Wednesday, May 23, 2012

Allah sedang mengajarku erti BERSYUKUR...

Syukur Alhamdulillah... setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Yang Maha Esa atas aturan yang hebat ini. Terima kasih Ya Allah...



Tujuan aku menulis kali ini, bukan untuk bercerita mengenai majlis penikahan & majlis perkahwinan aku yang telah berlangsung pada minggu lepas, tetapi aku menulis kali ini untuk mengingatkan diri aku mengenai nikmat kurniaan sebagai seorang ISTERI yang telah Allah kurniakan kepada aku.



Semoga aku akan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan yang Allah berikan kepada aku dan pada masa yang sama redha & sabar dengan ujian dan dugaan yang diberikan kepada aku.

Life is very unpredictable but life is very fair, maka bersyukurlah...

Pada hari Isnin yang lalu, aku dikejutkan dengan berita kematian anak sepupu arwah ayah (kiranya 2 pupu aku). Tetapi apa yang lebih mengejutkan aku, arwah Rozita yang meninggal dunia merupakan bakal seorang isteri. Dia sebenarnya bakal bernikah dan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini.

Selepas mendengar berita tersebut, aku terus terpanggil untuk menziarahi arwah & keluarganya. Mujurlah En. Suami sanggup memandu balik ke Sg. Manik, Perak. Dalam perjalanan pulang dari office ke rumah, tanpa aku sedari air mata aku mengalir sambil mulut aku tidak henti-henti mengucap setinggi-tinggi kesyukuran pada Mu Ya Allah. Tiba-tiba rasa keinsafan menyelubungi diri ini. Kau Maha Hebat Ya Allah. Semuanya boleh berlaku dengan kehendakMu. Sekiranya itu yang ditakdirkan olehMu, itulah yang akan berlaku.



Arwah Rozita meninggal seminggu sebelum dia sempat menjadi seorang isteri. Aku baru mengalami saat-saat itu. Kegembiran, ketidaksabaran, keterujaan, semuanya ada. Tidak sabar-sabar menanti hari bahagia tersebut. Bezanya, Allah telah memberi aku peluang untuk menjadi seorang isteri, tetapi peluang yang sama ditarik daripada arwah Rozita. Ya Allah, betapa Kau menyayangi aku & memberikan aku kesempatan tersebut. Terima Kasih Allah.

myMetro | Hari bahagia tertangguh
(keratan akhbar HarianMetro pada hari Isnin, 21 Mei 2012)
semoganya rohnya dicucuri rahmat hendaknya.. al-Fatihah


Mungkin kejadian yang menimpa arwah Rozita merupakan satu peringatan daripada Allah kepada aku. Mungkin Allah ingin mengingatkan aku supaya lebih bersyukur & lebih menghargai segala nikmat kurniaanNya. Sememangnya Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku.

Bantu aku Ya Allah, bimbing aku Ya Allah..
Jangan lepaskan aku daripada pandanganMu...
Berkatilah rumahtangga kami Ya Allah...
Titipkan rahmat & kasih sayang Mu kepada kami agar bertambah rasa kasih & sayang kami kepada Mu..
Bantu aku, semoga aku mampu menjadi seorang isteri, bakal ibu, anak, menantu, kakak & adik yang baik kepada keluargaku & keluarga mertuaku...

Amin, Ya rabbal alamin...




Wednesday, May 16, 2012

ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana majlis pernikahan & majlis perkahwinan yang telah dirancang lebih 6 bulan yang lalu berlangsung dengan selamatnya. Terima Kasih Ya Allah....

Majlis pernikahan berlangsung pada 12.5.12 bertempat di Masjid Az-Zubair Ibn Awwam. Majlis diketuai oleh Penolong Pendaftar Nikah kariah Cheras, Ustaz Bashri & pernikahan aku dengan En. Suami disempurnakan oleh Along. Terima Kasih Along...


Dengan hanya sekali lafaz, aku telah selamat menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang aku yakin telah diciptakan oleh Allah untuk mendampingiku & bersama-sama denganku mengharungi kehidupan di muka bumi ini. Terima Kasih Abang...


Dan aku yakin, mak lah orang yang paling gembira sekali setelah aku selamat diijabkabulkan dengan En. Suami. Percayalah mak, sesungguhnya acek lah yang paling gembira sekali sekiranya mak bergembira dengan kehidupan baru acek ini. Terima Kasih Mak, Acek sayang sangat pada Mak hingga hujung nyawa...


Majlis pernikahan berlangsung pada 12.5.12 bertempat di Masjid Az-Zubair Ibn Awwam. Majlis dimulakan dengan majlis pertunangan terlebih dahulu. Atas permintaan keluarga En. Suami, kami ditunangkan terlebih dahulu sebelum majlis pernikahan dijalankan. Jadi tunangan kepada En. Suami 30min sebelum disatukan. Ala, sebelum ni tak bertunang pun aku da ngaku En. Tunang..heeeeee



Terima kasih kepada along sekeluarga. Along & akak sanggup amik cuti awal (lagi awal daripada pengantin) untuk membantu melancarkan perjalanan majlis.


Terima kasih juga kepada angah sekeluarga atas segala bantuan, pengorbanan, pertolongan untuk menjayakan majlis ini.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada orang kuat yang telah bertungkus lumus semenjak 2 bulan yang lalu untuk menjayakan majlis ini. Adik tersayang la katakan :)




Thursday, April 19, 2012

untuk amalan saya & En. Tunang menjelang pernikahan :)


 Surah Taha ayat 25 - 28

25) "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku
26) "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku
27) "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku
28) "Supaya mereka faham perkataanku;


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Wednesday, April 18, 2012

24 hari sebelum hari kejadian

24 days to go!!! Macam tak percaya je... macam2 perasaan yang sedang bermain2 difikiran sekarang, macam2 yang aku bayang & fikirkan... walaupun dear pesan tak yang nk serabut2 fikir...mana bole, perempuan kan memang byk berfikir, mcm2 yang difikirkan...

Alhamdulillah, sehingga ke saat ini...bolehlah dikatakan hampir 90% persedian telahpun siap. Tinggal 10% benda2 remeh temeh je... Sekarang ni musim mengedarkan kad jemputan... weeeeeeeeeeee...excited feeling, memang sangat teruja & seronok bila nk edarkan kad...

Tak banyak yang nk dishare, just hope majlis akan berjalan lancar & rumahtangga yang akan dibina ini sentiasa berada di bawah rahmat & keberkatan Allah.. AMIN :)

Wednesday, April 11, 2012

what a surprise ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Thank you so much my dear darling... speechless, da tau nak cakap apa da sebenarnya bila ternampak kotak berbalut wrapper purple, siap reben2 lagi kat atas dashboard kereta...rasa cam nak peluk cium dear je masa tu...tapi yela, xleh nk ikutkan hati sangat kan...saya hanya mampu tersenyum, tersengih & tergelak2 jela...pastu dear siap nyanyi lagi Happy Birthday lagi...walaupun da lambat seminggu, but I still appreciate it... I love it!!!!! I LOVE U...heeeeee ♥ ♥ ♥



Sampai MidValley dalam pkul 5.50, parking senang btol dapat, masuk2 carpark terus ada petak yang kosong. En. Tunang cakap dia lapar, xlunch lagi...ok, saya teman dear makan...pastu bila nak kuar kereta, En. Tunang nak bawak beg sandang dia yg besar...bila saya tanya, kenapa bawak? ada laptop ke dalam tu..dia kata, saja je bawak...ok, tak syak apa2...mungkin adalah benda penting dlm beg tu yg xleh nk tinggal dalam kete...

lepas tu pergi makan kat foodcourt level 3...da kenyang2 sume, misi pencarian barang2 En. Tunang dimulakan...tetiba En. Tunang kata nak pegi toilet..ok, carik toilet dlu...pastu masuk half way, tak jadi katanya...apa hal dia ni, lain mcm plak arini...ok, tak syak apa2...pastu jalan half way, dia suruh saya peg jalan2 dlu, sbb dia ada hal katanya...aduyai, ni kenapa plak ni??? dear nk merokok ke??? dia kata rokok tinggal dalam kete, abistu apa?..dia cakap ada hal skit, ayat dia yang xbole blah.. "awak peg la jalan2 mana2 dlu ke, tapi jgn jauh2 sgt tau, ha..peg masuk kedai kat depan tu ke.." apesal dia ni...ok, tak syak apa2, ikutkan aje...

agak lama jgk la masa yang diambil...saya hampir hilang mood menunggu, da penat jalan2, pastu dok berdiri jela kat beranda (beranda ke?) midvalley tu smbil menunggu kekasih hati dengan penuh kesabaran...mmg sgt lama, pastu dear muncul smbil lari2 anak & cakap sorry sbb lmbt...pastu saya tya g mana...dear ckp surprise & rahsia...malas nk layan, kalo dia xnk ckp tu, mmg dia xkan ckp la kan...so abaikan je... sbb tak syak apa2...

pusing2 garden & midvalley carik barang hantaran sayang... lalu depan kedai jam...aritu dear ada ckp nk belikan saya jam...tp masa lalu depan kedai jam, dear diam je...saya pun diamkan jela, malu kot nk mintak..hahahahahahahaha...pastu tgkla beberapa jenis jam yg ada..mahal kot, xkan aku nk mintak yg tu...diamkan jela..pastu dear tunjuk 2 jam, 1 lelaki, 1 perempuan, dear tya..cantik tak...saya ckp jela cantik...tp bila tgk harga, telan air liur jela...mmg tersangat membazir kalo beli jam harga camtu...

perjalanan diteruskan sampai la kami tersangat penat...ok, sume da beli..jom balik keluar dari lif kat tmpt letak kereta, dear tya nk byr parking katne..oh yeah, baru teringat...pastu saya ckp..xpela, saya g bayar, awak amik kete, pastu peg tmpt byr parking tu..saya tggu kat ctu k...lps bayar, tunggu dear datang...pastu masuk kereta tanpa menyedari sesuatu, sehinggalah saya tya "jam da pkul bape ni??? eh, mana jam kete awak, apesal da xde???"

hahahahahhahahahahahahaha...memang la da xde...jam kete dear da ditutup dengan kotak berbalut purple tu.... dear amik kotak tu..pastu dear bg kat saya....pastu saya bukak...jeng, jeng, jeng....






what a surprise!!!!...jam yg dear tunjuk kat kedai td tu...

Ya Allah, serius, sebijik sejibun...

"mahal kot hadiah ni"
"saya tak pernah bagi apa2 kat awak, selama kita berkawan...apa salahnya saya bagi, mahal ke murah tak penting...yang penting hati yang ikhlas"
"tapi hari ahad aritu awak da berhabis banyak untuk saya" (hari ahad beli cincin & gelang utk batal air sembahyang)
"itu hadiah sebab nak kahwin, ni hadiah sbb saya sayang awak" ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

thank you so much my dear darling

sebenarnya, yang awal2 tadi tu...yang dear cakap nk g toilet, pastu tak jadi, then kata ada hal tu...sebenarnya dear g kedai utk balut hadiah tu...heeeeeee, dear beli jam tu pagi tadi, tapi lupa nak suruh kedai jam tu balut...patutla beria2 nk bwk beg sandang yang besar tu masuk Midvalley, rupa2nya dalam beg sandang yg besar tu ada kotak jam tu yg belum berbalut...usaha yang patut dihargai ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

(nampak tak gelang kaler biru kat sebelah tu??? itu sbnrnya adalah gelang McD pada tahun 2005 dlu...masih elok & cantik kan??? apa kaitan gelang tu plak??? sebenarnya gelang McD tu menyimpan 1001 kenangan kitorg pada tahun 2005 dulu..walaupun da 7 tahun usia gelang tu, masih elok rupanya...sebab orang menyimpannya telah menyimpan dengan baik...nak tau apa ceritanya??? tggu next post "ada apa dengan gelang McD")

Friday, April 6, 2012

CRAZY IN LOVE

Alhamdulillah..I have found him (insyaAllah)

Tak perlu yang terlalu kuat agama

Cukuplah yang jaga agama

Pasti nanti agama kami terbela.


Tak perlu yang tahu Islam

Cukuplah yang mahu Islam

Pasti nanti kami menuju Islam.


Tak perlu setinggi-setinggi pelajaran

Cukuplah yang tinggi cara pemikiran

Pasti nanti usaha kami seiring kehidupan.


Tak perlu pencapaian

Cukuplah persepsi dan kematangan

Di situlah dia mengagumkan.


Tak perlu yang petah berhujah

Cukuplah yang mudah berbincang sama

Pasti nanti masalah kami terlerai jua.


Tak perlu harta kekayaan

Cukuplah kami tidak kelaparan

Pasti nanti kami selesa dengan kehidupan.


Tak perlu segak kacak bergaya

Cukuplah hatinya jadi rupa

Pasti nanti kami tak sengsara.

Tak perlu yang gigih bekerja

Cukuplah yang bertanggungjawab dengan dunianya

Untuk melengkapkan akhirat keluarganya.


Tak perlu sesempurna mana

Cukup sekadar lelaki biasa

Pasti masjid kami jadi luar biasa.


Bukankah rumah tangga itu lubuk pahala?

Dia yang bijak takkan sia-siakannya

Dia pasti tahu tindakannya


Untuk mencari keluarga bahagia

Hidup di dunia tenang selesa

Membawa kami ke syurga sana.