Sunday, January 10, 2010

:: kisah 4 beradik ::

Pasangan Jamaluddin bin Arshad & Fatimah binti Othman telah dikurniakan 4 orang cahaya mata (2 putera & 2 puteri). Hubungan kasih sayang antara 4 orang adik beradik ini sangat utuh dan erat sehinggakan kehilangan seorang daripadanya amat dirasai.

Aku adalah puteri yang paling istimewa kerana memiliki ibu bapa yang sempurna, abang, kakak dan adik yang sentiasa bersama-sama hari-hariku. Aku terlalu menyanyangi mereka sehinggakan kadangkala aku terasa sangat kosong dan sepi kala mereka tiada di sisi.

Mohd Fadiel bin Jamaluddin (along)

Seorang abang yang sangat aku sayangi. Tempat untuk aku meluahkan setiap masalah dan ujian dalam hidup ini. Boleh di katakan seorang yang bertanggungjawab suatu masa dahulu kerana semua kebajikan adik-adiknya dititikberatkan. Anak kesayangan mak. Ye, betul lah orang kata anak lelaki memang anak kesayangan mak.

Walau bagaimanapun, aku mula merasai kehilangan along apabila along mendapat tawaran bekerja di Sibu, Sarawak pada awal 2007. Terasa sangat-sangat kehilangannya sehinggakan masa along nak berlepas ke Sibu dahulu, aku memeluknya bagaikan tidak mahu melepaskannya. Sedih tu jangan cakaplah... Kemudian pada awal 2008, along mendirikan rumahtangga dengan Azzahrawani (akak). Sikap dan perangai along semakin berubah. Tanggungjawab pada keluarga semakin terabai. Aku benar-benar terasa kehilanggan along. Along yang pernah aku sayangi suatu masa dahulu bagaikan tidak pernah wujud lagi dalam hidup ini.

Satu tamparan yang hebat pada kami 3 beradik yang lain apabila along mula mengabaikan keluarga ini dan melebih-lebihkan keluarga mertuanya. Ish...bukan ke tanggungjawab anak lelaki pada keluarga masih sama walaupun anak lelaki itu sudah berumahtangga. Tapi, apakan daya, apa yang mampu aku lakukan. Aku terpaksa redha yang along semakin melupakan kami.

Aku, angah dan adik memang agak berkecil hati dengan sikap dan perangai along sejak akhir-akhir ini. Sehinggakan pada suatu hari, aku berborak dengan adik mengenai along dan adik bertanya pada ku "Kau ada abang ke acek?" "Uik...ntahla, dulu ada kot, sekarang aku pun tak sure". Pada angah jua pernah aku luahkan... " Acek terasa kehilangan along sangat-sangat. Kadang-kadang rasa rindu sangat pada along" Jawab angah, "Tak usah ingat orang yang tak ingat pada kita"... Ye, betul tu...tapi, aku yang merupakan seorang adik yang memang manja dengan along sejak dahulu. Tidak sampai rasanya hati ini untuk melupakan along dan harus aku akui, kadang-kadang aku merindui alongku dahulu, tempat aku bermanja dan mengharapkan kasih.

Tetapi...tiada apa yang boleh diubah sekarang. Along sudah punya keluarga sendiri. Lebih-lebih lagi sekarang along sudah punya seorang anak lelaki (Luqman Faries). Dia juga punya keluarga mertua. Keluarga ini makin dilupai. Apa-apa pun, setiap hari aku berdoa agar along akan terus mengingati kami semua.


Siti Fadilah binti Jamaluddin (angah)

Angah berkahwin pada usia muda (21 tahun). Masa tu, aku mempersalahkan ayah dan mak kerana mengahwinkan angah. Aku mogok, hampir 3 bulan tak balik rumah (waktu tu aku masih belajar di UiTM, Shah Alam. Mungkin pada waktu itu, aku terlalu muda. Aku masih tidak mengerti apa yang ayah, mak dan angah fikirkan. Aku hanya mempersalahkan mereka.

Waktu itu, pada tahun 2004 aku benar-benar terasa kehilangan seorang insan yang paling dekat dalam hidupku. Segala kisah suka duka kami kongsi bersama. Selepas ini, aku akan tidur sorang-sorang dalam bilik. Selepas ini, tiada siapa yang nak teman aku pergi jalan-jalan. Selepas ini, aku akan keseorangan.

Puas angah memujuk aku. Katanya dia ambil keputusan untuk berkahwin awal atas desakan mak dan ayah. Memandangkan abang ngah (Mohd Samsun) pada waktu itu berusia 27 tahun dan ayah dan mak yakin yang abang ngah mampu menjaga angah, maka ayah dan mak pun mengahwinkan mereka. Menurut angah, "tak pelah, mak pun sibuk nak menantu, nak cucu...mungkin ada hikmahnya angah kahwin awal ni" Huhuhuhuh..aku terlalu muda untuk memahaminya.

Tetapi lama-kelamaan, aku dapat menerima hakikat itu apabila anak buah ku yang pertama (Aina Nazihah) dilahirkan pada 2006. Kehadiran cucu sulong dalam keluarga amat menggembirakan mak dan ayah. Ye, mungkin inilah pengorbanan angah pada keluarga. Walaupun sekarang angah sudah berkahwin dan telah mempunyai anak kedua (Aina Nazifah), angah masih lagi menjadi teman rapatku, pendengar setia kisah suka dan duka aku dan aku masih lagi boleh berkongsi cerita-cerita dengannya. Mujurlah abang ngah seorang yang sporting dan memahami.

Mohd Fitri (adik)

Selepas along berkahwin, hanya tinggal mak, ayah, aku dan adik di rumah. Rumah bagaikan kosong. Mujurlah ada adik sebagai penemanku. Dari hari ke sehari adik menjadi semakin rapat denganku. Dia mula menghargai kewujudanku. Maklumlah, adik lelaki kan agak sukar untuk dikawal. Tetapi alhamdullilah, adik masih mendengar cakap aku. So, dikesempatan inilah aku gunakan sebaik mungkin untuk menasihati dan membebel apa yang patut dengan dia.

Ada suatu hari tu, tiba-tiba aku berkata pada adik, "Nanti kalau ada rezeki, kau masuk mana-mana universiti, mesti aku tinggal sorang-sorang kat rumah" Jawapan yang adik berikan membuatkan aku cukup terharu "Ala, kan hari tu kita apply matrik melaka. Kalau dapat, kan dekat je tu, aku boleh selalu balik. Kalau aku tak balik, kau datanglah sana melawat aku"

Aku tak dapat bayangkan kalau adik dapat rezeki sambung belajar ke mana-mana universiti. Mesti aku akan tinggal sorang-sorang di rumah. Baru-baru ini pula, sedang aku dan adik berborak, tetiba adik cakap, "Kalau kau kahwin nanti, tinggallah aku sorang-sorang. Tengok, siapa tinggalkan siapa?" Kata-kata adik cukup membuatkan aku tersentuh. Aku tahu adik juga menyanyangi aku sebagaimana aku menyanyangi adik. InsyaAllah adik, walaupun acek dah kahwin nanti, acek tidak akan sesekali mengabaikan mak, ayah dan adik.

Begitulah kisah 4 beradik yang suatu ketika dahulu (zaman kecik-kecik) amat rapat dan akrab sekali. Walau bagaimanapun, masa mengubah segalanya. Sekarang masing-masing punya kehidupan sendiri. Punya jalan cerita masing-masing. Yang tinggal hanyalah adik yang kini menjadi peneman suka duka. Tukang buat lawak di kala aku boring dan melepak di bilik dia. Co-pilot yang berjaya kalau aku drive jauh sebab mak ayah duduk kat belakang sure tidur kalo travel jauh, nasib baik adik akan layan aku time drive. Orang yang setia dengar cerita-cerita yang ntah apa2 ntah, orang yang akan buat aku ketawa apabila aku bersedih, orang yang akan simpan rahsia aku dan orang yang akan aku rindui apabila aku dan adik akan punya hala tuju sendiri suatu hari nanti.


Belakang (dari kiri): Abang Ngah, Aina Nazifah, Angah, Adik, Acek, Akak & Along

Depan (dari kiri): Ayah, Aina Nazihah, Mak

Note: Gambar raya 2008. Luqman belum dilahirkan, so dia tiada dalam gambar.

No comments:

Post a Comment