Friday, December 30, 2011

2011 comes to the end

Post terakhir untuk tahun 2011...

Tahun yang dirasakan terlalu singkat sepanjang kehidupan aku. Tahun yang kurang memberikan cabaran dalam kehidupan aku. Tahun yang membuatkan aku berasa selesa selama menjalani kehidupan di muka bumi ini.


Walau bagaimanapun, aku masih bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk menghirup udara tahun 2011 hingga ke penghujungnya. Aku tetap berterima kasih padaMu Ya Allah kerana masih memanjangkan umurku untuk terus beribadah kepadaMu dan aku akan teruskan perjalanan menghadapi hari-hari mendatang dalam perjalanan kehidupan di muka bumi ini.


Terlalu banyak nikmat yang ditelah diberikan kepadaku sepanjang tahun ini. Dan secara adilnya, banyak jua ujian & dugaan yang ditimpakan ke atasku. Allah itu Maha Adil & Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Dan sebagai hamba yang bersyukur, aku perlu mamandang segala ujian & dugaan untuk sebagai tanda kasih sayang Allah kepadaku.

Jom kita post-mortem kejayaan & ujian tahun ini untuk direnung-renungkan bersama:-


Kejayaan
1. Berjaya menghabiskan MICPA exam
2. Admitted to MICPA & MIA membership
3. Being promoted to Supervisor
4. Getting engaged (pencapaian terbaik!!!!!!!!)

Ujian & cabaran
1. Sambutan Hari Raya ke-2 tanpa arwah ayah & tahun ini Along & Angah beraya bersama keluarga mertua

Tu je ke??? Nampak tak? Lagi banyak nikmat yang Allah beri daripada aku daripada nikmat yang ditarikNya. Tak nampak-nampak lagi ke kasih sayang Allah yang melimpah ruah itu? Tak tersentak ke kot-kot satu hari nanti nikmat-nikmat tu akan ditarik semula? Astargfirullah hal'azim....

Oleh yang demikian, walau apapun yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku, aku harus sentiasa bersyukur kerana di dalam setiap kepahitan, pasti ada kemanisan. Hadapi segalanya dengan penuh rasa bersyukur dan rendah diri kepada Allah. Ujian dan dugaan itu hanyalah peringatan kepada aku yang masih dalam kealpaan dan kelekaan.













Untuk tatapan aku & pembaca blogku


Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu...

Namun tak pulak, aku sanggup ke nerakaMu...


Terima taubatku, dan ampunkan dosaku...


Sesungguhnya Engkaulah pengampun, dosa-dosa besar...

Wednesday, December 28, 2011

# 8 - Nasihat untuk muslimah

Yang Dicari

Walau Bukan Putera Raja

Biarlah Putera Agama




Yang Diimpi

Biarlah Tak Punya Rupa

Asal Sedap Di pandang Mata









Yang Dinilai

Bukan Sempurna Sifat Jasmani

Asalkan Sihat Ruhani, Sempurna Hati


Yang Diharap

Bukan Jihad Pada Semangat

Asal Perjuangannya Ada Matlamat




Yang Datang

Tak Perlu Rijal Yang Gemilang

Kerana Ana Serikandi Dengan Silam Yang Kelam


Yang Dinanti

Bukan Lamaran Dengan Permata

Cukuplah Akad Dan Janji Setia




Dan Yang Akan Terjadi

Andai Tak Sama Kehendak Hati

Ana Redha Ketetapan Ilahi

Itulah Ketentuan Sejak Azali

Friday, December 23, 2011

hari ini dalam sejarah...

Tengok tajuk post kali ni da macam nk masuk kelas sejarah kan..hehehehehe..inilah hari bersejarah dalam hidup aku selama 26 tahun ni.

Hari ni da janji dgn En. Tunang, amik cuti g jalan2 carik barang hantaran. Ye, bersedialah duit2 ku ye..akan ku gunakan duit2 ku ke jalan yang benar..hahahahahah.

Apa yang menyebabkan hari ini jadi hari bersejarah????? nak tau sebabnya????

1. Beli kain ela untuk buat baju paling mahal

Serius mahal beb..sepanjang hidup aku, xpernah g aku beli kain ela semahal ini untuk membuat baju kurung..tapi apakan daya..sekali seumur hidup, pasni da xbeli da kain semahal ini..huhuhuhu


2. Beli handbag paling mahal

Ni lagi xbleh blah...nk sangat design mcm tu..over the budget pun, tetap beli jgk...tak pk panjang, tgk harga, kira2 harga slps diskaun..terus OK..pergh, time nk g bayar baru realise, gler mahal....bg aku mahal la sbb aku xpernah ada handbag harga sebegitu..tapi, yela...kali ni je beli handbag mahal2 camtu, pasni xde da...huhuhhu


3. Kasut paling mahal



Memang selama ni aku lalu je depan kedai tu..xpernah masuk pun..tetiba hari ni, masuk kedai tu.siap beli kasut yang dijual disitu..percaya @ tidak? selama ni xterpk pun nk beli brg dalam kedai tu...tapi, yela kan..da alang2 shopping, sakan la..huhuhu


Maka..perlu di ingat tarikh arini 23.12.11, saya shopping sakan!!!!

gembira sangat sebab dpt shopping, tapi sedih sebab duit mengalir keluar dengan derasnya...

Tuesday, December 20, 2011

TIPS HIASAN BILIK PENGANTIN

1. Warna
✿ Biasanya warna untuk bilik pengantin haruslah yang sejuk mata memandang! Kalau boleh biarlah warna soft2 cat dinding & langsir pun senada dengan cat

2. Konsep
✿ Yang pastinya, apa2 pun konsep , make sure ianya comfort, kemas & HARUS nampak romantik!

3. Perabot
✿ Kalau boleh elakkan pilihan katil yang bertiang2 dan ade penghalang dibahagian kaki. Kalau nak save, pakai apa yg ada jer.

4. Cadar
✿ Sama macam warna la..Pilih cadar daripada warna putih, cream atau pastel (kuning cair, coklat muda etc)
✿ Jangan pilih cadar corak yang besar2 sebab nanti bilik nampak sempit & kecil.
✿ Seelok2nya elakkan la cadar kain satin, sebab panas gila kau nak "ehem2" atas katil tue nanti.

5. Bunga
✿ Nak nampak sweet letaklah jambangan bunga2 cinta bersaiz kecil atau sederhana dekat kiri & kanan katil or kat side-table
✿ Elakkan letak bunga2 yang besar kat atas katil. Elakkan juga letak bunga yang terlalu heavy kat hiasan kepala katil.
✿ Lagi menambahkan kesegaran mood pengantin baru, taburkan kelopak2 bunga atas katil

6. Haruman
✿ persiapkanlah bilik pengantin dengan haruman yang lembut. Ada beberapa pilihan nak bagi bilik bau wangi dan segar.
✿ Paling save, amik bunga rampai tuk merenjis tue, sembur sket perfume, letak la dalam bekas ke ape, hiaskan kat tepi kati/meja solek (ala-ala potpouri la)
✿ 2ndly, pegi beli lilin aromatherapy @ lilin wangi kat kedai 5 ringgit or nak up sket kat IKEA
✿ 3rdly,beli je Ambi Pur ke Glade yang spray automatic setiap 5min-10min-20min@30min tue

7. Meja Solek
✿ Kat atas meja solek, letak botol2 perfume size kecik, tapi jangan banyak sangat! Ataupun, letaklah kaki lilin, bekas tissue, bekas potpuri or sekali lagi, jambangan bunga lutsinar jadi pilihan!


8. Lampu
✿ Oh, jangan lupa juga pencahayaan di dalam bilik mestlah cukup. Guna lampu meja @ lampu katil warna kuning yang boleh dimalapkan utk naikkan mood romantik

Tuesday, December 13, 2011

Yesterday was my DATING DAY ♥

♥ hehehehe..cam best je kan..semalam dapat spend time dengan En. Tunang. Unexpected pun boleh jumpa semlm. Ahad malam, En. Tunang msg tya Isnin kje ke x. Saya cakap la saya kje. Pastu En. Tunang kata dia x kje & xde plan apa2 pun untuk hari Isnin. Hari yang bagus untuk dating ni..weeeeeeee... Pastu saya pun offer untuk amik cuti dan dating. Pastu, saya terpk plak apa alasan nak bgtau manager nk amik EL ni. Last2, saya cakap "xpela, xtau la nk tipu apa". Pastu En. Tunang suruh jugak pk alasan apa nk bg, sebab En. Tunang kata dia nk sgt jmpa saya, lagipun Sabtu depan saya da nk travel g Kelantan. Akhirnya idea menipu datang pada pagi Isnin. Maknanya saya cuti

Planning awalnya nk jmpa pagi. Tapi sebab ada hal perlu diuruskan dengan mak dan jalan di KL yang jammed cam hampeh, En. Tunang terpaksa tunggu saya di rumah yg tiada orang untuk 10minit dan tunggu saya bersiap untuk 10minit seterusnya. Memula pergi makan. Sangat lapar OK, xtau kenapa sangat lapar. Trus g makan tengah hari. Pas makan, trus g Sri Angsana Cipta untuk test baju sanding. Saya da try da baju saya aritu, da OK da. En. Tunang je yg x try g. Cam lawak gak r masa test baju. En. Tunang siap pkai baju terbalik, pastu tajak pun xbape nk betul. Pastu Aunty Zana cakap "xpela, ni confirm maknanya first time pkai baju pengantin" hahahahaha..lawak la Aunty.

♥ Pas da confirm2 sume baju, En. Tunang ajak g IKEA jap. Bakal bapa mertua ku suruh En. Tunang belikan almari kaca untuk bakal ibu mertuaku. Wah, bagusnya bakal bapa mertuaku ini. Romantik gtu. Nanti da kahwin, En. Tunang nk wat surprise kat saya camtu tak??? kahkahkah... Pastu, saya ajak En. Tunang tgk Ombak Rindu. Memula dia cakap.. "awak tengok, saya tidur yea"..huhuhuh, kecik hati En. Tunang cakap camtu, terus saya cakap "ok, xyah tgk wayang".. Tapi akhirnya En. Tunang yg beria2 ajak tgk Ombak Rindu. weeeeeeeeee. Peg OU, sampai sana pkul 4.30, showtime pun pkul 4.30 tapi kena Q panjang. So, cancel. Saya da buat muka pasrah, pastu En. Tunang cakap, "kita tengok lewat skit la, kat shopping mall dkt umah awak tu" Wah, nampaknya En. Tunang cam beria2 nk teman saya tgk wayang ni. :))))) ♥

Jalan2 kat OU, masuk kedai buku, xkesahlah MPH ke, POPULAR ke, tu memang wajib setiap kali kitorg kuar dating ok. That's my interest! En. Tunang pun nampaknya semakin memahami interest saya tu. Dia pun akan mula peg usha2 buku2 @ majalah yang bersesuaian dgn dia dan membiarkan saya dengan dunia buku saya. Pastu, trus g Viva Mall. Sampai je terus beli tiket. Yes, akhirnya.. En. Tunang pun byr tiket wayang tu. Best2, dapat gak tgk Ombak Rindu.

♥ Dalam panggung, En. Tunang agak annoying. Asyik buat lawak je. Baru nk feeling dia da gelak. Hampeh btol. Siap nguap kuat2 plak tu. Bengkak je rasa, padahal dia gak yang beria2 td nk tgk wayang. Nampak sgt dia x layan cte tu, asyik bising je... Tapi sebenarnya, nk tau x byk benda dia amik perhatian tau dalam cte tu. Yang paling x sangka, pass dia anta saya balik, on the way balik umah dia, dia dgr lagu Ombak Rindu dalam kete, trus dia sms suruh saya dgr lagu tu. Dia cakap, "lagu tema awak, cte td kat Suriafm".. baru saya teringat, masa tgk cte tu saya ada ckp lagu tu best ♥

Dia amik kesah gak sbnrnya walaupun saya xperasan. Dan sms kitorg mlm tu smpai terbawak2 dialog dalam movie tu. Nampak sgt dia pun layan gak cte tu kan..hehehehehe...

Anyway, this is the first time saya kuar untuk jangka masa yang lama dgn En. Tunang. Selama ni kalo jumpa pun, setakat kuar makan je untuk 1@2 jam je. Kali ni mmg En. Tunang reserve masa dia untuk saya which I LIKE!!!!

Saya cakap, lagu Ombak Rindu tu lagu tema kita la..hehehehe



Friday, December 9, 2011

Petua rumahtangga

Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Thursday, December 8, 2011

# 7 - Ciri-ciri isteri pilihan (aku kah itu..hehehe)




* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.




* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.




* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.




* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.




* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.




* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.




* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.




* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.




* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.




* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.




* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.




* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.




* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.




* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.




* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

Wednesday, December 7, 2011

#6 - jom belajar mengenai aurat sebagai wanita/kakak/isteri/menantu/ipar

Menantu perempuan boleh bersalaman dengan bapa mertuanya, dan tidak batal wuduknya. Ini kerana bapa mertua telah menjadi mahram muabbad (mahramselama-lamanya) atas sebab perkahwinan anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas menantu perempuan tersebut TIDAK BOLEH bernikah dengan bapa mertuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekasbapa mertua tersebut. Oleh itu, aurat menantu perempuan dengan bapa mertua adalah sama seperti auratnya dengan mahramnya iaitu bapanya sendiri atau adik-beradik lelaki yang lain.
Bagaimanapun, saudara lelaki suami atau abang/adik ipar merupakan bukan mahram bagi si isteri. Oleh itu, auratnya di hadapan mereka adalah sama dengan auratnya terhadap lelaki ajnabi lain iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.

Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina .Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya (yang berlainan jantina). Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat. Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah (seperti di dapur). Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .Walaupun begitu, ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " (pandangan penuh berahi) kepada kakak ataupun adik iparnya.
Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai "makna jahat "?. Tudung kepala (yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya (yang berlainan jantina ini ).

Tuesday, December 6, 2011

# 5 - :: ibu mertuaku :: ~ahaks~

"Remind yourself that having a good relationship with your mother-in-law is part of having a strong family."

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya, dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka. Contohnyaseperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.

Mampukah aku menjadi calon menantu yang baik untuk bakal ibu mertuaku..huhuhuhu, satu soalan yang takut untuk aku jawab. Walau bagaimanapun, InsyaAllah kalau tak dapat jadi yang terbaik..jadi yang baik pun kira ok dah kan... :))))

Monday, December 5, 2011

Amalan-amalam Hari Asyura

Amalan yang dituntut dan diberi ganjaran besar oleh Allah SWT pada 10 Muharam (Hari Asyura) ialah:

a) Mandi sunat Asyura – Tidak mengalami sakit berat pada tahun itu, sekiranya mandi awal hari dengan berniat:







b) Memakai celak – Tidak sakit mata pada tahun berkenaan.
c) Memelihara kehormatan diri – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
d) Menahan marah – Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai-Nya.
e) Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat nanti.
f) Solat Sunat Hari Asyura empat raka’at – Allah akan mengampunkan dosa yang dilakukannya dalam jangka masa 50 tahun.
g) Membaca “Hasbiallah-hu wa nik mal wakila nikmal maula wa nikman nasiru” – Tidak dimatikan pada tahun ini.




h) Berpuasa – Allah menghapuskan dosa kecil setahun lalu atau dosa besarnya diringankan dan darjatnya akan ditingkatkan; serta diberi pahala 10 000 malaikat, 10 000 kali haji dan umrah, 10 000 kali syahid dan diharamkan daripada neraka.
i) Menjamu orang berbuka puasa – Diberi pahala seperti memberi orang Islam lain berbuka puasa sehingga mengenyangkan perut mereka.
j) Bersedekah – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
k) Melapangkan masa dan berbelanja untuk anak dan isteri – Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan rezekinya untuk sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan.
l) Mengusap kepala anak yatim – Allah menaikkan satu darjat dan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapunya.
m) Memuliakan fakir miskin – Allah akan melapangkan dirinya ketika di dalam kubur.
n) Menunjukkan orang sesat – Allah akan memenuhkan cahaya dalam hatinya.

Hari Asyura, 10 Muharram 1433H

Untuk makluman atau peringatan, 9 Muharram disebut sebagai Hari Tasu’a dan 10 Muharram pula disebut Hari Asyura. Dan Rasulullah SAW menggalakkan umatnya (kita semua) untuk BERPUASA pada hari Asyura.





Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?.



Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini.



*********************


Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -Daripada Abdullah bin Maâbad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.


*********************



Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari Asyura. Ulamaâ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.


*******************


Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya. Membezakan dengan amalan orang Yahudi. Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura’.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha’.


Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura’. Termasuk bulan-bulan haram.

Sunday, December 4, 2011

checklist updated

1. Dewan - DONE
2. Catering - DONE
3. Kursus kawen - DONE
4. Photographer - DONE
5. Videographer - DONE
6. PA system - DONE
7. Kad kahwin - NOT YET - tunggu hujung bulan ni, tempah masa pameran pengantin
8. Urusan pernikahan - NOT YET - preparation will start in early February
9. Door gifts - NOT YET - tempah sekali dgn kad or nanti2 la..
10. Barang2 hantaran - NOT YET - bulan ni beli..

Friday, December 2, 2011

# 4 - andainya awak tahu :)

Jika rupa jadi ukuran,aku tak layak jadi temanmu. Jika harta jadi batasan,aku juga tak mampu jadi sahabatmu.... TAPI jika keikhlasan & kesetiaan yang kamu dambakan,aku siap jadi orang yang selalu ada untukmu....



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.



Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.