Tuesday, December 14, 2010

~ pesanan untuk diri sendiri ~


Sabarlah duhai hati
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya
Ujian datang dalam pelbagai cara
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji
Dari ujian itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini

Maka sabarlah duhai hati
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu

Maka sabarlah duhai hati
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia
Dia akan datang. Itu sudah pasti
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan

Monday, December 13, 2010

aku takde perasaan???

La....camni jeke movie Lagenda Budak Setan ni...xdela best sgt, apa yang bestnya..smpai bole jadi filem box office..org tgk berkali2 smpai nangis...adik yang da tgk DVD berkali2 pun siap touching2 lagi tgk mlm td...aku yg first time tgk...xcted tggu movie tu disiarkan di TV...bila da tgk...lor...x reach my expectation pun..nk sedih camne..aku tgk biasa2 je..hohohoho

Adik: Tu la kau, xde perasaan..ko xrasa ke cite ni sedih?
Aku : Sedih amendenya...xrasa apa2 pun...
Adik: Memang btol la ko ni xde perasaan....

Tidak dinafikan, aku ni beremosi orgnya...kalo tgk movie jiwang2 yang sedih...memang akan nangis..confirm..tapi, apesal aku tgk movie ni xde perasaan...kiranya mmg hati senang tersentuh la...tp, apesal kali ni??? aku pun pelik..apesal aku xnangis...ke btol cakap adik..aku ni xde perasaan ke?? wawawawawawawa...

Thursday, December 9, 2010

Bunga Yang Indah

Bunga Yang Indah iluvislam.com + discover the beauty of islam

Salam Maal Hijrah - Where ever you are going to HIJRAH, together we pray it will always be great, good and barakah

Salam Maal Hijrah; cepat btol masa berlalu...tup, tap, tup, tap...da masuk tahun baru 1432H.


Masa semakin pantas meninggalkan kita, yang lepas jadikan kenangan dan pengajaran hidup, yang akan datang rencanakanlah dengan sebaiknya agar setiap apa yang berlaku akan memberikan kebaikan dalam hidup kita.


Life is UNPREDICTABLE but life is very FAIR...itu kata2 semangat yang aku sematkan di hati agar aku sentiasa redha dan tabah untuk menghadapi setiap ujian dan dugaan yang Allah turunkan yang aku pasti dengan tujuan untuk menguji tahap keimanan dan ketakwaan aku kepada-Nya. Kita hanya mampu merancang, tetapi sesungguhnya Allah yang menentukan. Apa yang boleh diharapkan adalah supaya aku lebih bersedia untuk menghadapi segala-galanya.


Tahun baru ini, tidak banyak yang aku rencanakan, tidak banyak yang aku inginkan...cukuplah sekadar aku mampu membahagiakan dan menggembirakan satu-satunya insan yang paling aku sayangi dan cintai di dunia ini...MAK... Mungkin tidak semua impian mak dapat kupenuhi, mungkin tidak semua harapan mak dapat kurealisasikan, tetapi cukuplah apabila mak boleh berbangga mempunyai anak seperti aku dan meredhai kehidupanku di muka bumi ini. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Ya, itulah yang aku cari, itulah yang aku inginkan.


Aku akan terus berusaha untuk mencapai apa yang aku inginkan, aku akan terus berjuang untuk mendapatkan apa yang sepatutnya aku capai... Perjalanan masih jauh, perjuangan masih belum selesai. Dunia ini terlalu indah untuk disia-siakan dan dunia ini terlalu sempurna sifatnya untuk dicacatkan.


Jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Tuhan. Itu janji Allah. Janji yang akan ditepati, janji yang pasti. Oleh itu, aku redha dengan segala-gala yang telah Allah janjikan untuk aku.


Arwah ayah meninggalkan aku di saat-saat aku masih perlukan belaian manja, di saat-saat aku masih perlukan seseorang untuk terus menyokong perjalanan hidupku, di saat-saat aku masih lagi belum yakin untuk berdiri di atas kaki sendiri. Tetapi, apakan daya, itu janji Allah. Siapalah aku untuk mendustakannya. Mahu atau tidah, aku terpaksa menghadapi segala-galanya. Cuma sedikit kekuatan dariMu Tuhan yang aku perlukan agar perjalanan aku di masa hadapan dipermudahkan dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.


Jodoh aku...aku serahkan segala-galanya pada Yang Maha Kuasa. Bukankah setiap orang telah diciptakan berpasang-pasangan. Untuk apa mengejar cinta yang tidak halal sekiranya sesuatu yang halal telah dijanjikan Tuhan. Aku yakin, perempuan yang baik-baik untuk lelaki yang baik-baik..akan kuperbaiki diri ini, akan kuusahakan untuk menjadi lebih baik..agar yang baik jua yang dijodohkan untuk aku. InsyaAllah...






"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited."

"You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."


Bukan niat di hati untuk tinggalkan awak, maaflah jika awak terasa hati...tetapi saya yakin ini adalah yang terbaik untuk kita. Saya tahu awak seorang yang memahami, kerana dari dahulu sehingga kini, hanya awak yang mampu memahami saya. Awak tahu mana nak cari saya...bila tiba masanya, bila sampai waktunya...carilah saya, sesungguhnya saya akan sentiasa menunggu tibanya masa dan waktu itu. Tetapi, sebelum tibanya masa dan waktu itu...biarlah Allah yang menentukan hala tuju kita, biarlah Allah yang menetapkan perjalanan hidup kita.


********


Tiada yang sempurna dalam kehidupan ini walaupun manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna. Kalau sebelum ini aku mempunyai "a perfect family"... mempunyai ayah, mak, abang, kakak ipar, kakak, abang ipar, adik, anak-anak buah lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun, itu hanyalah sementara sahaja. Walaupun sementara, aku dapat menikmati dan mengecapi kebahagian yang tidak terhingga itu. Walaupun sementara, aku harus bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku dipilih untuk menikmati kebahagian itu. Kebahagiaan yang sementara itulah yang aku disyukuri dan diingati kerana kebahagian itulah milikku...

Monday, December 6, 2010

:: I am single ::


Hey, I am single

Don't wanna mingle

Unless it's legal

Or else it's evil

There's only one girl

My wife, my angel


I am available but not for sale

Don't you ever expect me in your mail

There's only one story beneath this veil

It's modesty, and not an ad to hail

Woo me not because you will surely fail

You really really think I am that frail?

You're not a hammer and I'm not a nail

I don't want a boyfriend, he's such an ail

I would prefer to be stuck in a jail

But I'm free of you and your fairytale

If you want me then be the alpha male

Don't hide in your shell like a slimy snail

Be my husband, by Allah we stand still

Thursday, November 4, 2010

.: acek sayang mak & ayah :.

After 100 days u leave me...day by day, I've been misisng u...everyday I miss u, in fact, I will cry everytime I think about you. What a great LOVE!!! Even if you are not around, even if you are not with me...I can still remember the old days that we spend together, I cannot forget the time when we were together, I will recall back all our good days before. I miss you so much...

Now, I only have MAK by my side. I will take care of MAK for the rest of my life...

:: materialistik ::

Memiliki rumah yang besar & kereta yang best, pastinya menjadi idaman semua orang. Best kot ada rumah besar, complete sume ada kat dalam rumah tu...kalo ada kereta yang best, bole jalan ramai2, sumbat je berapa ramai pun..kan best travel ramai2..hehehehe...

Actually, aku memang minta giler dgn ALPHARD...xkesah la kereta canggih mana pun yang ada kat pasaran..hanya ALPHARD yang menjadi pujaan hatiku..hohohoho...aku pun tak tahu sejak biler aku minta ALPHARD..tapi, yang pasti aku memang ada memasang angan2 untuk memilikinya suatu hari nanti.

InsyaAllah...boleh jalan2 satu keluarga, kan meriah tu..hehehehe...aku pernah cakap pada kawan2 aku, aku akan kje kuat sampai aku mampu beli ALPHARD...hahahahaha...(tapi aku xbgtau kat En. Helmi, mana tau kot2 En. Helmi nak belikan utk aku ke kan..) adakah mempunyai keinginan untuk memiliki kereta mewah seperti ALPHARD aku akan dilabel sebagai PEREMPUAN MATERIALISTIK?? tak kot sbb yang akan berusaha untuk mendapatkannya...bukannya mengharapkan daripada org lain..ye tak??hehehehe...

Pernah suatu hari aku berkata pada diri sendiri, bila aku da kahwin...aku yang akan beli APLHARD utk kegunaan keluarga dan aku nak suami aku membeli MOTOR BESAR sbb aku mmg suka gler tgk org naik motor besar kalo jalan2 kat highway tu..tapi bukan aku yg bwk...(ada pengalaman jatuh motor, tu pasal xnak bawak)...suami aku yg kena bwk..aku dok belakang, sambil memeluk erat pinggangnya..hahahahaha, gler jauh berpk... so, dengar tu En. Helmi, nanti perbesarkan motor sedia ada tu ye....(perbesarkan motor tu pas kawin tau, jgn perbesarkan skrg)..saya nk naik motor besar dgn awak bila kita da kahwin nanti...nanti saya beli APLHARD, saya xnak duduk blkg (suruh driver bwk).. tapi saya nk dok depan, tmpt penumpang, awak yg bwk..kan awak da janji nk jadi driver saya pas kita kahwin nanti..hehehehe....awak beli motor, awak bawak, saya beli kereta pun, awak bawak jugak ye...hahahahaha...gler jauh berangan2..


Memilik rumah yg besar, dengan erti kata lain BUNGALOW..huhuhu..xnak mengalah..best apa ada rumah besar, tempat tinggal yg selesa..rumah kan, syurga bagi sesebuah keluarga..barulah selesa seisi rumah nanti...kalau rumah besar, mcm2 ada...ada satu library, saya ni ulat buku..kena ada bilik khas utk simpan buku2 saya..nak ada pool...aku rindu zaman g swimming kat pool UiTM dlu...public pool terdedah sgt, malu la saya..& yang paling penting, ada satu bilik khas utk aku n keluarga bersolat, aku ajar anak2 mengaji, suami aku beri taskirah lepas solat...wah..itulah yang dikatakan, rumahku, syurgaku..hohoho...

Aritu jalan2 dengan En. Helmi kat kwsn Ampang, lalu satu kwsn BUNGALOW ni..sekali..

En. Helmi: Awak nak tau, bungalow ni memula siap dlu..RM1 juta lebih je..skrg ni minimum RM2 juta..
Cik Siti: Dahtu, apesal xbeli masa RM1 juta dlu..kan da rugi...

Cam xpuas hati je En.Helmi pandang aku..Gler materialistik perempuan ni..(mungkin tu la dia kata dlm hati kan)....hahahahaha..pastu aku gelak..xpe2..usaha tangga kejayaan...xsalah kan berangan..untuk memotivasikan diri..hahahaha...

Walau bagaimanapun, itu cuma keinginan kita...KEINGINAN, KEPERLUAN dan KEHENDAK adalah 3 perkara yang sgt subjektif . Bagaimana seseorang itu mentafsirkannya bergantung kepada KEMAMPUAN...YA, berbalik kepada KEMAMPUAN kita...tetapi yang paling penting NAWAITU kita......Mungkin bagi org yg terlalu kaya, melebih2 duit kat bank tu...memiliki kereta mewah adalah satu keinginan....tetapi bagi mereka yg dalam kategori hidup secara sederhana, memiliki kereta biasa2 je adalah keperluan..xperlu yg mewah...

AKU??? Keinginan mmg tinggi, biasalah perempuan..nafsu 9, akal 1...nafsu kereta besar, nafsu rumah besar, nafsu shopping, nafsu nak nampak cantik, etc.... walau bagaimanapun..semuanya berbalik kepada diri kita sendiri...yg kat atas tadi tu cume KEINGINAN aku....kita hidup kat dunia ni ada tujuan, ada perhentian...oleh itu, cukuplah sekadar KEPERLUAN aku dipenuhi, tak perlu bermewah2, takut lupa diri, tak perlu bermegah2, takut tak sedar diri, tak perlu beria2, takut kecewa sekiranya keinginan tidak dipenuhi...

BERSYUKURLAH dengan apa yang ada, BERUNTUNGLAH kerana masih punya kesempatan, BERINGATLAH sblom terlambat & BERDOALAH agar keperluan kita untuk hidup sehari2 dapat dipenuhi...

Oleh itu, En. Helmi jangan risau ye..kat atas tu cuma keinginan saya...sebagai manusia, saya hanya mahukan keperluan saya dipenuhi..kalo ada xtra2 nanti, barulah penuhi kehendak dan keinginan saya ye....hehehehehe...