Monday, January 9, 2012

# 9 - untuk peringatan saya (bakal isteri kepada En. Helmi)

Nasihat ini, saya copy dari laman web di internet, google je Petua Rumahtangga, banyak petua yang dapat dipelajari. Jom, kita share sama-sama.

Bagaimana petua orang tua-tua dapat membantu kita membina rumahtangga yang harmoni serta penuh kasih sayang. InsyaAllah, dipermudahkan kita oleh-NYA mendapat petunjuk dan jalan.

Begitu juga membasuh pakaian, kalau dapat, memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh. Ok tidak mengapa suruh maid ataupun ibu kita basuh baju kita, tapi yang 'kecik-kecik' terutama kita punya dan suami tu, sebaik-baiknya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yang patut kita lipat dan uruskan sendiri (ada rahsia tu).

Juga bilik, bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan kepada sesiapa pun walaupun ibu kita sendiri atau anak-anak bila usia mereka dah meningkat dan yang terutama kepada penbantu rumah. NO ENTRY !!. apa pun yg ada didalamnya adalah hanya dalam pengetahuan kita dan suami. Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yang bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya (ada rahsia tu).

APA RAHSIA NYA??? AIR TANGAN!!!!... itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu.

Tak ada cara yang saintifik yang mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorang ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yang merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dengan masakan yang serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yang terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dengan tangan kita itu membawa banyak kesan yang akan hanya kita nikmati 10 - 15 tahun akan datangnya. Bila anak-anak sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak-anak) sedikit sebanyak, kalau pun anak-anak itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu si ibu' dlm hidupnya.

Percayalah... Kalau kita tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang-kurangnya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dengan suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yang masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yang baik, berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yang beria menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dalamnya. Kita isteri, sentuhan kita pada barang-barang suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh orang lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Itu sebab kadangkala terjadi suami yang segak kacak dan tampan serta isteri yang jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madunya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yang dijadikan Allah SWT, ini kes hendak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati-hatilah dlm mengizinkan orang lain menguruskan barangan/ kebajikan suami. Begitu juga dalam hal makan minum, kan sudah dipesan orang tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu dan antara dua lututnya (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu orang masak. Balik kerumah pun kita minta 'bibik' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan/seteko air, tolonglah buat sendiri. Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari beribu-ribu cara yang boleh diguna pakai. Yang kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Dan ini yang paling penting. Bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang-wenangnya, rahsia suami isteri ada didalamnya terutama di katil (ranjang)". Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yang mengemasnya!!!

Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yang ada padanya hanyalah antara suami dan isteri. Peliharalah keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila-bila...

insyaAllah, semoga menjadi peringatan kepada saya :))

2 comments:

  1. btul2.. kene rajin memasak.. walaupun tak sedap.. hehe..

    ReplyDelete
  2. kan...ngaku je xpandai masak, pastu blaja la slow2...kalo xsedap pun dia xleh complaint sbb kita da ngaku awal2 xreti masak..hehehe

    ReplyDelete