Monday, February 1, 2010

- Life is wonderful -

Life is wonderful, kehidupan ini sangat menakjubkan...tiada kata2 lain yang dapat diungkapkan, hanyalah perkataan syukur pada Yang Esa atas kurniaan yang diberikan. Bermula daripada seorang anak kecil yang dibesarkan dengan penuh kasih dan sayang...perjalanan kehidupan ini bermula dengan pendidikan yang diberikan oleh mak dan ayah.

Dulu masa kecik-kecik, manja dengan mak ayah dan adik beradik, bila melangkah masuk ke alam persekolahan, beria-ria belajar bersungguh-sungguh. Buat kerja sekolah hari-hari, petang main dengan kawan-kawan. Pastu, masuk sekolah menengah, ada exam PMR & SPM, mak ayan pesan belajar sungguh-sungguh untuk masa depan.. belajar lagi. Lepas SPM, sambung belajar kat universiti pula. Boleh dikatakan 3/4 daripada kehidupan aku buat masa ini dihabiskan untuk belajar.

Dah habis belajar, kena fikir pasal kerja pulak. Aish, masa kecik-kecik dulu beria-ria tulis cita-cita kat kad laporan pelajar. Aku ingat lagi, askar, cikgu, polis, etc.hahahahahahaha...

Sekarang belajar (secara sepenuh masa) dah habis, kerja da dekat 3 tahun...kiranya semua misi aku telah hampir tercapai. Alhamdulillah, semuanya telahpun dipermudahkan. Betapa hidup ini sungguh bermakna kerana sepanjang kehiudupan ini, diriku sentiasa ditemani oleh keluarga yang sentiasa berada di sisi dan bersedia menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

Sehingga kini, hanya tinggal satu lagi langkah yang perlu diambil untuk melengkapkan kehidupan aku di muka bumi Tuhan ini. Barulah aku sedar, betapa Allah sangat menyanyangi aku. Perjalanan aku di muka bumi ini dilimpahi rahmat dan rezeki yang mencurah-curah. Walaupun kadang-kadang ujian dan dugaan datang menyinggah, tetapi semuanya punya hikmah tersendiri. Ujian dan dugaan itu sebenarnya mematangkan dan menjadi aku seorang hamba yang lebih kuat dan sentiasa beringat kepadaNya.

Hidup ini akan sempurna apabila aku mengambil langkah terakhir itu. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment