Tuesday, April 27, 2010

:: I am 25 ::

3 April 2010, aku bagaikan terlupa tarikh itu. Tarikh yang agak penting dalam hidupku. Aku melangkah ke usia 25 tahun pada tarikh tersebut. Wah, da tua rupanya aku...Tapi, tahun ini, tarikh 3 April bagaikan tiada makna, ayah dimasukkan ke hospital sehari selepas tarikh hari lahir aku.

I am 25 this year. Banyak makna umur 25 tahun ni.

1. Kalo pilihan umur, da masuk dalam kategori lain 25-30 (kira da tua la tu, golongan 30)
2. Ikut sunnah Rasulullah, orang kata, sunat kahwin umur 25 ni.
3. Dah masuk kategori orang matang, cara pemikiran kenalah tukar.
4. Dah terasa tua la bila da masuk umur 25 ni.

Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana masih bernafas sehingga ke saat ini. Dah 25 tahun aku hidup di dunia ini. Masih jauh perjalanan hidup aku, masih banyak yang perlu aku lalui, masih luas jalan di hadapan aku. Mudah2an, perjalanan masa depan aku dipermudahkan dan aku diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang.

Amin...

Monday, April 26, 2010

Life is good, no matter how hard is it, when you are fine

Simple sentence but full of meaning inside it.

Tahap kesihatan ayah agak membimbangkan sejak sebulan yang lalu. Kehidupan aku juga agak huru hara dengan keadaan tersebut. Segala apa yang dibuat serba tidak kena.

28 March 2010
Ayah mengadu sakit dada. Lepas pergi Klinik Doktor Norlida, doktor advise pergi hospital kalau keadaan makin tidak stabil. Pukul 11.30malam, aku, adik dan abg ngah bwk ayah pergi HUKM. Ayah masuk hospital sebab masalah jantung dan penyakit kencing manis. 1 April 2010, ayah dah boleh keluar hospital, tapi doktor nasihat kena control gula dalam darah.

4 April 2010
Keadaan ayah tidak stabil. Aku telefon ambulans dan ayah dimasukkan ke hospital semula. Menurut doktor, oleh sebab kitorg terlalu mengawal gula ayah, tahap gula dalam badan dah semakin rendah. Selain itu, doktor mengsyaki ayah menghidap penyakit buah pinggang. Dialisis dilakukan sebanyak 2 kali dan alhamdullilah, keadaan buah pinggang semakin baik. Ayah di tahan di wad separa ICU, kemudian doktor sahkan ada jangkitan virus pada otak. Psikitrik berjumpa kitorg untuk discuss tentang masalah kesihatan ayah. 16 April 2010, ayah dah bole keluar hospital, tetapi tahap kesihatan ayah memang tidak berapa baik dan membimbangkan. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya ayah sudah boleh berada di rumah.

20 April 2010
Ayah mengalami kekejangan untuk beberapa kali sejak isnin. Selepas meminta nasihat Bibik Jame, pukul 12.00 malam, aku telefon ambulans dan ayah dimasukkan ke hospital untuk kali ke-3. Doktor mengesahkan ayah menghidap hypoglycemia (kandungan gula dalam darah yang terlalu rendah). Pada jam 3.30 ptg 21 April 2010, doktor menjalankan prosedur lumber puncture (ambil air tulang belakang). Walaupun, mak pada awalnya agak keberatan, tetapi aku dan angah meyakinkan mak, sekurang-kurangnya kita berusaha melakukan sesuatu untuk ayah dan aku tidak sanggup lagi membiarkan ayah menderita dengan penyakitnya. Selepas laporan prosedur lumber puncture keluar, doktor mengesahkan ayah kekurangan hormon costoril (hormon untuk menstabilkan gula dalam darah). Kemudian, doktor mengesahkan ayah dijangkiti bakteria meningitis yang menggangu membren yang melindungi otak. Tahap kesihatan ayah semakin membimbangkan, dari hari ke sehari ada saja penyakit baru yang disahkan oleh doktor.

Sehingga ke hari ini, ayah masih di hospital dan diberikan rawatan rapi oleh doktor. Setiap hari aku berdoa semoga ayah diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. InsyaAllah. Amin..