Wednesday, March 21, 2012

Alhamdulillah...kami sudah dapatkan kebenaran bernikah :)

Alhamdulillah, urusan pendaftaran pernikahan telah diselesaikan semalam. Terima kasih En. Tunang sebab temankan saya pergi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) semalam, walaupun sesat2 nk datang amik saya kat office. Perjalanan dari Ampang ke Pusat Bandar Damansara yang sepatutnya hanya mengambil masa 30min (jalan tak jammed) menjadi sejam lebih gara2 kesesatan tahap melampau En. Tunang.

Sebagai panduan kepada sesiapa yang bakal bernikah. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah booking untuk HIV test. Ini yang paling penting sekali, sebab di KL, kena Q panjang utk buat appointment. My experienced, kitorg kena Q selama 2 minggu sebelum smpai turn kitorg utk buat HIV test. Kitorg buat HIV test pada 5/3/12 di Klinik Kesihatan Cheras.

Lepas tu, pada 10/3/12, aku dengan along pergi berjumpa dengan Penolong Pendaftar Nikah kawasan perumahan aku. Banyak jugak benda yang perlu dilakukan. Ustaz Basri bagi 2 helai borang untuk dilengkapkan oleh bakal pengantin lelaki & perempuan. Bakal pengantin perlu lengkapkan borang yang diberi.

Pada 12/3/12, En. Tunang pergi Pejabat Agama Islam Seremban untuk mendapatkan kebenaran bernikah di KL. En. Tunang orang N9, tetapi kitorg akan bernikah di KL, so En. Tunang perlu dapatkan kebenaran NP untuk bernikah di KL. 13/3/12, saya jumpa En. Tunang untuk lengkapkan borang & bagi salinan dokumen-dokumen yang diperlukan. En. Tunang memerlukan salinan IC, borang HIV asal, surat akuan bujang asal, sijil kursus pra-perkahwinan asal & salinan. Dokumen saya pulak salinan IC sahaja. 14/3/12, En. Tunang hantar semua dokumen ke Pejabat Agama Islam Seremban dan alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Pada 16/3/12, En. Tunang da dapat surat kebenaran daripada N9.

Pada 17/3/12, aku dengan along sekali lagi berjumpa dengan Ustaz Basri. Kali ini, untuk dapatkan cop & tandatangan ustaz selepas semua dokumen yang JAWI perlukan telah disediakan. Selepas itu, ada beberapa dokumen-dokumen lain yang Ustaz Basri lengkapkan. Seperti biasalah, tarikh nikah, masa nikah, tempat nikah, mas kahwin, hantaran, cincin (beserta nilai), semua maklumat2 tersebut perlu di berikan kepada kadi.

Pada 20/3/12, aku dengan En. Tunang pergi JAWI. Teruja, excited & tak sabar (kata En. Tunang kepada aku)...hahahahaha, sapa tak excited nak kahwin. Once in a life time je kot. Dokumen yang aku perlukan, salinan IC, salinan IC wali, sijil nikah mak ayah, sijil mati arwah ayah, keputusan HIV asal, sijil kursus pra-perkahwinan asal & salinan. Dokumen daripada En. Tunang, salinan IC, surat kebenaran nikah N9, salinan ke-2 borang yang En. Tunang isi di Pejabat Agama Seremban aritu. Memang sangat efisyen & pantas servis JAWI ni. Sampai amik nombor, tunggu giliran, serahkan semua dokumen, lepas tu tunggu jap. Nombor dipanggil semula, buat bayaran, pastu tunggu sekejap. Pastu..jeng3... yang ditunggu2 dah dapat. Surat Kebenaran untuk Bernikah.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana Engkau permudahkan urusan kami. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini. Terima kasih Ya Allah & mudah2an majlis pernikahan & majlis perkahwinan kami nanti akan berjalan dengan lancar & baiknya.

2 comments:

  1. terima kasih banyak2!! saya memang tengah cari apa yang perlu saya tahu pasal borang-borang ni.alhamdulillah terbaca blog awak.terima kasih ya! :)

    ReplyDelete
  2. Hi dear.. nk tanya u nikah dkt seremban & then buat HIV test dkt KL kan? so nak tau time u pegi buat HIV test tue kena bwk borang pengesahan HIV test from Jabatan Agama N.9 ker? Thanks.

    ReplyDelete