Wednesday, December 7, 2011

#6 - jom belajar mengenai aurat sebagai wanita/kakak/isteri/menantu/ipar

Menantu perempuan boleh bersalaman dengan bapa mertuanya, dan tidak batal wuduknya. Ini kerana bapa mertua telah menjadi mahram muabbad (mahramselama-lamanya) atas sebab perkahwinan anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas menantu perempuan tersebut TIDAK BOLEH bernikah dengan bapa mertuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekasbapa mertua tersebut. Oleh itu, aurat menantu perempuan dengan bapa mertua adalah sama seperti auratnya dengan mahramnya iaitu bapanya sendiri atau adik-beradik lelaki yang lain.
Bagaimanapun, saudara lelaki suami atau abang/adik ipar merupakan bukan mahram bagi si isteri. Oleh itu, auratnya di hadapan mereka adalah sama dengan auratnya terhadap lelaki ajnabi lain iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.

Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina .Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya (yang berlainan jantina). Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat. Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah (seperti di dapur). Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .Walaupun begitu, ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " (pandangan penuh berahi) kepada kakak ataupun adik iparnya.
Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai "makna jahat "?. Tudung kepala (yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya (yang berlainan jantina ini ).

5 comments:

  1. aurat antara bapa saudara dan anak saudara perempuan. Mak perempuan adalah kakak kandung lelaki. ada kah lelaki ini boleh berkahwin dengan anak saudaranya yang dari kakak kandungnya sendiri?

    ReplyDelete
  2. Bagus maklumat ni.mohon share,bolehkah?

    ReplyDelete
  3. Adakah aurat anak lelaki kepada ibu saudara saya?

    ReplyDelete
  4. Wahh..selame tercari nak tahu pasal stokin n tangan..akhirnya jumpe jugak.

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum boleh kah Adik ipar lelaki buka aurat depan kakak ipar

    ReplyDelete