rasa keinsafan menyelubungi diri ini. Kau Maha Hebat Ya Allah. Semuanya boleh berlaku dengan kehendakMu. Sekiranya itu yang ditakdirkan olehMu, itulah yang akan berlaku.



Arwah Rozita meninggal seminggu sebelum dia sempat menjadi seorang isteri. Aku baru mengalami saat-saat itu. Kegembiran, ketidaksabaran, keterujaan, semuanya ada. Tidak sabar-sabar menanti hari bahagia tersebut. Bezanya, Allah telah memberi aku peluang untuk menjadi seorang isteri, tetapi peluang yang sama ditarik daripada arwah Rozita. Ya Allah, betapa Kau menyayangi aku & memberikan aku kesempatan tersebut. Terima Kasih Allah.

myMetro | Hari bahagia tertangguh
(keratan akhbar HarianMetro pada hari Isnin, 21 Mei 2012)
semoganya rohnya dicucuri rahmat hendaknya.. al-Fatihah


Mungkin kejadian yang menimpa arwah Rozita merupakan satu peringatan daripada Allah kepada aku. Mungkin Allah ingin mengingatkan aku supaya lebih bersyukur & lebih menghargai segala nikmat kurniaanNya. Sememangnya Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku.

Bantu aku Ya Allah, bimbing aku Ya Allah..
Jangan lepaskan aku daripada pandanganMu...
Berkatilah rumahtangga kami Ya Allah...
Titipkan rahmat & kasih sayang Mu kepada kami agar bertambah rasa kasih & sayang kami kepada Mu..
Bantu aku, semoga aku mampu menjadi seorang isteri, bakal ibu, anak, menantu, kakak & adik yang baik kepada keluargaku & keluarga mertuaku...

Amin, Ya rabbal alamin...




Wednesday, May 16, 2012

ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana majlis pernikahan & majlis perkahwinan yang telah dirancang lebih 6 bulan yang lalu berlangsung dengan selamatnya. Terima Kasih Ya Allah....

Majlis pernikahan berlangsung pada 12.5.12 bertempat di Masjid Az-Zubair Ibn Awwam. Majlis diketuai oleh Penolong Pendaftar Nikah kariah Cheras, Ustaz Bashri & pernikahan aku dengan En. Suami disempurnakan oleh Along. Terima Kasih Along...


Dengan hanya sekali lafaz, aku telah selamat menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang aku yakin telah diciptakan oleh Allah untuk mendampingiku & bersama-sama denganku mengharungi kehidupan di muka bumi ini. Terima Kasih Abang...


Dan aku yakin, mak lah orang yang paling gembira sekali setelah aku selamat diijabkabulkan dengan En. Suami. Percayalah mak, sesungguhnya acek lah yang paling gembira sekali sekiranya mak bergembira dengan kehidupan baru acek ini. Terima Kasih Mak, Acek sayang sangat pada Mak hingga hujung nyawa...


Majlis pernikahan berlangsung pada 12.5.12 bertempat di Masjid Az-Zubair Ibn Awwam. Majlis dimulakan dengan majlis pertunangan terlebih dahulu. Atas permintaan keluarga En. Suami, kami ditunangkan terlebih dahulu sebelum majlis pernikahan dijalankan. Jadi tunangan kepada En. Suami 30min sebelum disatukan. Ala, sebelum ni tak bertunang pun aku da ngaku En. Tunang..heeeeee



Terima kasih kepada along sekeluarga. Along & akak sanggup amik cuti awal (lagi awal daripada pengantin) untuk membantu melancarkan perjalanan majlis.


Terima kasih juga kepada angah sekeluarga atas segala bantuan, pengorbanan, pertolongan untuk menjayakan majlis ini.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada orang kuat yang telah bertungkus lumus semenjak 2 bulan yang lalu untuk menjayakan majlis ini. Adik tersayang la katakan :)