Thursday, December 9, 2010

Salam Maal Hijrah - Where ever you are going to HIJRAH, together we pray it will always be great, good and barakah

Salam Maal Hijrah; cepat btol masa berlalu...tup, tap, tup, tap...da masuk tahun baru 1432H.


Masa semakin pantas meninggalkan kita, yang lepas jadikan kenangan dan pengajaran hidup, yang akan datang rencanakanlah dengan sebaiknya agar setiap apa yang berlaku akan memberikan kebaikan dalam hidup kita.


Life is UNPREDICTABLE but life is very FAIR...itu kata2 semangat yang aku sematkan di hati agar aku sentiasa redha dan tabah untuk menghadapi setiap ujian dan dugaan yang Allah turunkan yang aku pasti dengan tujuan untuk menguji tahap keimanan dan ketakwaan aku kepada-Nya. Kita hanya mampu merancang, tetapi sesungguhnya Allah yang menentukan. Apa yang boleh diharapkan adalah supaya aku lebih bersedia untuk menghadapi segala-galanya.


Tahun baru ini, tidak banyak yang aku rencanakan, tidak banyak yang aku inginkan...cukuplah sekadar aku mampu membahagiakan dan menggembirakan satu-satunya insan yang paling aku sayangi dan cintai di dunia ini...MAK... Mungkin tidak semua impian mak dapat kupenuhi, mungkin tidak semua harapan mak dapat kurealisasikan, tetapi cukuplah apabila mak boleh berbangga mempunyai anak seperti aku dan meredhai kehidupanku di muka bumi ini. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Ya, itulah yang aku cari, itulah yang aku inginkan.


Aku akan terus berusaha untuk mencapai apa yang aku inginkan, aku akan terus berjuang untuk mendapatkan apa yang sepatutnya aku capai... Perjalanan masih jauh, perjuangan masih belum selesai. Dunia ini terlalu indah untuk disia-siakan dan dunia ini terlalu sempurna sifatnya untuk dicacatkan.


Jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Tuhan. Itu janji Allah. Janji yang akan ditepati, janji yang pasti. Oleh itu, aku redha dengan segala-gala yang telah Allah janjikan untuk aku.


Arwah ayah meninggalkan aku di saat-saat aku masih perlukan belaian manja, di saat-saat aku masih perlukan seseorang untuk terus menyokong perjalanan hidupku, di saat-saat aku masih lagi belum yakin untuk berdiri di atas kaki sendiri. Tetapi, apakan daya, itu janji Allah. Siapalah aku untuk mendustakannya. Mahu atau tidah, aku terpaksa menghadapi segala-galanya. Cuma sedikit kekuatan dariMu Tuhan yang aku perlukan agar perjalanan aku di masa hadapan dipermudahkan dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.


Jodoh aku...aku serahkan segala-galanya pada Yang Maha Kuasa. Bukankah setiap orang telah diciptakan berpasang-pasangan. Untuk apa mengejar cinta yang tidak halal sekiranya sesuatu yang halal telah dijanjikan Tuhan. Aku yakin, perempuan yang baik-baik untuk lelaki yang baik-baik..akan kuperbaiki diri ini, akan kuusahakan untuk menjadi lebih baik..agar yang baik jua yang dijodohkan untuk aku. InsyaAllah...






"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited."

"You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."


Bukan niat di hati untuk tinggalkan awak, maaflah jika awak terasa hati...tetapi saya yakin ini adalah yang terbaik untuk kita. Saya tahu awak seorang yang memahami, kerana dari dahulu sehingga kini, hanya awak yang mampu memahami saya. Awak tahu mana nak cari saya...bila tiba masanya, bila sampai waktunya...carilah saya, sesungguhnya saya akan sentiasa menunggu tibanya masa dan waktu itu. Tetapi, sebelum tibanya masa dan waktu itu...biarlah Allah yang menentukan hala tuju kita, biarlah Allah yang menetapkan perjalanan hidup kita.


********


Tiada yang sempurna dalam kehidupan ini walaupun manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna. Kalau sebelum ini aku mempunyai "a perfect family"... mempunyai ayah, mak, abang, kakak ipar, kakak, abang ipar, adik, anak-anak buah lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun, itu hanyalah sementara sahaja. Walaupun sementara, aku dapat menikmati dan mengecapi kebahagian yang tidak terhingga itu. Walaupun sementara, aku harus bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku dipilih untuk menikmati kebahagian itu. Kebahagiaan yang sementara itulah yang aku disyukuri dan diingati kerana kebahagian itulah milikku...

No comments:

Post a Comment