Monday, January 17, 2011

nak carik kje...nak carik kje...nak carik kje...

Finally, benda yang tak pernah terlintas difikiran akhirnya terlintas jua...huhuhuh...

Habis sume online resume aku da update...yg tinggal cuma resume Ms Word version je yg blom di update. I am serious looking for another job..hahahahaha...



"saja nk try market"

"nak tgk bape commercial line bole bagi compared to EY"

"EY xvalue MICPA aku, should I stay?"

"sayakan nk kawen, dulu En. Amy ada cakap, pas kawen kena dok Nilai...camne nk kje EY?"



statement terakhir tu yang xbole blah tu...hahaha, aku pun terguling-guling gelak bila aku mula terpk camtu...huhuhuh...isteri kena ikut suami, so saya pun kenalah ikut En. Amy pas kawen nanti...(masih lagi gelak guling2)



First reason

Saja nk try market?? carik naya ke?? sukati je nk try2..hehe, bukan apa saya cuma nak tgk..dgn qualification n experience yg saya ada skrg...ada market ke x..kalo ada market, kiranya bila saya btol2 da xnak kje EY...tau la job scope camne yg sesuai dgn saya pasni...be prepared je..



Second reason

Nak tgk bape commercial line bole offer compared to EY...based on previous x-EY staff experience..diorg kata commercial line value staff EY higher...most probably mmg akan dapat lebih dpd apa yg aku dapat kat EY..yke?? aku xpernah try g..dgr2 cte org jela..tp, EY baru je revised salary...camne ek???



Third reason

EY xvalue MICPA aku..yup, true..walaupun aku telah pass MICPA dengan jayanya..EY xvalue, means..xdela xtra benefit or salary yg diorg offer...cam xde makna la MICPA aku..tp, xpe..MICPA tu as a backup je...prepare for future..hahaha



Last reason

Saya nak kawen??? kena dok Nilai??? itu dulu la..memula dlu mmg En. Amy ada cakap mcm tu..tp aritu saya tya dia semula..dia kata, xsemestinya kena dok Nilai..kalo awak kje KL..camne nk tggl kat Nilai...heheheheh I LIKE!!!!!!!!!



so, sebenarnya..xde reason la untuk saya carik kje lain..abistu..apesal tetiba nk carik kje lain plak ni??? sebab tetiba je saya terpk camtu..da boring kot kje EY...ntah la..xpun stress tgk org lain resign..saya pun nk resign gak la..cenggitu...hahahahahaha...



apa2 pun...kalo jodoh saya dgn EY da abis...berhenti jugak satu hari nanti..selagi ada jodoh dgn EY ni..stay jela...salary pun OK, environment pun OK, collegue pun OK...peak period je yg TAK OK kot...hahahahahaha...ala, including this year da tahun ke-4 pun , xkan xreti nk handle peak period lagi kot..hehehehehe

Wednesday, January 5, 2011

Ada hal-hal yang harus difikirkan manusia, tetapi ada juga hal-hal yang BUKAN HAK manusia untuk memikirkannya

Sewaktu membaca artikel di laman web kegemaran http://www.iluvislam.com/ aku terpandang kata2 di atas yang tiba2 membuatkan aku berfikir...

terlalu banyak rahsia Allah di muka bumi ini, terlalu banyak yang telah ditetapkan untuk kita, terlalu banyak perkara yang telah/sedang/bakal berlaku di luar pemikiran dan kawalan kita (seperti tajuk lagu Farawahida: tak tercapai akalku..hehehe)


Itulah namanya kehidupan...semuanya telah diatur dan ditetapkan dengan sempurnanya untuk kita nikmati dan syukuri selagi diberikan nafas di muka bumi ini. Kadang2 kita akan terfikir, aku planned camni, kenapa jadi camtu...aku nak A, apesal aku dapat B...aku berusaha keras untuk jadikannya sempurna, kenapa huru-hara gak jadinya...semua persoalan itu kadang2 membuatkan kita terus tertanya2..kenapa, kenapa & kenapa...dan kadang2 kita tak temui jawapannya. Kenapa tiada jawapan? bukankah setiap persoalan pasti ada jawapan...itulah yang dikatakan rahsia Allah, yang kadang2 tak perlulah kita fikirkan kenapa.

Sebab itulah kita kena yakin dan percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...walaupun semua itu adalah rahsia Allah, itulah yang terbaik untuk kita...hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya.


Seperti ayat 216, Surah Al-Baqarah; "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

Oleh itu, redha dan bersyukurlah dengan apa saja nikmat yang dikurniakan.

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru 2011...tahun yang diharapkan akan memberikan sinar baru dalam kehidupan yang bakal aku lalui... Buat pertama kalinya, tahun ini aku tidak mempunyai sebarang azam @ impian @ cita-cita. Dah penat da, every year aku target dan berusaha utk mendapatkannya...so, this year aku nak relax2, nk cool2, nk bersenang2 je...xnak target apa2, xnak impikan apa2...JUST FOLLOW THE FLOW



Bukan takut untuk merancang, aku cuma takut aku tak dapat apa yang aku nak, aku cuma takut aku tak dapat apa yang aku impikan. Walau sekeras manapun usaha kita, kalau Allah kata "kun fayakun" (kalo nak jadi, maka jadilah)...sapa kita untuk melawan takdir, sapa kita untuk menafikan ketentuanNya. So, untuk tahun ini, buat pertama kalinya aku membiarkan takdir dan ketentuan Ilahi yang menentukan. Aku akan redha dan pasrah menerima semuanya. Aku ingin mendidik diriku supaya menjadi insan yang lebih bersyukur dan lebih tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah.

"Kita mungkin tak dapat apa yang kita nak, tapi apa yang kita dapat itulah yang TERBAIK untuk kita"

Ada betulnya kata2 diatas, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Walau apa2 pun, aku akan terus berdoa semoga apa yang Allah tetapkan untuk aku, apa yang Allah tentukan untuk Allah adalah yang terbaik untuk diriku dan keluargaku dunia dan akhirat.

Tuesday, December 14, 2010

~ pesanan untuk diri sendiri ~


Sabarlah duhai hati
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya
Ujian datang dalam pelbagai cara
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji
Dari ujian itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini

Maka sabarlah duhai hati
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu

Maka sabarlah duhai hati
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia
Dia akan datang. Itu sudah pasti
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan

Monday, December 13, 2010

aku takde perasaan???

La....camni jeke movie Lagenda Budak Setan ni...xdela best sgt, apa yang bestnya..smpai bole jadi filem box office..org tgk berkali2 smpai nangis...adik yang da tgk DVD berkali2 pun siap touching2 lagi tgk mlm td...aku yg first time tgk...xcted tggu movie tu disiarkan di TV...bila da tgk...lor...x reach my expectation pun..nk sedih camne..aku tgk biasa2 je..hohohoho

Adik: Tu la kau, xde perasaan..ko xrasa ke cite ni sedih?
Aku : Sedih amendenya...xrasa apa2 pun...
Adik: Memang btol la ko ni xde perasaan....

Tidak dinafikan, aku ni beremosi orgnya...kalo tgk movie jiwang2 yang sedih...memang akan nangis..confirm..tapi, apesal aku tgk movie ni xde perasaan...kiranya mmg hati senang tersentuh la...tp, apesal kali ni??? aku pun pelik..apesal aku xnangis...ke btol cakap adik..aku ni xde perasaan ke?? wawawawawawawa...

Thursday, December 9, 2010

Bunga Yang Indah

Bunga Yang Indah iluvislam.com + discover the beauty of islam

Salam Maal Hijrah - Where ever you are going to HIJRAH, together we pray it will always be great, good and barakah

Salam Maal Hijrah; cepat btol masa berlalu...tup, tap, tup, tap...da masuk tahun baru 1432H.


Masa semakin pantas meninggalkan kita, yang lepas jadikan kenangan dan pengajaran hidup, yang akan datang rencanakanlah dengan sebaiknya agar setiap apa yang berlaku akan memberikan kebaikan dalam hidup kita.


Life is UNPREDICTABLE but life is very FAIR...itu kata2 semangat yang aku sematkan di hati agar aku sentiasa redha dan tabah untuk menghadapi setiap ujian dan dugaan yang Allah turunkan yang aku pasti dengan tujuan untuk menguji tahap keimanan dan ketakwaan aku kepada-Nya. Kita hanya mampu merancang, tetapi sesungguhnya Allah yang menentukan. Apa yang boleh diharapkan adalah supaya aku lebih bersedia untuk menghadapi segala-galanya.


Tahun baru ini, tidak banyak yang aku rencanakan, tidak banyak yang aku inginkan...cukuplah sekadar aku mampu membahagiakan dan menggembirakan satu-satunya insan yang paling aku sayangi dan cintai di dunia ini...MAK... Mungkin tidak semua impian mak dapat kupenuhi, mungkin tidak semua harapan mak dapat kurealisasikan, tetapi cukuplah apabila mak boleh berbangga mempunyai anak seperti aku dan meredhai kehidupanku di muka bumi ini. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Ya, itulah yang aku cari, itulah yang aku inginkan.


Aku akan terus berusaha untuk mencapai apa yang aku inginkan, aku akan terus berjuang untuk mendapatkan apa yang sepatutnya aku capai... Perjalanan masih jauh, perjuangan masih belum selesai. Dunia ini terlalu indah untuk disia-siakan dan dunia ini terlalu sempurna sifatnya untuk dicacatkan.


Jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Tuhan. Itu janji Allah. Janji yang akan ditepati, janji yang pasti. Oleh itu, aku redha dengan segala-gala yang telah Allah janjikan untuk aku.


Arwah ayah meninggalkan aku di saat-saat aku masih perlukan belaian manja, di saat-saat aku masih perlukan seseorang untuk terus menyokong perjalanan hidupku, di saat-saat aku masih lagi belum yakin untuk berdiri di atas kaki sendiri. Tetapi, apakan daya, itu janji Allah. Siapalah aku untuk mendustakannya. Mahu atau tidah, aku terpaksa menghadapi segala-galanya. Cuma sedikit kekuatan dariMu Tuhan yang aku perlukan agar perjalanan aku di masa hadapan dipermudahkan dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.


Jodoh aku...aku serahkan segala-galanya pada Yang Maha Kuasa. Bukankah setiap orang telah diciptakan berpasang-pasangan. Untuk apa mengejar cinta yang tidak halal sekiranya sesuatu yang halal telah dijanjikan Tuhan. Aku yakin, perempuan yang baik-baik untuk lelaki yang baik-baik..akan kuperbaiki diri ini, akan kuusahakan untuk menjadi lebih baik..agar yang baik jua yang dijodohkan untuk aku. InsyaAllah...






"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited."

"You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."


Bukan niat di hati untuk tinggalkan awak, maaflah jika awak terasa hati...tetapi saya yakin ini adalah yang terbaik untuk kita. Saya tahu awak seorang yang memahami, kerana dari dahulu sehingga kini, hanya awak yang mampu memahami saya. Awak tahu mana nak cari saya...bila tiba masanya, bila sampai waktunya...carilah saya, sesungguhnya saya akan sentiasa menunggu tibanya masa dan waktu itu. Tetapi, sebelum tibanya masa dan waktu itu...biarlah Allah yang menentukan hala tuju kita, biarlah Allah yang menetapkan perjalanan hidup kita.


********


Tiada yang sempurna dalam kehidupan ini walaupun manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna. Kalau sebelum ini aku mempunyai "a perfect family"... mempunyai ayah, mak, abang, kakak ipar, kakak, abang ipar, adik, anak-anak buah lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun, itu hanyalah sementara sahaja. Walaupun sementara, aku dapat menikmati dan mengecapi kebahagian yang tidak terhingga itu. Walaupun sementara, aku harus bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku dipilih untuk menikmati kebahagian itu. Kebahagiaan yang sementara itulah yang aku disyukuri dan diingati kerana kebahagian itulah milikku...