Wednesday, May 23, 2012

Allah sedang mengajarku erti BERSYUKUR...

Syukur Alhamdulillah... setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Yang Maha Esa atas aturan yang hebat ini. Terima kasih Ya Allah...



Tujuan aku menulis kali ini, bukan untuk bercerita mengenai majlis penikahan & majlis perkahwinan aku yang telah berlangsung pada minggu lepas, tetapi aku menulis kali ini untuk mengingatkan diri aku mengenai nikmat kurniaan sebagai seorang ISTERI yang telah Allah kurniakan kepada aku.



Semoga aku akan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan yang Allah berikan kepada aku dan pada masa yang sama redha & sabar dengan ujian dan dugaan yang diberikan kepada aku.

Life is very unpredictable but life is very fair, maka bersyukurlah...

Pada hari Isnin yang lalu, aku dikejutkan dengan berita kematian anak sepupu arwah ayah (kiranya 2 pupu aku). Tetapi apa yang lebih mengejutkan aku, arwah Rozita yang meninggal dunia merupakan bakal seorang isteri. Dia sebenarnya bakal bernikah dan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini.

Selepas mendengar berita tersebut, aku terus terpanggil untuk menziarahi arwah & keluarganya. Mujurlah En. Suami sanggup memandu balik ke Sg. Manik, Perak. Dalam perjalanan pulang dari office ke rumah, tanpa aku sedari air mata aku mengalir sambil mulut aku tidak henti-henti mengucap setinggi-tinggi kesyukuran pada Mu Ya Allah. Tiba-tiba rasa keinsafan menyelubungi diri ini. Kau Maha Hebat Ya Allah. Semuanya boleh berlaku dengan kehendakMu. Sekiranya itu yang ditakdirkan olehMu, itulah yang akan berlaku.



Arwah Rozita meninggal seminggu sebelum dia sempat menjadi seorang isteri. Aku baru mengalami saat-saat itu. Kegembiran, ketidaksabaran, keterujaan, semuanya ada. Tidak sabar-sabar menanti hari bahagia tersebut. Bezanya, Allah telah memberi aku peluang untuk menjadi seorang isteri, tetapi peluang yang sama ditarik daripada arwah Rozita. Ya Allah, betapa Kau menyayangi aku & memberikan aku kesempatan tersebut. Terima Kasih Allah.

myMetro | Hari bahagia tertangguh
(keratan akhbar HarianMetro pada hari Isnin, 21 Mei 2012)
semoganya rohnya dicucuri rahmat hendaknya.. al-Fatihah


Mungkin kejadian yang menimpa arwah Rozita merupakan satu peringatan daripada Allah kepada aku. Mungkin Allah ingin mengingatkan aku supaya lebih bersyukur & lebih menghargai segala nikmat kurniaanNya. Sememangnya Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku.

Bantu aku Ya Allah, bimbing aku Ya Allah..
Jangan lepaskan aku daripada pandanganMu...
Berkatilah rumahtangga kami Ya Allah...
Titipkan rahmat & kasih sayang Mu kepada kami agar bertambah rasa kasih & sayang kami kepada Mu..
Bantu aku, semoga aku mampu menjadi seorang isteri, bakal ibu, anak, menantu, kakak & adik yang baik kepada keluargaku & keluarga mertuaku...

Amin, Ya rabbal alamin...




No comments:

Post a Comment