Saturday, April 23, 2011

Good start for 2011 but it is still a long journey...

Lembaran baru untuk tahun 2011...pada suku pertama tahun ini, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, apa yang telah berlaku membuatkan aku lebih bersyukur pada Mu Ya Allah...semoga tidak Kau biarkan aku berseorangan di muka bumi ini, semoga Kau akan terus memimpim & membimbing aku untuk menghadapi hari2 mendatang.

Seperti yang aku khabarkan di awal tahun, aku tidak mempunyai sebarang azam / impian pada tahun ini. Aku hanya akan redha & terima apa yang telah disusun oleh Allah untukku. Aku hanya pasrah dengan ketentuan yang disediakan oleh Nya. Kerana aku yakin, Allah tahu apa yang terbaik untukku, kerana aku tahu Allah punya perancangan yang lebih sempurna untukku, kerana aku pasti itu adalah yang terbaik untukku.



Alhamdulillah....Saya budak dah abis belajar...nampak tak nama saya kat atas tu???

Alhamdulillah, segala susah payah, penat lelah, jerit perih belajar secara separuh masa (part time student) akhirnya membuahkan hasil setelah saya lulus MICPA dengan jayanya (takde la jaya sangat, sebab ada satu paper kena re-seat, paper lain sume passed at the first attempt)..hehehehe, kira berjaya la jugak kan... Memang susah belajar secara part time ni, mana nak kejar deadline kat office, nak siapkn assignment, nak study untuk test...tapi, sapa kata saya tak bole..saya boleh la..(da passed, berani la cakap..hehehehe)



I am 26.... (tua ke???)




Happy birthday to me on 3 April 2011. Saya telah menganjak ke usia 26 tahun...baru 26 kot, baru nak masuk ke alam kedewasaan. Semoga saya akan lebih matang dalam menjalani kehidupan ini, semoga saya akan lebih mampu berdikari dalam menjalani kehidupan seharian, semoga saya akan lebih kuat, tabah & sabar dalam menghadapi apa jua dugaanMu Ya Allah. Dan semoga aku akan lebih kasihkan Mu, rindukan rahmat Mu dan cintakan kekasih2 Mu yang Engkau Muliakan...

Bukit tinggi...jalan2 celebrate bday sendiri..hehehe


Maybe it's the time...



Mungkin inilah perasaan yang aku tunggu2 selama ini. Perasaan untuk memiliki dan dimiliki. Satu perasaan yang sukar digambarkan dan perasaan yang hanya akan dirasai oleh makhluk2 pilihan Allah. Sepatutnya aku bersyukur dengan anugerah dan rahmat Allah ini. Lebih menghargai kehadiran insan yang telah diciptakan untuk aku. Walaupun susah untuk membuat keputusan ini pada awalnya, tetapi setelah petunjuk Ilahi yang aku temui, setelah yakin dengan apa yang telah ditetapkan untuk aku...aku menerima kehadiran seseorang yang ingin memperisterikanku (huhuhuhuhu, caya cam xcaya je!!!!)

Aku berharap 2011 akan memberikan kesudahan yang baik. Aku berharap tahun ini akan berakhir dengan kegembiraan. Aku berharap padaMu Ya Allah, hanya padaMu.... INSYAALLAH...

No comments:

Post a Comment