Saturday, January 23, 2010

- permata hati keluarga -

Permata hati mak dan ayah sekarang ni adalah 3 orang cucu-cucunya yang selalu dirindui dan disayangi...anak-anak diorang dah tak pandang sangat, sibuk dengan cucu je (ayat berunsur jeles nampaknya, hahahaha).
Cucu pertama dalam keluarga, Aina Nazihah, lahir pada 26 Jun 2004 (sama birthday dengan maknya). Kelahiran yang cukup dinantikan dan kelahiran yang memberi kegembiraan dan kebahagian yang tidak terhingga kepada mak dan ayah. Cucu sulonglah katakan...excited terlebih jadinya..
Cucu kedua pun anak angah jugak, Aina Nazifah, lahir pada 6 November 2006 (anak angah ni, nombor 6 wajib ada kaitan, hehehe). Teringat lagi waktu efa dilahirkan, aku baru dapat lesen kereta, pas balik kerja, sanggup meredah hujan dan jammed peg ke Damai Medical Centre dengan adik naik kereta (walaupun adik tak berapa nak yakin aku yang nak drive)...excited tu penting, maklumlah anak saudara, tak semua orang ada tau..hehehehe..

Ni gambar 2 orang anak angah...

Cucu lelaki pertama keluarga dilahirkan pada 10 September 2009 (lewat sehari daripada 090909, degil tak nak keluar cepat..hahaha). Namanya Luqman Faries. Memang ayah sangat gembira dan teruja la...yela, cucu lelaki daripada anak lelakinya...kiranya keturunan ayah la... Semua orang pun gembira, yelah selama ni cucu perempuan, bila dapat cucu lelaki of course excited tu lagi terlebih...hahaha...

Ni latest pic uman yang along hantar pagi semalam..




Cucu keempat dan seterusnya...bawa-bawa bersabarlah ye mak dan ayah..insyaAllah, ada rezeki nanti bertambahlah cucu-cucu mak dan ayah nanti... tak kesahlah anak along atau angah, yang penting aku memang sayang anak-anak saudara aku...huhuhu...

Tuesday, January 19, 2010

Anak-anak mak da besar rupanya...

Hari ini aku stay back kat office, deadline da dekat..masih banyak tax computation yang aku belum review. Pagi tadi da beritahu mak yang aku balik lambat, takpelah...takyahlah telepon mak...

Sedang aku siap-siap nak balik, handphone berbunyi...kedengaran ringtone untuk panggilan daripada keluarga...mesti mak telepon ni, dah agak da. Mak bertanyakan pukul berapa aku akan balik...dah siap-siap nak balik dah pun, lagi setengah jam sampai la rumah. Pastu mak cakap, adik tak balik lagi, dari tadi try telepon tak dapat-dapat. Masuk mesin kata mak. Aku pun trylah telepon adik, masuk voicemall, takde bateri agaknya, pastu aku hantar mesej, pending. Confirm takde bateri la tu.

Aku sampai rumah, mak dengan ayah sedang bersenang-senang duduk berdua-duaan (cewah) menonton TV. Pastu mak cakap, adik tak balik lagi, telepon tak dapat. Aduh, mak ni..adik tu da besar, tak yahla risau sangat, kejap lagi balik la tu..huhuhuhu...

Seketika kemudian, assalamualaikum....ha, kan adik dah balik...

Pastu...ayah yang baru lepas solat isyak keluar dari bilik...

Ayah: Kenapa balik lambat tak beritahu. Risau mak dengan ayah dibuatnya
Adik: Bateri habis...
Ayah: Pinjam la handphone kawan, telepon bagitau lambat balik
Acek: Pinjam handphone kawan, mesej acek...nanti acek boleh bagitau mak dengan ayah
Mak: Arini acek balik lambat, adik balik lambat....

Huhuhuh..pasrah je ayat mak...yelah anak-anak mak 2 orang ni da besar...masing-masing ada tanggungjawab sendiri, masing-masing ada hal yang hendak dilakukan...Bila dengar mak cakap macam tu, sayu pulak rasa hati ini...Macam mana la nanti bila acek dan adik dah ada kehidupan sendiri nanti....

Sunday, January 10, 2010

:: kisah 4 beradik ::

Pasangan Jamaluddin bin Arshad & Fatimah binti Othman telah dikurniakan 4 orang cahaya mata (2 putera & 2 puteri). Hubungan kasih sayang antara 4 orang adik beradik ini sangat utuh dan erat sehinggakan kehilangan seorang daripadanya amat dirasai.

Aku adalah puteri yang paling istimewa kerana memiliki ibu bapa yang sempurna, abang, kakak dan adik yang sentiasa bersama-sama hari-hariku. Aku terlalu menyanyangi mereka sehinggakan kadangkala aku terasa sangat kosong dan sepi kala mereka tiada di sisi.

Mohd Fadiel bin Jamaluddin (along)

Seorang abang yang sangat aku sayangi. Tempat untuk aku meluahkan setiap masalah dan ujian dalam hidup ini. Boleh di katakan seorang yang bertanggungjawab suatu masa dahulu kerana semua kebajikan adik-adiknya dititikberatkan. Anak kesayangan mak. Ye, betul lah orang kata anak lelaki memang anak kesayangan mak.

Walau bagaimanapun, aku mula merasai kehilangan along apabila along mendapat tawaran bekerja di Sibu, Sarawak pada awal 2007. Terasa sangat-sangat kehilangannya sehinggakan masa along nak berlepas ke Sibu dahulu, aku memeluknya bagaikan tidak mahu melepaskannya. Sedih tu jangan cakaplah... Kemudian pada awal 2008, along mendirikan rumahtangga dengan Azzahrawani (akak). Sikap dan perangai along semakin berubah. Tanggungjawab pada keluarga semakin terabai. Aku benar-benar terasa kehilanggan along. Along yang pernah aku sayangi suatu masa dahulu bagaikan tidak pernah wujud lagi dalam hidup ini.

Satu tamparan yang hebat pada kami 3 beradik yang lain apabila along mula mengabaikan keluarga ini dan melebih-lebihkan keluarga mertuanya. Ish...bukan ke tanggungjawab anak lelaki pada keluarga masih sama walaupun anak lelaki itu sudah berumahtangga. Tapi, apakan daya, apa yang mampu aku lakukan. Aku terpaksa redha yang along semakin melupakan kami.

Aku, angah dan adik memang agak berkecil hati dengan sikap dan perangai along sejak akhir-akhir ini. Sehinggakan pada suatu hari, aku berborak dengan adik mengenai along dan adik bertanya pada ku "Kau ada abang ke acek?" "Uik...ntahla, dulu ada kot, sekarang aku pun tak sure". Pada angah jua pernah aku luahkan... " Acek terasa kehilangan along sangat-sangat. Kadang-kadang rasa rindu sangat pada along" Jawab angah, "Tak usah ingat orang yang tak ingat pada kita"... Ye, betul tu...tapi, aku yang merupakan seorang adik yang memang manja dengan along sejak dahulu. Tidak sampai rasanya hati ini untuk melupakan along dan harus aku akui, kadang-kadang aku merindui alongku dahulu, tempat aku bermanja dan mengharapkan kasih.

Tetapi...tiada apa yang boleh diubah sekarang. Along sudah punya keluarga sendiri. Lebih-lebih lagi sekarang along sudah punya seorang anak lelaki (Luqman Faries). Dia juga punya keluarga mertua. Keluarga ini makin dilupai. Apa-apa pun, setiap hari aku berdoa agar along akan terus mengingati kami semua.


Siti Fadilah binti Jamaluddin (angah)

Angah berkahwin pada usia muda (21 tahun). Masa tu, aku mempersalahkan ayah dan mak kerana mengahwinkan angah. Aku mogok, hampir 3 bulan tak balik rumah (waktu tu aku masih belajar di UiTM, Shah Alam. Mungkin pada waktu itu, aku terlalu muda. Aku masih tidak mengerti apa yang ayah, mak dan angah fikirkan. Aku hanya mempersalahkan mereka.

Waktu itu, pada tahun 2004 aku benar-benar terasa kehilangan seorang insan yang paling dekat dalam hidupku. Segala kisah suka duka kami kongsi bersama. Selepas ini, aku akan tidur sorang-sorang dalam bilik. Selepas ini, tiada siapa yang nak teman aku pergi jalan-jalan. Selepas ini, aku akan keseorangan.

Puas angah memujuk aku. Katanya dia ambil keputusan untuk berkahwin awal atas desakan mak dan ayah. Memandangkan abang ngah (Mohd Samsun) pada waktu itu berusia 27 tahun dan ayah dan mak yakin yang abang ngah mampu menjaga angah, maka ayah dan mak pun mengahwinkan mereka. Menurut angah, "tak pelah, mak pun sibuk nak menantu, nak cucu...mungkin ada hikmahnya angah kahwin awal ni" Huhuhuhuh..aku terlalu muda untuk memahaminya.

Tetapi lama-kelamaan, aku dapat menerima hakikat itu apabila anak buah ku yang pertama (Aina Nazihah) dilahirkan pada 2006. Kehadiran cucu sulong dalam keluarga amat menggembirakan mak dan ayah. Ye, mungkin inilah pengorbanan angah pada keluarga. Walaupun sekarang angah sudah berkahwin dan telah mempunyai anak kedua (Aina Nazifah), angah masih lagi menjadi teman rapatku, pendengar setia kisah suka dan duka aku dan aku masih lagi boleh berkongsi cerita-cerita dengannya. Mujurlah abang ngah seorang yang sporting dan memahami.

Mohd Fitri (adik)

Selepas along berkahwin, hanya tinggal mak, ayah, aku dan adik di rumah. Rumah bagaikan kosong. Mujurlah ada adik sebagai penemanku. Dari hari ke sehari adik menjadi semakin rapat denganku. Dia mula menghargai kewujudanku. Maklumlah, adik lelaki kan agak sukar untuk dikawal. Tetapi alhamdullilah, adik masih mendengar cakap aku. So, dikesempatan inilah aku gunakan sebaik mungkin untuk menasihati dan membebel apa yang patut dengan dia.

Ada suatu hari tu, tiba-tiba aku berkata pada adik, "Nanti kalau ada rezeki, kau masuk mana-mana universiti, mesti aku tinggal sorang-sorang kat rumah" Jawapan yang adik berikan membuatkan aku cukup terharu "Ala, kan hari tu kita apply matrik melaka. Kalau dapat, kan dekat je tu, aku boleh selalu balik. Kalau aku tak balik, kau datanglah sana melawat aku"

Aku tak dapat bayangkan kalau adik dapat rezeki sambung belajar ke mana-mana universiti. Mesti aku akan tinggal sorang-sorang di rumah. Baru-baru ini pula, sedang aku dan adik berborak, tetiba adik cakap, "Kalau kau kahwin nanti, tinggallah aku sorang-sorang. Tengok, siapa tinggalkan siapa?" Kata-kata adik cukup membuatkan aku tersentuh. Aku tahu adik juga menyanyangi aku sebagaimana aku menyanyangi adik. InsyaAllah adik, walaupun acek dah kahwin nanti, acek tidak akan sesekali mengabaikan mak, ayah dan adik.

Begitulah kisah 4 beradik yang suatu ketika dahulu (zaman kecik-kecik) amat rapat dan akrab sekali. Walau bagaimanapun, masa mengubah segalanya. Sekarang masing-masing punya kehidupan sendiri. Punya jalan cerita masing-masing. Yang tinggal hanyalah adik yang kini menjadi peneman suka duka. Tukang buat lawak di kala aku boring dan melepak di bilik dia. Co-pilot yang berjaya kalau aku drive jauh sebab mak ayah duduk kat belakang sure tidur kalo travel jauh, nasib baik adik akan layan aku time drive. Orang yang setia dengar cerita-cerita yang ntah apa2 ntah, orang yang akan buat aku ketawa apabila aku bersedih, orang yang akan simpan rahsia aku dan orang yang akan aku rindui apabila aku dan adik akan punya hala tuju sendiri suatu hari nanti.


Belakang (dari kiri): Abang Ngah, Aina Nazifah, Angah, Adik, Acek, Akak & Along

Depan (dari kiri): Ayah, Aina Nazihah, Mak

Note: Gambar raya 2008. Luqman belum dilahirkan, so dia tiada dalam gambar.

Friday, January 8, 2010

...kita merancang, Tuhan yang menentukan...

“Saya, yang bernama …………… menginginkan anda …………untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamanya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.”

Petikan di atas, saya "copy" dari laman web kegemaran saya www.bersamasuzana.blogspot.com, satu laman web yang banyak memberi motivasi kepada saya untuk terus bersabar dan kuat dalam menghadapi ujian dan dugaan yang mendatang dalam hidup ini. Petikan di atas nampak seperti tiada maknanya, tetapi untuk wanita seperti saya, petikan tersebut memberikan impak yang besar terhadap persepsi saya mengenai seorang lelaki bergelar suami.
Pada usia seperti saya, ibu bapa, adik beradik, malah makcik2 dan pakcik2 mula merisik2, bertanya2, dan mengusik2 mengenai calon yang bakal menjadi pembimbing, peneman, dan penyeri hidup saya. Bukan niat di hati untuk merahsiakan calon yang sedang berada di hati ini, tiada sedikit pun rasa untuk menyembunyikan identiti lelaki yang sedang bertakhta di jiwa ini, tetapi kerana apa jua yang akan berlaku, apa jua yang akan terjadi dan apa jua yang ditakdirkan, semuanya adalah ketentuan Tuhan. Manusia hanya mampu merancang, selebihnya itu urusan Yang Maha Esa untuk menentukannya.

"Paling penting, biar setinggi mana cinta dan rindu anda, serahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Mohon agar jodoh anda adalah yang terbaik untuk anda, yang dapat menyayangi anda seadanya dengan jujur dan ikhlas, yang dapat membimbing anda ke jalan yang diredhai Ilahi dan paling penting, dapat menerima keluarga anda seperti keluarganya sendiri. Bila anda berserah, apa juga ujian mendatang, anda akan tetap pasrah, insyaAllah!!"

Kata-kata di atas ini, saya jadikan panduan dalam menghadapi hari yang bakal mendatang. Segalanya saya serahkan kepada Allah, apa jua yang ditetapkan untuk saya, saya redha dan saya sentiasa berdoa agar saya mempunyai kekuatan untuk menerima takdir yang ditentukan. Memang benar, kita perlu menyerahkan segalanya kepada Allah. Dialah penentu segalanya.

Dengan nama Allah,Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan, dia milikku tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan antara kami, agar kemesraan itu abadi
Ya Allah...Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini, ketepian yang sejahtera dan abadi, maka jodohkanlah kami
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engaku takdirkan, dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan, menolak bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang merah, agar ku sentiasa tenang, walaupun tanpa bersama dengannya
Ya Allah Yang Tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik untukku, sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, di dunia dan di akhirat, dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini, janganlah Engaku biarkan aku bersendirian, di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran, maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, kejalan yang Engkau redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah
Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka
AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin..

Thursday, January 7, 2010

28 March 2004

Tarikh yang cukup bermakna padaku, tarikh yang tidak akan luput dari ingatanku dan tarikh yang akan menjadi kenangan terindah bagi diriku...

Ikatan persahabatan yang ikhlas yang terjalin selama ini akan terus segar diingatanku. Perhubungan yang terjalin dari dahulu hingga kini diharapkan akan kekal untuk selama-lamanya. Keikhlasan yang wujud antara kau dan aku diharapkan akan kekal abadi dalam diri ini.
Kehadiran dirimu dalam diri ini suatu ketika dahulu hanyalah sebagai seorang pendengar setia. Seorang sahabat yang sentiasa bersedia untuk mendengar cerita-cerita sedih mahupun gembira. Setiap pertemuan yang diatur, pastinya berakhir dengan gembira.

Tanpa disedari, aku menjadi seseorang yang istimewa dalam hidupmu. Tanpa diduga, wujud satu perasaan lebih daripada seorang kawan.

Daisypath Anniversary tickers

Ujian & Dugaan asam garam kehidupan

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286-

Hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan. Tidak lengkap dan tidak sempurna lah kehidupan seorang manusia itu sekiranya tidak ditimpa ujian dan dugaan. Sesungguhnya ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah hanyalah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran hamba-hambaNya. Tidak perlulah kita mengeluh atau mempersoalkan ujian dan dugaan yang diturunkan kerana Allah sentiasa berada di sisi orang-orang yang beriman dan bersabar menghadapi ujian dan dugaan itu.
Aku perlu sentiasa positif dan bersabar dengan semua ujian dan dugaan yang diturunkan. Aku yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Walau bagaimanapun, sebagai hamba Allah di muka bumi ini, aku perlu redha dengan setiap apa yang berlaku yang telah ditetapkan untuk aku. Segala yang berlaku adalah yang terbaik untuk aku dan itulah yang telah ditetapkan oleh Allah. Yakin pada Qada' dan Qadar Nya adalah rukun iman yang wajib diyakini oleh setiap manusia. Begitu juga dengan aku, apa jua yang berlaku, apa jua yang akan terjadi adalah Qada' dan Qadar yang telah Allah tetapkan.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216-

Allah Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku pada hambaNya sudah ditetapkan dan ditentukan. Terpulanglah kepada manusia bagaimana untuk menghadapinya. Oleh yang demikian, aku akan yakinkan diriku untuk menerima segala yang akan berlaku dalam kehidupan ini sebagai suatu ujian dan dugaan daripada Allah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaranku.
Hanya pada Allah aku memohon agar diri ini diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi segala ujian dan dugaan yang bakal dihadapi dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini.

Sunday, January 3, 2010

Ibuku sayang...

Setiap ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Anak yang dikandungkan 9 bulan 10 hari di dalam rahimnya, pastinya ibu tersebut mahu anak itu gembira dan bahagia dalam hidupnya...

Fatimah binti Othman, ibu yang terbaik di dunia...seorang ibu yang terlalu menginginkan anaknya ini untuk terus berjaya dan bahagia di dalam hidup ini. Apa sahaja sanggup dilakukan bagi memastikan anaknya ini mengecapi perkara yang terbaik di dunia ini. Dari kecil hingga besar, apa sahaja yang diminta oleh anak ini pasti akan dipenuhi dengan sedaya upaya.


Seorang ibu yang dipanggil "MAK" ini juga terlalu istimewa dipandangan mata anaknya. Terlalu istimewa sehinggakan anak ini sanggup mengenepikan segala kemahuan dan kehendak diri sendiri semata-mata untuk memenuhi setiap permintaan ibu tersebut. Anak ini tidak pernah menyesal malah berasa gembira, seronok dan bersyukur apabila dapat menggembirakan hati ibunya.

Tetapi, ada satu perkara yang berlaku di mana anak ini tidak dapat memenuhi permintaan ibunya buat masa ini. Bukan anaknya tidak mahu mendengar kata-kata ibunya. Bukan anak ini tidak mahu memenuhi permintaan ibunya. Tetapi anak ini hanya minta diberi peluang kali ini sahaja untuk mementingkan diri sendiri dan seterusnya membuat keputusan untuk masa depan dan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, perasaan bersalah tetap menyelubungi perasaan anak ini. Terasa seperti anak yang tidak mampu untuk membahagiakan ibunya. Terasa seperti anak ini telah melukakan hati ibunya apabila hajat dan niat ibunya tidak dapat dipenuhi. Bukan niat di hati si anak untuk tidak mendengar kata-kata ibunya, tetapi bagaikan sesatu di dalam hati dan jiwanya yang meronta-ronta meminta agar kepentingan diri diutamakan dahulu dalam hal-hal seperti ini. Hal ini terlalu besar, perkara ini terlalu penting dalam hidup si anak ini, itulah yang memaksa anak ini untuk membuat keputusan secara berhati-hati agar setiap tindakan dan keputusan yang dibuat akan dapat membahagiakan dirinya dan ibunya ini.

Hanya satu yang si anak ini minta daripada ibunya, moga ibunya mampu bersabar dan bersetuju dengan segala keputusan yang dilakukan oleh anak ini kerana si anak ini yakin itu adalah yang terbaik selepas petunjuk daripada Allah yang Maha Esa diperolehi.

Jodoh, pertemuan, ajal, maut semuanya terletak di tangan Tuhan. Allah lebih mengetahuinya dan setiap hari si anak ini berdoa moga umur ibunya dipanjangkan dan diberi kesihatan yang baik agar di suatu hari nanti si ibu akan dapat sama-sama merasai kebahagian yang akan dikecapi oleh si anak ini. InsyaAllah, hanya kepadaNya si anak ini memohon dan meminta. Moga-moga segala yang diimpikan dan yang dihajati akan termakbul.

Amin.