Tuesday, April 27, 2010

:: I am 25 ::

3 April 2010, aku bagaikan terlupa tarikh itu. Tarikh yang agak penting dalam hidupku. Aku melangkah ke usia 25 tahun pada tarikh tersebut. Wah, da tua rupanya aku...Tapi, tahun ini, tarikh 3 April bagaikan tiada makna, ayah dimasukkan ke hospital sehari selepas tarikh hari lahir aku.

I am 25 this year. Banyak makna umur 25 tahun ni.

1. Kalo pilihan umur, da masuk dalam kategori lain 25-30 (kira da tua la tu, golongan 30)
2. Ikut sunnah Rasulullah, orang kata, sunat kahwin umur 25 ni.
3. Dah masuk kategori orang matang, cara pemikiran kenalah tukar.
4. Dah terasa tua la bila da masuk umur 25 ni.

Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana masih bernafas sehingga ke saat ini. Dah 25 tahun aku hidup di dunia ini. Masih jauh perjalanan hidup aku, masih banyak yang perlu aku lalui, masih luas jalan di hadapan aku. Mudah2an, perjalanan masa depan aku dipermudahkan dan aku diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang.

Amin...

2 comments: