Friday, December 30, 2011

2011 comes to the end

Post terakhir untuk tahun 2011...

Tahun yang dirasakan terlalu singkat sepanjang kehidupan aku. Tahun yang kurang memberikan cabaran dalam kehidupan aku. Tahun yang membuatkan aku berasa selesa selama menjalani kehidupan di muka bumi ini.


Walau bagaimanapun, aku masih bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk menghirup udara tahun 2011 hingga ke penghujungnya. Aku tetap berterima kasih padaMu Ya Allah kerana masih memanjangkan umurku untuk terus beribadah kepadaMu dan aku akan teruskan perjalanan menghadapi hari-hari mendatang dalam perjalanan kehidupan di muka bumi ini.


Terlalu banyak nikmat yang ditelah diberikan kepadaku sepanjang tahun ini. Dan secara adilnya, banyak jua ujian & dugaan yang ditimpakan ke atasku. Allah itu Maha Adil & Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Dan sebagai hamba yang bersyukur, aku perlu mamandang segala ujian & dugaan untuk sebagai tanda kasih sayang Allah kepadaku.

Jom kita post-mortem kejayaan & ujian tahun ini untuk direnung-renungkan bersama:-


Kejayaan
1. Berjaya menghabiskan MICPA exam
2. Admitted to MICPA & MIA membership
3. Being promoted to Supervisor
4. Getting engaged (pencapaian terbaik!!!!!!!!)

Ujian & cabaran
1. Sambutan Hari Raya ke-2 tanpa arwah ayah & tahun ini Along & Angah beraya bersama keluarga mertua

Tu je ke??? Nampak tak? Lagi banyak nikmat yang Allah beri daripada aku daripada nikmat yang ditarikNya. Tak nampak-nampak lagi ke kasih sayang Allah yang melimpah ruah itu? Tak tersentak ke kot-kot satu hari nanti nikmat-nikmat tu akan ditarik semula? Astargfirullah hal'azim....

Oleh yang demikian, walau apapun yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku, aku harus sentiasa bersyukur kerana di dalam setiap kepahitan, pasti ada kemanisan. Hadapi segalanya dengan penuh rasa bersyukur dan rendah diri kepada Allah. Ujian dan dugaan itu hanyalah peringatan kepada aku yang masih dalam kealpaan dan kelekaan.













Untuk tatapan aku & pembaca blogku


Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu...

Namun tak pulak, aku sanggup ke nerakaMu...


Terima taubatku, dan ampunkan dosaku...


Sesungguhnya Engkaulah pengampun, dosa-dosa besar...

No comments:

Post a Comment