Sunday, February 14, 2010

Buat tatapan kaum HAWA (me included)

Hawa..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu
Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah
Hawa..
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau jodohmu
Ingatlah Hawa janji Tuhan kita
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
Kerana aku khuatir, dari mata jatuh kehati
Maka lahirnya senyuman, maka tercetusnya salam
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri
Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya
Kerana dia tahu apa matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita
Yakni sebuah perkahwinan
Oleh itu, Hawa ..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu, yang memberi hangat kebahagian buat dirimu
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu
Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang, kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah
Cintailah kedua ibu bapamu, kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah
Cintailah keluargamu, kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga

Janganlah sesekali membiarkan tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki

No comments:

Post a Comment